Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Friday, 29 July 2016

Selamat hari raya aidilfitri

Assalamualaikum,

          Naik bersawang dah blog aku ni,dah berapa bulan tak update since thing after another kept coming,membuatkan aku pun tak ada masa untuk mencoretkan kisah hidupku yang munkin xseindah yang dilihat di mata orang lain..aceh.

          Alhamdulillah,hampir sebulan menyambut syawal,walaupun waktu bulan puasa tu ada juga la terkantoi dengan sengaja (aku manusia biasa)..hehe..

          Raya pertama tanpa abah,macamana ya untuk aku describe perasaan ni,rasanya tak terluah dengan kata-kata..cepat masa berlalu,walau aku pun masih confuse,kadang-kadang rasa macam tak boleh nak terima kenyataan,rasa tak percaya,cepatnya abah pergi,tak sempat abah nak tengok aku berjaya,tak sempat nak tengok aku belajar berdikari,tak sempat naik kereta aku beli,tak sempat merasa gaji pertama aku,tak sempat nak merasa aku bawak makan angin,aku tak sempat berjasa untuk abah,tak sempat jalankan tanggungjawab sebagai anak yang baik pada abah,allah lebih sayangkan abah,abah pergi dulu menghadapnya.

          Teringat saat-saat abah menghembuskan nafas akhirnya,abah terbaring di tilam di kelilingi keluarga,senangnya abah pergi,luruh rasa hati saat memegang tapak kaki abah yang kesejukan,aku cuba mendengar dengup jantungnya,denyut nadinya,senyap,tiada apa yang dapat aku dengari lagi,tak ada apa yang aku rasakan lagi,tubuh abah kaku,sejuk,tangis sendu menyelubungi kami sekeluarga pagi itu,aku masih keliru,terkejut dengan kenyataan yang mungkin aku tak boleh hadapi pada ketika itu,tiada apa yang mampu aku lakukan,yasin aku capai lalu aku baca kalimah suci allah satu demi satu dengan perasaan yang tak dapat diungkap,aku di awang-awangan,aku lihat sekelilingku kakak,adik ibuku terlihat seakan teresak menangis di sisi,aku bingung,tiada suara yang mampu aku dengar,aku terus baca,baca,baca,baca yasin di tanganku.Aku bingung,apa yang aku rasa sakitnya dalam hati aku ini tapi tidak setitik pun air mata itu jatuh sehingga kami dipanggil untuk mengucup abahku buat kali terakhir sebelum abah disembahyangkan dan di kebumikan,sejuknye wajah abah,abah nampak tenang,abah tersenyum,air mata perlahan jatuh saat aku mengucup dahi,pipi abah yang jarang sekali bibirku hinggap di situ.Pergi mu tiada gantinya abah,semoga abah tenang di sana.Al-fatihah.







          Raya tahun ini,suram,hambar..sekadar memenuhi tanggungjawab dan adat ziarah-menziarahi di kampung.Tiada apa yang istimewa bagi aku raya tahun ini,walau begitu Allah tu maha adil,Dia hadirkan ahli keluarga baru untuk mengurangkan kesedihan kami sekeluarga.Seorang abang dan adik yang meramaikan lagi ahli keluarga kami.Alhamdulillah.

          Rasanya tak ada apa dah kot nak cerita,kali ni gambar tak banyak,so aku pun macam malas nak upload,haha.

Assalamualaikum.




Friday, 29 May 2015

BIONITE!! (BIOLOGY STUDENT's ANNUAL DINNER)

Assalamualaikuwarahmatullahiwabarakatuh..

                Dah nak dekat tiga tahun aku jadi student Bio dekat USM ni tapi ni baru first time aku pergi bionite sebabnya dah tahun last la konon-kononnye,nak juga la merasa..Tahun ni diorang buat dekat Flamingo Hotel by the Beach,dekat dengan Batu Feringgi punya area,..klau namanya dinner mesti nak bertema ye dak,tema malam tu blockbuster..tapi berapa kerat la sangat yang pakai ikut tema,aku pon kelaut jugek temanya pon,tak blockbuster mane,men rembat mane yang ade je..



                 Actually agak awkward sebab aku tak pernah pulak pergi dinner pastu nak bermesra dengan orang bagai..adeish..tak reti la teman ni nak jadi peramah sangat sebab diri ini sememangnya tak pernah nak jadi peramah pun..Tambah plak hari tu mood aku cam down sikit hari tu sebabnya sakit gigi yang terlampau,nak makan pon tak boleh nak kunyah..sume main sumbat je pastu telan..tak ada nak kunyah-kunyah dah..sedih jugek la sikit tapi nasib baik la classmate aku ramai yang join..so,tahan sikit la awkward tu sume..thanks to them.


Ni antara menu yang disediakan.





                Aku dengan berapa orang lagi classmate aku naik kenderaan sendiri pergi event ni.Walaupun ada bas yang angkut pergi sana tapi malas nak naik bas sebabnya awal sangat bas tu bertolak..tambah pula hari tu aku ada training ko-k,so aku malas nak rushing sangat..baik la aku join bebudak yang g sendiri..senang sikit hidup aku..haha..tp waktu maghrib tu,dan lagi la kitorang singgah dekat masjid terapung sebelum terus ke flamingo untuk solat dan sebagainya.








                Aku pun dah tak ada benda nak cerita kot,yang lain tu cam biasa la,ucapan sana sini,game,persembahan,emcee mengarut,lucky draw,hadiah and bla bla bla...benda basic cenggitu aku malas nak cerita..sama je sume..hahahaha..ambik la gambar kat bawah ni aku belanje..ni pon gambar yang classmate aku sharekan dekat group whatsaap..tak minta izin pon lagi nak guna..hahaha..































                           

                      Kalau nak diikutkan,gambar aku memang tak banyak pon sebab orang duk sibuk tangkap gambar aku duk cari port lepak sensorang bawah pokok di penjuru ballroom,haha..cam lonely gler pulak padahalnya aku malas nak kacau kawan aku duk tgah seronok snap sana snap sini..so,aku g la lepak sensorang sebab dah tak larat bebenau rase pastu bosan plak tu..kahkahkah..mungkin sebab aku ni tak suka bebenda camni duk dalam dewan,dinner and whatsoever tapi gigih jugak la nak pergi walaupun dah tau aku ni cemana nanti..haha

Tu je la kot nak cerita,..sekian,
assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.






Thursday, 26 March 2015

BBQ Botanist Family!!

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
long time no see..for  mybe the first time adanya event for us as botanist after 3 years being together as classmae..mulanya benda ni tak ada lah sebesar ni sebenarnya,cuma aku dgan 5,6 orang je plan nk buat bbq..tetibe aku boleh ajak satu kelas join tu sebabnya adalah satu insiden y jadi dimana waktu aku pergi borak dgan sorg classmate ak dekat cafe,.secara naturenya aku memg jenis yang malas nak mengambil tahu hal orang dan lepas 3 tahun pun still xkenal clasmate..then kawan ak ckap la,"elok sangat la tu,tiga tahun dah suraya"..pastu aku pun terpikir la,apa salahnya kalau aku ajak semua classmate ak skali join,at least aku boleh la nak kenal classmate aku sendiri.Selama ni bukan aku tak sempat nak meluahkan masa dengan dorang ke apa,cuma tak pernah nak bagi peluang untuk diri aku kenal siapa clasmate aku sendiri.Sebelum aku rasa menyesal dikemuadian hari dengan kehidupan universiti dengan tak bersosial ni,baik aku buka peluang tersebut.Dan kawan aku yang memula plan ni pon tak kisah kalau ak nak ajak satu kelas pon.



actually aku tak expect untuk hampir satu kelas nak join sebab aku ni kan jenis tak berckap dgan orang,mungkin dorg ignore je kot..tapi classmate ak very supporttive..terharu aku..tetibe rasa macam sayang classmate aku ni..huhu
Satu lagi yang buat ak rasa terharu dan happy semua sebab kerjasama dorang dalam nak menjayakan event ni amatlah mantop mabeles dan meletop..masing-masing tolong satu sama lain..ada yang sampai sakit sakit  pinggang,sakit mata dan memacam lagi lagi la..pada aku,kalau diorang sekadar nak join pon dah buat aku rasa bersyukur dan happy dah..bila semua nak tolong tu lagi la rasa terharu tahap gaban,tak dapat nak digambarkan perasaan ini..tapi xdek la sampai aku rasa nak menangis ..cool beb..haha



bila dah ramai nak join,kena la buat perjumpaan,cadangan makan tak mudah la,memacam nak makan..tapi tak kesah la..memasing nak handle..ak wat relax sudah..hahaha
menu kitorang cam biasa,ayam then ada bihun goreng,spagetti,sosej bakar gitu..yang bestnya,kitorang buat potluck..memasing bawak makanan sendiri...ada pulak yan sponsor memacam,maka,makanan pon jadi banyak la..dan mewah la kitorang malam tu makan sampai nak pecah perut rasa..



Macam biasa la,sebelum nak makan tu nak kena buat ucapan plak..dah rasa macam yb dah aku ni..dah la ak ni tak reti sgat ucapan2 ni..cakap bodo-bodo je..bedal je ape pon..haha
Ada sorang classmate aku dah kahwin,dia pon bawak anak dia yang comel dan gebu gebas..ak teringin juga nak pegang tapi badan bau asap,tak sampai hati plak..sian ke budok..
ape-apa pon alhamdulillah semua dah selesai dan berakhir dgan jayanya...walaupun banyak kekurangan tapi ukhwah tetap terjalin..mungkin takkan terhenti dekat sini je..lepas ni cadangnya nak buat bowling tournament plak..




Wanita-wanita ayu,comel dan cantik mengambil tugas di dapur..men masak2 la deme yerk..seronok gayenye.


jejaka idaman malaya bersiap sedia nak ngidup arang..sebelum tu,snap gambar tuk hantar dalam peraduan dewi remaja..haha

Tempat BBQ..rumput kering,baru lepas kemarau..


Profesionalis bahagian minuman,jus perahan asli buatan tangan merupakan hasil yang ditunjukkan malam tersebut..kui3


Dietrition and specialist dalam pemilihan buah-buahan berkualiti.





Tempat bbq ni atas bukit sebab memasing nak fefeeling 'Dejavu di Kinabalu' sangat,maka anginnya beralun agak kencang disitu sehingga menyebabkan pembakaran terbuka macam dalam gambar ni ha..hahahaha












Amboi,semangat benor mak jah mengipas..haha


Sebahagian makanan yang ada..pecah perut ni nak melantak semua..pakat-pakat batak belaka dah..





Si comel Khalis..sila abaikan mat lampir kat sebelah tu.

yang kat bawah ni semua gambor senget belake,tapi yang senget tu la yang diingat selalu..haha..
ALL MY DEAREST CLASSMATE:








Tu je la dari aku,sekian terima kasih..
Assalam...











Saturday, 21 February 2015

Piece of me

It raining outside and i'm crying inside,
i have a heavy heart,
there were dying by time,
there were no emotions left,
i'm drowning,
my heart is frowning,
no turning back,
frustrated,dissapointed,mad,sad describe me now,
it happened again and again,
i'm tired of being chased by,
it hurt me with the truth but never comfort with the lies,
sometimes i got tired of life and just lay on the floor and never wanna get up,
six letter,two words,hard to explain,
harder to do is move on.
they say,when you fake a frown,you hurt other,
but fake a smile,you hurt yourselves,
so,all you need is a beautiful fake smile to hide the injured soul,
And they were never notice how broken you are,
Again and again,
till the time pass,
hopefully they slowly heal,
without no one noticing,
cause i could never bear the sympathy ,
there no excuse can be made,
move on and survive,
Strive for better were my priority,
Everyone love happiness no one want the pain,
But you can't have the rainbow without a little rain,


home sweet home..

assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
Seperti biasa,setiap kali balik kampung sudah semestinya aku akan melakukan aktiviti feveret  iaitu MEMANCING..hasil perkongsian hobi ayah dan nenek aku,maka terbentuklah projek kolam ikan di kampung yang mana kali ni mengkeme semua membela ikan baung la pulok..sedap amat ikan baung ni ha..tambah pulok kalau buat panggang tempoyak,.fuh,mantop sungguh rasanye..






Sebahagian yang siap sedia untuk disiang..ikan ni bersengat jadi kena beringat la kalo nak menyiangnye,aku pon mancing orang lain yang tolong buang dari mata kail..haha


Abahku yang semangat bebenau..



Sesi nak membahagi hasil tangkapan





Balik dari mancing,kome pon mula la merancang nak berkelah pulok..alah,bukan jauh mane pon,belakang rumah aje,.duk bawah pokok manggis sambil bakar ayam yang dibelanja oleh adik aku yang bermurah hati membelanja kakak die ni makan besor...tapi aku tak menangkap pon gambor,sibuk sangat duk mengipas..sempat tangkap gambor ikan baung panggang tempoyak aje..huhu




Jeng jeng jeng..ikan yang berjaya dikorbankan menjadi santapan tengahari..haha

Tu je la kot nak ceritanya..assalamualaikum..





Powered by Blogger.

Popular Posts

google-site-verification: google0ca468971ca12eda.html