Wednesday, 21 May 2014

PALAPES di USM


ANDA BERANI????

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
                 Bila sebut perkataan PALAPES,aku tau,masih ramai yang tertanya-tanya,PALAPES tu apebende?aku dulu pun tak tahu sepatah haram pun PALAPES and whatever ni..tak pernah nak mengambil port langsung..bila aku masuk universiti(USM) ni la yang aku tau ape kebendanya PALAPES ni...PALAPES merupakan singkatan kepada Pasukan Latihan Pegawai Simpanan atau dalam bahasa inggerisnya dipanggil Reserve Officer Training Unit(ROTU).PALAPES merupakan satu cabang dalam askar wataniah yang melatih bakal pegawai muda dari kalangan graduan universiti tempatan berkaitan ketenteraan(infantri).





PALAPES USM
1)Kelebihan atau faedah menyertainya:
             a)Sebagai seorang kadet PALAPES,setiap individu akan menerima

                   • Imbuhan Elaun.
                   • Elaun Latihan Tempatan
                   • Elaun Latihan Berterusan dan Kem Tahunan
                   • Elaun Perjalanan
                   • Elaun Pakaian
                   • Saguhati Tahunan (Bounty).

               
                Elaun bagi setiap anggota kadet adalah RM6/jam.Satu hari latihan adalah selama 10jam, sebulan cuma ada 4 kali sahaja latihan hujung minggu iaitu pada hari Sabtu dan Ahad.ini bermakna,dalam sebulan,setiap anggota yang hadir latihan penuh akan mendapat sebanyak RM240 tanpa perlu bekerja setiap hari.Elaun bagi latihan berterusan lebih lumayan berbanding latihan tempatan.






               b)Sebagai seorang pelajar USM:
         
                     Kelebihan menyertai PALAPES kepada seorang pelajar yang bergelar mahasiswa di USM  adalah yang pertama sekali,pelajar tidak perlu untuk bersusah payah memikirkan penginapan atau lebih dikenali sebagai asrama sepanjang tempoh tiga tahun dalam PALAPES kerana tempat tinggal dan penginapan disediakan kepada setiap ahlinya.Jika tidak,pelajar perlu mengambil risiko untuk terpaksa menyewa di luar.Selain itu,dengan menyertainya,secara tidak langsung kita dapat berkenalan dengan ramai orang dari pengkhususan pengajian yang berbeza dan membina ukhwah yang kukuh antara satu sama lain.Disamping itu,,masa juga dapat dipenuhkan dengan aktiviti yang berfaedah disamping berpeluang mempelajari ilmu-ilmu ketenteraan seperti taktik perang dan persenjataan.Pernah tak bayangkan bila mana kita bukan sahaja dapat melihat,menyentuh dan memegang senjata yang digunakan oleh tentera di Malaysia ini malah kita turut dapat menyelenggarakan senjata yang disediakan..senjata apa ya??haa..ni la yang menarik nak cerita ni..M16?ofkos kebanyakan orang tau apa senjata ni,macamana pula dengan M203?LMG?GPMG?MORTAR?CARLGUSTAV?..tak menarik ke?tak nak belajar?kalau nak kena la join PALAPES ni dulu baru boleh tau apa benda semua ni,kegunaannya,keistimewaan,cara cuci,cara pegang,cara buka,cara pasang dan banyak lagi la boleh belajar...sangat-sangat menarik.











Pameran dan persembahan

Menembak tahunan





                         Ni baru cerita sikit pasal senjata,belum cerita pasal taktik perang lagi..mau muntah baca post aku ni karang..hahaha.PALAPES juga bukan sahaja melahirkan produk yang tahan dari segi fizikal dan tahan lasak semata-mata tetapi yang paling penting sekali adalah memperkuatkan ketahanan MENTAL.Kenapa??Kenapa ketahanan mental penting?Sebab tanpa adanya mental yang kuat,diri dan pemikiran mudah goyah,mula la ada yang bunuh diri la,stress dan yang paling teruk sekali yang terkena penyakit mental la..kui3..apabila dididik menjadi seorang yang mempunyai mental yang kuat,secara automatik kita tidak mudah gelabah dalam sesuatu perkara dan segala masalah dapat diselesaikan dengan tenang gitu..Aku dah mengalami perubahan itu,tak kira la kau kena marah ke,kena maki ke,kena kutuk ,ada tekanan dari sesiapa atau whatever la kan kau boleh tahan semua tu sebab mental dah dididik sedemikian rupa,maka orang lain tak boleh senang-senang nak pijak kepala kau.Banyak lagi yang diajar dalam PALAPES ni antaranya mendidik menjadi PEMIMPIN,BERDISIPLIN ,BERWAWASAN, BERKEYAKINAN, JATI DIRI ,KEKUATAN dan banyak lagi la..hahaha.

Pra-Annual Camp




pandu arah

Abselling


                          Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat banyak jurang perbezaan antara pelajar biasa dan pelajar yang menyertai PALAPES,(bukan nak racist tapi kenyataan dari pengamatan dan statistik yang dibuat oleh aku dan rakan-rakan..hahaha) antaranya adalah bilangan kawan yang kita ada dalam kampus ni..daripada kajian yang telah diamati oleh aku sendiri,rata-rata rakan yang bukan anggota PALAPES agak lonely gitu..sebab mereka agak sukar untuk mencari teman berbanding kami yang dah sentiasa bersama berpisah tiada..cheewwaaahhh..huhu.terutamanya perempuan la..sampaikan jiran sebelah pun tak kenal,kau buat hal kau,aku buat hal aku..sampai macam tu sekali..tak bermasyarakat sangat..berbanding dengan kami,sikap ambil berat dan saling ambil tahu sesama anggota amat dititikberatkan,dalam erti kata lain,susah senang bersama..lagi satu,dalam PALAPES ni la kau akan jumpa siapa kawan kau yang sebenar,siapa yang sanggup bersama kau ketika bersusah payah dalam hutan,siapa yang sanggup teman kau gi berak bagai dalam hutan tebal tu,siapa yang sanggup bagi kau pertolongan ketika sama-sama penat berjalan di bawah matahari terik..dan macam-macam lagi la..

Anggota PALAPES diluar waktu latihan..berjimba!!.huhuhu


lagi satu sebelum aku terlupa,selepas 3 tahun menjalani latihan,setiap kadet akan ditauliahkan oleh DYMM Yang Di-Petuan Agong bak hangg..bukan senang nak bersalam dengan agong..nak jumpa pun susah nyahhh..hahahaha

Istiadat Pertauliahan di USM 2010


Kawad Konvo




2)Cabaran sebagai anggota PALAPES

                        Untuk menjadi seorang anggota PALAPES,setiap individu harus bersedia mental dan fizikal kerana latihan yang dijalankan agak lasak sebab nama pun askar,takkan nak bagi latihan macam pom-pom girl pula..malu la nanti,camne nak ada muscle,tak gitu???hahaha..tapi jalan la risau sangat pula,walaupun kita ni askar,jurulatih dan Kementerian Pertahanan juga faham yang kini ini seorang mahasiswa,mereka takkan latih kita teruk-teruk macam askar regular..cukup sekadar latihan untuk meningkatkan ketahanan diri,mental dan fizikal sahaja..lagipun,latihan yang lasak-lasak ni cuma ada waktu latihan berterusan je pun..tu pun seminggu je..tapi waktu tu la kau nak kumpul kenangan bebanyak dan benda tu juga la yang korang akan cerita sampai ke tua sebab bila diingat kembali, korang rasa sangat seronok benda tu semua..haha..kalau waktu latihan tempatan pula ada sukan,physical training waktu pagi dan kelas taktik mahupun senjata..kalau kelas taktik biasanya buat dalam kelas yang ada PA system dan boleh guna slide semua tu la,yang paling syok ada aircond gitu..wuhoo..sedap benau dapat membuta..tapi jangan la membuta pulak,ada yang kena pelangkung nanti..haha..manakala kelas senjata biasanya akan dibuat di kawasan yang terbuka sebab akan ada demonstrasi dan akan memudahkan jurulatih untuk mengajar.







                        Selain tu,cabaran yang kau perlu hadapi adalah kau kena pandai manage masa study kau.Sebab bila waktu latihan,kau memang tak sempat nak buat assignment sebab dah penat..oleh itu,perlulah kau siapakan assignment sebelum latihan tempatan bermula,kalau tak kau juga la yang merana nak buat assignment kalau ditangguh-tangguh.


3)Macamana nak sertai

                Untuk sertai PALAPES ni mudah je,waktu kau sampai USM,akan ada orang buat pameran di booth-booth sepanjang foyer dewan kuliah,dimana hari tersebut akan ada pendaftaran Ko-K,kebiasaannya akan ada pameran senjata,pameran pakaian askar dan alatan askar la,.jadi,apa yang kau perlu buat,kau pergi je dekat booth tu dan mintak borang.Nanti pihak PALAPES akan hubungi.Waktu dalam flyers ke even  dalam banner akan ada qualification-qualification yang dia nak,contohnya tinggi, berat badan dan sebagainya..saranan aku,berdasarkan pengalaman aku selama 2 tahun dah ni,kau pergi je minta borang,orang yang jaga tu pun takkan mempersoalkan qualification ni semua,dia nak tengok kau minat ke tidak,kalau kau minta borang tu maknanya kau minat la tu..sebenarnya,PALAPES terutamanya PALAPES DARAT amat mengalukan kedatangan orang-orang baru yang berminat tidak kira kau mencapai qualification atau tak.


Tengok la video promo ni ha..

Tu je la nak ceritanya..haha..kalau nak tahu lebih-lebih tengok la post-post aku yang sebelum ni..ngeh3




2 comments:

miss aten said...

Woot woot... rajin giler dowh promote.. :D

suraya said...

biasa la tu...tolong kawan-kawan..hahahaha..haktuuiihh..kui3

Post a Comment

Powered by Blogger.

Popular Posts

google-site-verification: google0ca468971ca12eda.html