Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Friday, 29 July 2016

Selamat hari raya aidilfitri

Assalamualaikum,

          Naik bersawang dah blog aku ni,dah berapa bulan tak update since thing after another kept coming,membuatkan aku pun tak ada masa untuk mencoretkan kisah hidupku yang munkin xseindah yang dilihat di mata orang lain..aceh.

          Alhamdulillah,hampir sebulan menyambut syawal,walaupun waktu bulan puasa tu ada juga la terkantoi dengan sengaja (aku manusia biasa)..hehe..

          Raya pertama tanpa abah,macamana ya untuk aku describe perasaan ni,rasanya tak terluah dengan kata-kata..cepat masa berlalu,walau aku pun masih confuse,kadang-kadang rasa macam tak boleh nak terima kenyataan,rasa tak percaya,cepatnya abah pergi,tak sempat abah nak tengok aku berjaya,tak sempat nak tengok aku belajar berdikari,tak sempat naik kereta aku beli,tak sempat merasa gaji pertama aku,tak sempat nak merasa aku bawak makan angin,aku tak sempat berjasa untuk abah,tak sempat jalankan tanggungjawab sebagai anak yang baik pada abah,allah lebih sayangkan abah,abah pergi dulu menghadapnya.

          Teringat saat-saat abah menghembuskan nafas akhirnya,abah terbaring di tilam di kelilingi keluarga,senangnya abah pergi,luruh rasa hati saat memegang tapak kaki abah yang kesejukan,aku cuba mendengar dengup jantungnya,denyut nadinya,senyap,tiada apa yang dapat aku dengari lagi,tak ada apa yang aku rasakan lagi,tubuh abah kaku,sejuk,tangis sendu menyelubungi kami sekeluarga pagi itu,aku masih keliru,terkejut dengan kenyataan yang mungkin aku tak boleh hadapi pada ketika itu,tiada apa yang mampu aku lakukan,yasin aku capai lalu aku baca kalimah suci allah satu demi satu dengan perasaan yang tak dapat diungkap,aku di awang-awangan,aku lihat sekelilingku kakak,adik ibuku terlihat seakan teresak menangis di sisi,aku bingung,tiada suara yang mampu aku dengar,aku terus baca,baca,baca,baca yasin di tanganku.Aku bingung,apa yang aku rasa sakitnya dalam hati aku ini tapi tidak setitik pun air mata itu jatuh sehingga kami dipanggil untuk mengucup abahku buat kali terakhir sebelum abah disembahyangkan dan di kebumikan,sejuknye wajah abah,abah nampak tenang,abah tersenyum,air mata perlahan jatuh saat aku mengucup dahi,pipi abah yang jarang sekali bibirku hinggap di situ.Pergi mu tiada gantinya abah,semoga abah tenang di sana.Al-fatihah.







          Raya tahun ini,suram,hambar..sekadar memenuhi tanggungjawab dan adat ziarah-menziarahi di kampung.Tiada apa yang istimewa bagi aku raya tahun ini,walau begitu Allah tu maha adil,Dia hadirkan ahli keluarga baru untuk mengurangkan kesedihan kami sekeluarga.Seorang abang dan adik yang meramaikan lagi ahli keluarga kami.Alhamdulillah.

          Rasanya tak ada apa dah kot nak cerita,kali ni gambar tak banyak,so aku pun macam malas nak upload,haha.

Assalamualaikum.




Monday, 19 May 2014

my sister convocation

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
Ni aku nak cerita sikit la pasal konvokesyen kakak aku yang kedua,Sarina binti Azmi namanya..konvokesyen kakak aku yang sulung(Suriati binti Azmi) aku tak ada kesempatan nak pergi sebabnya masa tu aku tengah menghadapi peperiksaan akhir program matrikulasi di pahang,jadi aku terlepas la dia punya konvokesyen,mungkin kakak aku terasa hati kot tapi nak buat macamana,.hehe..well,aku tak nak dah lepaskan peluang bersama keluarga ni sebab hidup ni cuma sekali kan,lagipun aku dah lama tak luangkan masa bersama family aku,asyik sibuk dengan dunia universiti ni,kesian dekat mak aku yang tanya bila nak balik sokmo,.hehe..ekceli,hari selasa tu aku ada emergency,aku terpaksa balik awal sikit dari perancangan,jadinya,aku *merentat juga la nak balik walau apa nak jadi pun,aku tak kisah dah...teruk benor pulak rasa sebab aku ponteng banyak juga kelas..tapi aku rasa macam berbaloi juga..haha..sometimes being so childish when comes to satisfaction..haha..apa yang aku cuba sampaikan dengan ayat tersebut?argh,lantak la..hehe
Jadi aku balik pada jam sepuluh malam 13 mei yang lalu,dan kakak aku konvo keesok esokan harinya iaitu pada 15 mei..macam biasa la,naik bas Jengka Liner dekat Butterworth n blablablabla..maka sampai la aku dekat rumahku syurgaku pada jam tujuh pagi..sampai di rumah aku buka la peti,ambik hang,punya la bapak banyak jeruk mangga dalam tu..dengan buah-buahnya sekali..rasa nak tergelak pun ada juga sebab dekat USM ni sampai kena pergi rembat dekat pusat pengajian semata nak makan buah mempelam,sedangkan dekat rumah aku berlambak-lambak,sampai dah tak terlarat nak makan,yang dekat pokok pun sampai nak buruk pun ada..banyak sangat pulak dah..tapi alhamdulillah semua tanaman buah-buahan kat rumah aku menjadi tahun ni..kiranya bulan depan aku boleh pelahap semuanya..tak ada gambar pula nak kongsi sebab malas nak tangkap..haha..ni y lagi syoknye adalah,kebetulan kakak aku baru balik dari holiday kat langkawi,jadi bnyak la die bwak balik cekelat dekat adik-adik dia yang pelahap ni ha..huhuhu


Anak-anak dara en.Azmi..ni masa kitorang g ambik wan aku dekat kampung..nak ngikut katenye..


15 mei,kira-kira jam 7 pagi cenggitu,kami pun bertolak ke Dungun,Terengganu bagi menghadiri upacara konvokesyen kakak aku tu la..ekceli dia pergi ambik scroll tu petang,tu sebab la kami pergi pagi sebab perjalanan tak makan masa sangat..almaklumla,dekat je..tak jauh mana pun..dalam jam 1130 kami dah sampai di homestay bertentangan laut dimana berdekatan dengan Uitm Dungun,tempat dimana kakak aku graduate..sampai awal,so kami pun melepak la dulu sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa dari jendela yang terbuka luas..hehe..ramai juga yang ikut kami pergi konvo ni..dalam 3 biji kereta juga la yang pergi..
Memandangkan duduk homestay,mak aku dan wan-wan aku ni dah prepair la makanan yang dah dimasak,kira malas nak makan luar juga la bunyinya,byak juga la makanannya..makanan basah+bahan nak masak esoknya,nampak tak dia punya semangat tu??hahahaha

nampak dekat belakang aku tu..tu baru sebakul je,ada berbakul lagi dekat kereta lagi dua butir..haha
habis penuh bonet kereta..

Memandangkan dewan yang orang duk ambik scroll tu hadkan untuk tiga orang je yang boleh masuk,maka, kami dahulukan la kepada orang-orang tua kami untuk masuk..kitorang yang muda-muda ni menunggu di luar pun tak apa..huhu

my small family,
Memang aku la yang paling gelap kan,terpaksa mengakui walau hati bagai dirobek sembilu..huhuhu
haish,kena memutihkan diri ni jawabnya..
nanti tak memasal waktu raya kena bahan..adoi la..






Pemandangan di waktu senja..

Ni gambar aku syok sendiri tepi laut sambil nak tunggu gambar konvo siap..hahaha

Laut yang cantik,warna biru gitu..tapi sayangnya tak boleh nak mandi..dalam baq hang..



Pada malam hari pula,kitorang tak ada la terus pergi melabuhkan diri atas katil empuk nan sedap tu,tapi lebih memilih untuk pergi pasar malam dungun yang menjual pelbagai barangan,pakaian,makanan,minuman..dan byak lagi la..lenguh juga kaki ni nak berjalan..tapi makanan dia mantop-mantop..rasa macam tak nak balik pun ada..hahaha..tujuan pergi pasar malam tu nak beli ayam je pun,..dah la tak ada ayam mentah pun dekat sini,terpaksa la pulak pergi ANEKA tuk cari ayam,nasib baik la ada..konon-konon nak buat bbq gitu,tapi tak jadi last2 ayam tu buat goreng celup tepung pada sarapan esoknya..hahaha

Pasar malam cik google..kui3

Habis pada tu,kitorang pun pergi la tepi laut,nak tengok bulan sebab malam tu bulan penuh..ekceli dalam bulan 4,5 dengan 6 ni memang kebiasaannya bulan penuh dan waktu yang paling sesuai mencandat sotong..malangnya,xsempat nak mencandat sotong sebab percutian ni singkat sangat sebab semua orang sibuk bekerja..mungkin lain kali kot baru pergi.


Pemandangan malam tu lebih kurang macam ni la..cantik sangat,bulan terang..aku tak sempat nak ambik gambar sebab bateri henpon campur kamra semuanya dah xdapat diselamatkan lagi..haha

Keesokannya,kami pun bersiap la untuk pulang,sebelum balik tu,kitorang singgah dulu di rumah saudara yang berdekatan dan membeli sedikit buah tangan pulang..beli kepok lekor la.hahaha

kat sini la tempat aku beli keropok lekor..sedap jugak..

ni la hasilnya bila digoreng(dalam periuk nasi dekat USM)hahaha


Ni gambar aku tengah koya dalam kereta..boring menunggu orang duk membeli lama sangat..hahaha

Sampai rumah,macam biasa la kan..ofkos kena kemas rumah,kemas barang yang dah guna and blablabla..bila dah malam,semua dah penat..tapi perut masing-masing tengah lapar..nasib baik la my lovely brother ni nak tolong masakkan..ni dia masak maggi goreng..yang tak tahannya nama maggi ni la..adik aku bagi nama Mee Kasih Sayang..kononnya dimasak dengan penuh kasih sayang la tu..haha..well,adik aku ni pandai masak ekceli..aku pun kalah dengan dia sebab sememangnya aku ni tak pandai nak memasak..kui3..tapi memang sedap pun..katanya,mee dimasak dengan kasih sayang konpem sedap..hahaha..apa-apa la adik oi..asalkan aku kenyang..haha

my lovely adik.
Anak teruna tengah memasak..sapa nak buat menantu boleh call..hahaha


unfortunately,banyak lagi gambar yang tak ada sebenarnya,aku tak sempat nak transfer gambar dari kamera ke laptop sebab kamera tu ada dekat rumah,jadi ni je la gambar yang aku boleh kongsikan..hehe..
tu je la kot..assalam..

bahasa Pahang:
*merentat = nak sesangat.

Thursday, 30 January 2014

balik kampung2:ikan oh ikan..

Sebab lama tak update blog,hari ni aku post 3 update..huahaha..ha,ni nak cerita pasal hobi aku g memancing dkat kolam..hehe..pengalaman memancing aku dekat kolam sendiri buat aku stress sebab dari pagi sampai ke petang tak ada sorang pun yang dapat ikan..aish..pandai betul ikan-ikan ni semua..ada sekolah dalam air gamaknya..haha..last sekali sebab dah penat jadi burung belatuk tepi kolam,abah aku pun pergi la beli jaring..tak sampai 5 minit dah mengena..memang syok habis..seronok rasa bila banyak ikan lekat..hehe..tak sampai berapa jam pun duduk tepi kolam dah banyak..









orang tengah siang ikan abahku pulak menyapu sampah..rajin sungguh

hasilnya..nyam2..bakar cicah air asam bapak la sedapnye..



balik kampung1:mengecat pasu

Sudah menjadi kebiasaan pada setiap tahun warga Felda Kota Gelanggi 02 akan mengadakan pertandingan keceriaan antara blok-blok yng terdaoat di dalam kampung,termasuk la blok kawasan rumah aku..semua jiran tertangga bergotong royong menceriakan kawasan rumah,tepi-tepi jalan untuk merangkul gelaran blok terbaik,tercantik dan sebagainya..huhu..parents aku pun tak lepas pulang untuk sama-sama menjayakan program dan bersemangat menceriakan laman dan kawasan rumah..melihat kesemangatan kedua ibu bapa aku,aku pun ada la juga tolong sikit-sikit..hehe..aktiviti yang paling femes sekali adalah mengecat pasu bunga..

warna tema blok..silau mata den..



ni warna pasu dalam kawasan rumah aku..
(hasil aku tolong mengecat..huhu)



tada...cantikkan aku buat..hihi

nun jauh disana terlihat ibuku bertungkus-lumus mengecat pasu..haha

pokok pun redha je..

made by my oyaji(abah)..hehe

motor baru adikku

       Nak dekat sebulan juga tak balik rumah,lepas je abis paper terus aku terbang ke rumah menaiki bas aja..haha..pagi2 baru aku smpai..dlam pukul 7 pagi macam tu,bila sampai rumah aku pun terlihatlah akan sebiji motor kawasaki RR yang memang telah dimaklumkan oleh abahku siapakah gerangan pemilik motosikal tersebut..cuma rasa macam tak sangka pula dapat tengok depan mata aku secara live sbb motor tu feveret ak juga walaupun xreti sangat bawa motor..tengok saja boleh la..hehe..




abahku bawak mak g jejalan pusing kampung..

my lil brother y koya..

Friday, 18 October 2013

last day at home

Aktiviti hari ni adalah buat sambal hitam untuk ak balik hari esok..sedapnya...sambal ni sedap kalau makan dengan nasi..biasanya bila balik usm ..ak masak nasi lepas tu makan dengan sambal hitam ni..kalau xd lauk pun xpe..makan macam ni pun jadi..haha..hari tu seminggu aku xpergi makan dekat kafe sbb ad smbal ni makan dgan nasi lepas tu taruk kicap..jimat giler rasa..waktu malam pulak kitotg buat bbq..hehw..sembelih ayam kampung wan aku lepas tu bakar..makan ramai2..fuh..memg sedap..makan smpai menjilat pinggan..hehe

Ayam bakaq...

ikan bilis nak buat sambe.. haha

Thursday, 17 October 2013

hometown..

Why i love my hometown so much???






Reason???? All of this!! Why?because i love fishing damn much....Cant wait to see them growth so i can eat them till the bone...huahahaha

selamat hari raya korban!!!

Raya haji tahun ni aku raya kat kampung belah abah pulak..kampung jengka 12..tempat kelahiran aku jugak sebenarnya..haha..raya haji kat pahang ni memg xsemeriah belah mak ak dekat kelantan tapi ok la sbb ak ad kakak2 dan makcik pakcik aku y gila2..haha..sehari sebelum raya kami pakat ramai2 buat lemang..syok juga sbb macam gotong royong..malam tu masak la rendang ketupat bagai tu
..tiba hari raya kami semua dijemput pergi open house blok nenek ak..macam2 makanan ad..tp xsempat la pulok nak mengambik gambor sebab excited byak sgat makanan..yang tak boleh blahnya..kitorang 5 orang y merangkumi aku,kakak2 aku dan pak serta mak sedara aku boleh pulak plan gi makan pizza..memg xboleh blah..tu semua sbb aku y mengidam nak makan..haha..alang2 dh smpai bandar tu..karoke la seround..memg gempak..dengan pkai baju rayanya..tgok semua dah macam penyanyi nasyid tapinya g karoke..haha..lawak jugak rase..



Open house...


muke aku selenge giler..huhuhu



Powered by Blogger.

Popular Posts

google-site-verification: google0ca468971ca12eda.html