Tuesday, 23 December 2014

Catatan 4D3N at Pulau Permata Kedah

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..

Dah lama nak post benda ni,tapi asyik lupa je..
Dalam diari tahunan aku ni ada tercatat bahawasanya pada tahun ini aku telah pergi bercuti dekat salah satu pulau yang pemes dekat negara kita, PULAU LANGKAWI.hehe..aku pergi hari tu berdua aje,dengan kawan aku.Tapi macam biasa lah,memandangkan kami ni masih belajar,percutian ni memang percutian bajet la,bajet sebajet-bajetnya,walaupun perginya kami ke sana bukan perancangan yang dirancang dalam tempoh lama,tapi kami sempat membuat membuat segala persiapan sehari sebelum berangkat dengan membuat tempahan tempat penginapan dan sewa kenderaan,mujurlah masih ada kekosongan sebab masa ni musim cuti sekolah  ...hahaha..
perbelanjaan utama:

Penginapan untuk 4 hari 3 malam di MAWANZA motel  = RM165/2
Sewa motor-3 hari (TShoppe Pekan Kuah- tel: 049669600)  =  RM90/2 (insurans (optional)- RM10/day)
Feri (pergi balik) = RM 36
Bas (Sg. Nibong-Kuala Perlis)(pergi balik) =RM 35

Hari pertama :

0830 :  Bertolak ke Kuala Perlis menaiki bas Plusliner
1130 :  Tiba di Kuala Perlis
1230 :  Dari jeti Kuala Perlis ke Langkawi menaiki feri
1416:   Sampai di Jeti Pulau Langkawi
1430:   Ambik motor yang di sewa di Tshoppe (bersebelahan Pekan Rabu)
1500:   Sampai di motel dan berehat (tidur sampai terlebih pulak,jahanam program petang tu..haha)




Hari kedua -program tiada limit masa..hehe

1. Cable Car (RM 20/head) -Menaiki kereta kabel yang terletaknya di Gunung Mat Cincang yang terletaknya tak jauh dari Teluk Datai.Ni memang tempat wajib pergi kalau dekat langkawi sebab di Langkawi ni la kereta kabel yang paling curam sekali di dunia..seram jugak waktu first time naik..tapi kalau nak pergi sini,dinasihatkan pergi la awal pagi kalau boleh sebelum 0930 sebabnya ramai sangat orang..aku pergi pkul 9 pun jenuh nak menunggu nak naik kereta kabel tu.




2.Telaga Harbour Park-Dekat sini boleh tengok kapal layar milik warga asing yang berlabuh di Pulau Langkawi,hanya pemilik je boleh masuk dekat tempat harbour ni,orang yang tak ada kapal tu jangan nak mengada pergi kat kapal layar tu..setakat ambil gambar dekat laluan tu je boleh la,,tak memasal kena halau kalau masuk..haha..yang pasti tempat ni memang cantik.




3.Underwaterworld Langkawi (RM30/head) -boleh la kalau nak masuk bagi pecinta ikan dan hampir segala hidupan laut ada sini.Bagi aku tempat ni macam biasa-biasa je,boleh tahan la..haha..


Spider crab : spesis baru





lobster







belut laut



4.Air Terjun Telaga Tujuh-memandangkan kami pergi pada musim LIMA di mana air nya tak banyak(kata pak cik guard dekat situ) ,jadi tak best sangat la..memula tu niat nak bersiram nak main air puas-puas tapi sebab air pun xberapa ada,kami main rendam-rendam kaki je la..air memang cantik siap ada ikan main dekat kaki lagi tu..tapi geli jugak la sebenarnya..hahaha




5.Teluk Datai-dekat sini kami lepak-lepak je makan petang sambil melihat laut yang cantik terbentang luas.Dekat sini juga ada penjaja yang menjaja di persisir pantai,HAFIZ ROJAK namanya,tapi memang tak tipu la,memang sedap masakan dia,dia jual benda simple-simple je,laksa,mee kuah,rojak macam gitu je..tapi agak berpuas hati juga sebab kena dengan selera aku ni sebab kebiasaan masakan utara ni aku tak boleh nak gi sangat..tekak dah biasa masakan timur..hehehe


Hafiz Rojak




6.Dataran Lang-memandangkan kami pergi sini waktu malam dihari sebelumnya,rasa macam tak puas,kami pergi lagi la untuk kali ke dua untuk ambil gambar dan sebagainya..hehehe

7.Pusat Perdagangan Langkawi-terletak berdekatan dengan pekan Rabu,dekat sini kami makan dekat restoran namanya SAUJANA.Makan dekat sini memang berbaloi..makanan laut segar je,waktu makan udang tu terasa manisnya..tapi macam biasa lah ikut masakan cara utara..tapi aku telan je la,dah lapar sangat.haha



8.Karnival Pulau Langkawi-Jalan-jalan sambil cuci mata.



Hari Ketiga

1.Island Hopping (RM35/head , tel:0175419705) -ni lah aktiviti yang paling seronok sekali..kalau tak pergi island hopping macam tak ada makna ke Langkawi..hahaha..kami pergi 3 tempat naik speedboat iaitu ke

           a) Pulau Beras Basah :mandi laut,sesuai untu kanak-kanak..landai yang teramat sangat..untuk orang tua macam tak sesuai..haha..tapi aku mandi je..laut sangat cantik,jernih je..boleh nampak ikan lagi berenang.Pasir pantai putih bersih menandakan pantai yang tak tercemar.

           b)Pulau Singa Besar : tengok burung helang makan dan terbang-terbang

           c)Pulau Dayang Bunting : macam-macam aktiviti boleh buat..aku hari tu gi berenang aje lah(bersama life jacket)..memang dalam..takut juga memula tu..pastu bila dah lama sikit mula la tak nak naik. seronok giler..yang tak nak mandi boleh la sewa paddle(RM30/boat)..





ni lah salah satu sebabnya kenapa pulau ini dipanggil Dayang Bunting





2.Muslim Thai Seafood Restaurant : Terletak berhampiran pantai Cenang,makananannya berpatutan dan sedap.

2.Beras Terbakar:kami pergi sini untuk beli kain batik dan pelikat dan sebagainya..kira macam gi shopping la kejap..dekat sini memang panas..sesuai benau dengan namanya..memang terbakar..tapi dinasihatkan supaya pergi la sini untuk shopping dan sebagainya sebabnya pakaian dan barang-barang lebih murah dari uptown,mahupun karnival dan semua tempat lain yang aku pergi.




3.Makam Mahsuri (RM 10/head):Dah penat shopping,singgah kejap dekat Makam Mahsuri.Selain makam,dekat sini lebih kurang macam pergi muzium jugak..sebab ada pameran sikit..lepas tu ada rumah-rumah yang menunjukkan suasana pada zaman Mahsuri.Terdapat juga Telaga Mahsuri.







4.Tanjung Rhu-Pergi cuci mata je..hahaha




Hari ni tidur awal sebab penat bebenau..muka burn sudah..hahaha

Hari keempat 

1,Nusantara Gamat-pergi beli gamat sikit.

2.Beras terbakar-shopping mana hok terlupa semua tu dan sourvenier skit

3.Artcraft :cuci mata je..dekat sini banyak kraftangan yang dijual dan ada juga yang dipamerkan(tak boleh tangkap gambar sini)


4.Pantai Pasir Hitam






5.Galeria Perdana (RM5/head) : Memaparkan barang-barang milik Tun Dr.Mahathir dan isteri selama menjadi Perdana Menteri Malaysia ..siapa yang datang sini memang akan terpegun dengan seni bina yang indah dan pelbagai hadiah-hadiah yang diterima beliau dari setiap pelusuk negara..memang sangat best la dekat sini.











5.Haji Ismail Group : Macam biasa lah kalau dekat sini,pergi beli cekelat la,apa lagi..hahaha

Disebabkan hari-hari berjalan naik motor siang malam,aku sampai dah boleh hafal je jalannye,senang sebenarnya sebab signboard ada merata tempat dan satu laluan je..cuma yang leceh tempat-tempat yang best biasanya semua duduk jauh-jauh,merata tempat,ibarat memusing satu pulau la sehari kami ni ha..hahaha..


pemandangan indah di sepanjang jalan..











Gambar ada banyak sebenarnya tapi ni je lah yang dapat dikongsikan.Disebabkan hari last tu kami nak baik jadi tak ada lah nak merayau merata,jalan-jalan dekat situ je..tu je la kot..sekian,terima kasih,assalamualaikum..















                                



Monday, 22 December 2014

KEPAH

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
sejak dua menjak ni,kerap bebenau aku ke pesisiran pantai jerejak (jetinya sahaja..huhu)..tapi kami tak ada lah sampai ke pulau jerejak nun jauh di sana sampai kena naik bot bagai..semuanya bermula lepas aku terserempak sekumpulan wanita yang gigih mengorek pasi di tepi lautan..ku sangkakan mahu membina istana pasir akan tetapi sangkaanku meleset sama sekali..deme ter sibuk duk mengorek lala tak silap aku la..aku pun join sekaki la,buat terlebih mesra sekejap..haha..kali ke dua aku pergi,waktu air surut..memang best bila air surut sebabnya boleh mencari kepah..kepah ni sangat sedap bila dimakan yang fresh..manis-manis gitu..sayangnya aku tak membawa kamera pun ke sini,takut plak masuk air kamera den te..jadinya,aku google je la gambar2 yang ada ni ha..


Dekat sini lah tempat kami mencari kepah-jeti ke Pulau Jerejak
gambar  : from uncle google


Lebih kurang macam gini lah rupanya kepah tersebut..tapi aku punya beso skit la..haha

Yang ni yang aku dapat..hahaha

                  Sebenarnya,tujuan asal update ni nak kongsi resepi masak kepah,tapi terlanjut ke benda lain plak..hahaha.Memandangkan aku dah merasa hebat macam chef,aku pun nak bagi la resepi masak kepah ni ha..alah,senang je,kepah ebus serai aje pun..tapi aku tetap gedik juga nak tulis resepi..hahaha


Resepi  :KEPAH MASAK SERAI

Bahan-bahan:
1.Kepah yang dicuci bersih-bersih   - 1 mangkuk(kuantiti terpulang)
2.Serai                                            - 2 batang
3.Halia                                            - Agak-agak
4.Bawang besar                              - 1 ulas
5.Bawang putih                               - 2 ulas
6.Serbuk perasa MAGGI                -secukup rasa
7.Air                                               -1 mangkuk

Cara Memasak
1. Panaskan 100ml air bersama bawang besar,bawang putih,halia dan serai.Tutup periuk.
2. Tunggu hingga mendidih dan naik bau
3. Masukkan kepah yang telah dicuci ke dalam periuk
4. Masukkan air yang selebihnya ke dalam peiuk
5. Biarkan selama 5 minit 
6. Buka periuk,tambah bahan perasa secukup nya,(tak payah pakai garam dengan ajinomoto dah sebab dalam bahan perasa tu semua dah lengkap.)
7. Tutup periuk dan biarkan sehingga cengkerang kepah terbuka sepenuhnya.
8. Tutup api,dan boleh la dihidang.


                             Jeng jeng jeng..tak ada lah nampak macam sedap sangat sebab aku malas nak menangkap gambor..masak pon main campak-campak aje..perut dah lapor bebenor dah masa ni..hahaha.tu jela kot nak kongsi kan...sekian sahaja coretan ini..assalamualaikum..




Powered by Blogger.

Popular Posts

google-site-verification: google0ca468971ca12eda.html