Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
sejak dua menjak ni,kerap bebenau aku ke pesisiran pantai jerejak (jetinya sahaja..huhu)..tapi kami tak ada lah sampai ke pulau jerejak nun jauh di sana sampai kena naik bot bagai..semuanya bermula lepas aku terserempak sekumpulan wanita yang gigih mengorek pasi di tepi lautan..ku sangkakan mahu membina istana pasir akan tetapi sangkaanku meleset sama sekali..deme ter sibuk duk mengorek lala tak silap aku la..aku pun join sekaki la,buat terlebih mesra sekejap..haha..kali ke dua aku pergi,waktu air surut..memang best bila air surut sebabnya boleh mencari kepah..kepah ni sangat sedap bila dimakan yang fresh..manis-manis gitu..sayangnya aku tak membawa kamera pun ke sini,takut plak masuk air kamera den te..jadinya,aku google je la gambar2 yang ada ni ha..
Dekat sini lah tempat kami mencari kepah-jeti ke Pulau Jerejak
gambar : from uncle google
Lebih kurang macam gini lah rupanya kepah tersebut..tapi aku punya beso skit la..haha
Yang ni yang aku dapat..hahaha
Sebenarnya,tujuan asal update ni nak kongsi resepi masak kepah,tapi terlanjut ke benda lain plak..hahaha.Memandangkan aku dah merasa hebat macam chef,aku pun nak bagi la resepi masak kepah ni ha..alah,senang je,kepah ebus serai aje pun..tapi aku tetap gedik juga nak tulis resepi..hahaha
Resepi :KEPAH MASAK SERAI
Bahan-bahan:
1.Kepah yang dicuci bersih-bersih - 1 mangkuk(kuantiti terpulang)
2.Serai - 2 batang
3.Halia - Agak-agak
4.Bawang besar - 1 ulas
5.Bawang putih - 2 ulas
6.Serbuk perasa MAGGI -secukup rasa
7.Air -1 mangkuk
Cara Memasak
1. Panaskan 100ml air bersama bawang besar,bawang putih,halia dan serai.Tutup periuk.
2. Tunggu hingga mendidih dan naik bau
3. Masukkan kepah yang telah dicuci ke dalam periuk
4. Masukkan air yang selebihnya ke dalam peiuk
5. Biarkan selama 5 minit
6. Buka periuk,tambah bahan perasa secukup nya,(tak payah pakai garam dengan ajinomoto dah sebab dalam bahan perasa tu semua dah lengkap.)
7. Tutup periuk dan biarkan sehingga cengkerang kepah terbuka sepenuhnya.
8. Tutup api,dan boleh la dihidang.
Jeng jeng jeng..tak ada lah nampak macam sedap sangat sebab aku malas nak menangkap gambor..masak pon main campak-campak aje..perut dah lapor bebenor dah masa ni..hahaha.tu jela kot nak kongsi kan...sekian sahaja coretan ini..assalamualaikum..





0 comments:
Post a Comment