Friday, 28 February 2014

family day~palapes junior 2013

assalam..
bila duduk sorang dalam bilik ni teringat pula zaman jadi junior dulu...
seronok bukan main,walaupun menempuh liku kehidupan yang menyakitkan..hahaha
ni nak cerita pasal kami punya family day yang lepas..
diadakan di batu feringgi dengan seramai tak ingat dah berapa jumlah anggotanya tapi yang penting ramai..
memandangkan aku ni antara orang yang agak beria juga nak pergi..jadi secara tidak langsung aku telah dipilih menjadi YDP(Yang Di Paksa) projek..stress juga kepala ni..sebab aku memang tak minat nak menguruskan orang..aku suka enjoy je..kerja yang leceh-leceh ni bukan bidang aku..haha
tapi nak buat guana,dah pegawai latih yang berpangkat kapten aku yang suruh..tak boleh nak mengingkari arahan..
setelah berbincang punya berbincang,kami decide nak masak je sebab nak menjimatkan perbelanjaan skuad aku memandangkan makanan agak mahal..maka tertubuh la satu skuad memasak yang diketuai oleh sahabatku noor farhana dan beberapa lagi skuad aku..nak cerita pasal letih tu,memang letih pun sebab kitorang mulakan kerja ni dari petang hingga ke pagi esoknya yang mana dari beli barang untuk masak sampai la packing untuk ke destinasi..fuh,memang letih..bayangkan nak masak untuk dalam 50 orang lebih makan..dengan pengalaman yang tak ada,kami cuba buat yang terbaik..tu yang jadi lambat tu..
hahaha..dengan bantuan staff palapes dan pegawai palapes,kami boleh menggunakan barang memasak sekali dengan tempat memasak untuk projek ni..berterima kasih sangat dekat mereka..walaupun tak tidur seharian,perasaan excited tu buatkan kami segar sepanjang hari walaupun ada tragedi yang berlaku di akhirnya..hahaha..
kami konvoi beramai-ramai dengan 5 biji kereta dan 10 buah motor..fuh,ramai tu..seronok..
konvoi dari usm sampai la ke batu feringgi,masa tu,kawan aku yang duduk di penang ni la yang tunjukkan jalan dia..sampai je sana,tak dan nak cari tempat teduh,tempat panas pun kami bedal pergi bentang ponco..tu semua kapten aku punya idea..aku pun tak paham juga dengan dia kekadang..dah tak sabar snagt nak berendam la tu agaknya..haha..tapi layankan aje..kapten kitorang tu pun sporting orangnya..jadi kami tak kesah sangat la waktu tu..rasa macam kawan-kawan pun ada..macam tak ada jurang antara pegawai dan kadet.. hormat tu still ada la..tak ada la teruk sangat..haha..
walaupun masa tu aktiviti bebas tapi kami still rasa seronok..main timbus-timbus badan dalam pasir la,main bola tampar,banana boat dan yang paling aku tak boleh lupa adalah naik parasailing...sebab benda ni yang buat aku excited nak pergi sebenarnya..best giler naik..untuk beginner macam aku ni,biasa la kalau tersalah langkah waktu naik benda tu,tapi tak adalah sampai ada kejadian buruk berlaku cuma kesian dekat kawan aku je la,dia terpelanting sebab tersangkut tali parasailing yang aku naik tu..tercampak jauh juga..nasib baik tak jadi pape..aku pun rasa bersalah juga la sikit masa tu..tapi nak buat guana..benda nak jadi..
lepas berjam-jam duk mandi laut tu..jurulatih aku ajak pergi mandi Air terjun..nama tempat tu Titi Kerawang..tempat tu ok juga,kawasan cantik..air pun bersih je..lepas mandi-mandi..kami pun pulang ke USM..penat badan tapi seronok..really miss the memories..













hensem dan comel-comel kan skuad saya...hehe




















Wednesday, 26 February 2014

rintihanku

Aku,
siapa aku?
hanya insan biasa,
tiada kuasa yang mampu dibanggakan,
tiada kata yang mampu mempersonakan,
tiada harta untuk dijadikan kemegahan,
jadi kenapa aku yang menjadi perhatian?
setiap perilaku dipersoalkan,
tiada yang benar padaku barangkali padamu,
hanya kerana dosa yang tak seberapa,
aku dijadikan bahan pemerhatian,
sedih,
sungguh sedih,
mengapa manusia suka menghukum?
apa jahat benarkah aku?
tidak ada sekelumit kebaikankah kepadaku?
dimana perginya kasih yang kau megahkan dahulu,
mana perginya?
semuanya hilang kerana inginkan kekuasaan,
untuk apa?
kuasa didunia hanya sementara,
suci benarkah dirimu?
adakah kamu malaikat yang tidak pernah bersalah?
perlukan cacian,makian dilemparkan kepadaku?
walau aku tidak mendengarnya,
pasti akan ada mulut yang menyampaikan kepadaku,
ada sahaja telinga yang mendengar kata-katamu,
aku cuba menepis setiap kata burukmu padaku,
demi persahabatan yang telah terjalin,
aku cuba mengikut retakmu,
cuba bertolak ansur,
tapi aku tak mampu,
semakin hari semakin mencalarkan sekeping hatiku,
aku juga manusia biasa,
sabar itu ada batasnya,
aku tak bisa menolak rasa kecewa,
aku berdiam untuk meredakan suasana,
bukan berdiam untuk dihentam semahunya,
cukuplah teman,
usah kau ukirkan senyuman palsumu,
aku sudah lali dengan permainanmu,
cukuplah sikap hipokritmu itu,
jangan kau cuba teruskan lakonan hebatmu,
kerna aku tidak tertahan dengan sikap itu.
Aku sedar,
sebagai seorang hamba,
aku bukan seorang yang taat kepadaNya,
aku melakukan dosa,
juga dosa kepada manusia,
tapi tidak adakah peluang untuk aku berubah,
mengapa kau mematahkan niatku?
sebelum aku melakukannya,
adakah ini ujian yang perlu aku tempuh?
aku pasrah..








Tuesday, 25 February 2014

perbualan dalam bahasa pahang..haha

CERITA PEDOOH, NGAKEI..PUNGKOR VERSI PAHANG.. 
Kategori : U
Bahasa : Loghat Pahang..
Lokasi Cerita : Aperikor...
Adapun wokmer semer..citer ni mungkin ander yg dah dengor atau terbace dimana2..kek nyer dlm versi loghat pahang x jumpe lagi ke koi.. cerite nter begini :-
Al-Kisah disebuoh grun yang panas teghrik, adalah seorang lelaki aprikor yg tersesat, meraban kat gurun ter x jumpe jalan nok balik.. maka dia pun merayak r.. lama kelamaan dia haus yg amat sangat kelekom rasa kelat.. dah x rhot sgt.. tetiba dia ternampok satu molor.. maka dia pun menghampiri dengan mengharak dalam ter ada air... dia pun tungkit r hujung bocong molor.. kek nyer hampa.. dengan tidok semena-mena keluarlah sekor jin aperit... maka berlakulah perbualan antara mereka :

Jin : Hahahaha... wehhh!!!!.. koi ngucak terima kasih sebab ngeleorkan koi dari bocong ni.. dari jaman tori koi dah terkurung.. sebagei balasan koi berikan awok tige permintaan..

Lelaki : wehhh.. kalu gitu bior koi pikir dulu yakkk.. koi ni kanyor dah xdan nok mikir..

Jin : Pikir deraihhhhh !!!! sebelum koi khedor.....

Lelaki : Gini !!! koi nok mintok 1. Koi dah cemuih dah jadi org itang ni..boleh awok tukor ke koi jadi putih ???? 2. Koi dah tak tahan duk dalam dahaga dan kepanasan.. koi nok sentiasa disimbahi air dan sejuk kek nyer x noklah banjir... 3. Koi ni suke sgt ngintei omtiner..boleh ke awok jadi ke koi ni.. bila koi ngitei omtine tak nmpok dan tidok disedari mereka... itu je permintaan koi.. dah harap boleh dituneikan yarkk !!!!

Jin : Boleh!!!!! mudoh jer ter...

Maka jin pun mengubohlah org lelaki tersebut menjadi putih..sentiasa disirami air dan tidok disedori oleh omtine..
Maka Lelaki itu telah bertukar menjadi MANGKUK TANDAS WANITA di KLCC.....
Moralnya : Jngn Percaya ke org aprikor........ hehehehe selamat membaca 

MELAYU

Assalamualaikumwarahmatullah..
sedang aku duduk berborak melayan sahabat handai membuat onar,perutku mula menyanyikan lagu keroncong untuk ana,lalu,dengan lemah lembut dan sopan santun,aku ke bilik temanku dan meminta ihsan beliau untuk memberikan sedikit makanan sebagai alas perut memandangkan gerai makanan nun jauh disana dan dengan berat hati aku tidak mahu menghilangkan kalori yang tersimpan dengan berjalan kaki ke sana..haha..berbekalkan pop corn untuk dikunyah,aku mendapat idea untuk menulis post ini iaitu berkaitan pemikiran melayu..haha
haha..seperti yang sedia maklum,rasanya tak perlu untuk aku tulis panjang pasal bab ni..haha..dan aku pun tak reti nak ulas panjang-panjang..hehe
cuba terjemahkan maksud karya dari Usman Awang yang aku terjumpa masa membaca forum dekat internet,sangat menarik karya ni,walaupun aku bukan orang sastera,aku still dapat paham apa yang cuba disampaikan,.

Melayu 
oleh Usman Awang 

Melayu itu orang yang bijaksana 
Nakalnya bersulam jenaka 
Budi bahasanya tidak terkira 
Kurang ajarnya tetap santun 
Jika menipu pun masih bersopan 
Bila mengampu bijak beralas tangan. 

Melayu itu berani jika bersalah 
Kecut takut kerana benar, 
Janji simpan di perut 
Selalu pecah di mulut, 
Biar mati adat 
Jangan mati anak. 

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya: 
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu 
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau 
memang Melayu, 
Keturunan Acheh adalah Melayu, 
Jakun dan Sakai asli Melayu, 
Arab dan Pakistani, semua Melayu 
Mamak dan Malbari serap ke Melayu 
Malah mua'alaf bertakrif Melayu 

Dalam sejarahnya 
Melayu itu pengembara lautan 
Melorongkan jalur sejarah zaman 
Begitu luas daerah sempadan 
Sayangnya kini segala kehilangan 

Melayu itu kaya falsafahnya 
Kias kata bidal pusaka 
Akar budi bersulamkan daya 
Gedung akal laut bicara 

Malangnya Melayu itu kuat bersorak 
Terlalu ghairah pesta temasya 
Sedangkan kampung telah tergadai 
Sawah sejalur tinggal sejengkal 
tanah sebidang mudah terjual 

Meski telah memiliki telaga 
Tangan masih memegang tali 
Sedang orang mencapai timba. 
Berbuahlah pisang tiga kali 
Melayu itu masih bermimpi 
Walaupun sudah mengenal universiti 
Masih berdagang di rumah sendiri. 

Berkelahi cara Melayu 
Menikam dengan pantun 
Menyanggah dengan senyum 
Marahnya dengan diam 
Merendah bukan menyembah 
Meninggi bukan melonjak. 

Watak Melayu menolak permusuhan 
Setia dan sabar tiada sempadan 
Tapi jika marah tak nampak telinga 
Musuh dicari ke lubang cacing 
Tak dapat tanduk telinga dijinjing 
Maruah dan agama dihina jangan 
Hebat amuknya tak kenal lawan 

Berdamai cara Melayu indah sekali 
Silaturrahim hati yang murni 
Maaf diungkap senantiasa bersahut 
Tangan diulur sentiasa bersambut 
Luka pun tidak lagi berparut 

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan 
Selagi yang ada sanggup diberikan 
Sehingga tercipta sebuah kiasan: 
"Dagang lalu nasi ditanakkan 
Suami pulang lapar tak makan 
Kera di hutan disusu-susukan 
Anak di pangkuan mati kebuluran" 

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu 
Masihkan tunduk tersipu-sipu? 
Jangan takut melanggar pantang 
Jika pantang menghalang kemajuan; 
Jangan segan menentang larangan 
Jika yakin kepada kebenaran; 
Jangan malu mengucapkan keyakinan 
Jika percaya kepada keadilan 

Jadilah bangsa yang bijaksana 
Memegang tali memegang timba 
Memiliki ekonomi mencipta budaya 
Menjadi tuan di negara Merdeka 

Usman Awang 
26 NOVEMBER 1999


Konklusinya,setiap manusia ada pemikiran dan pendapat yang berbeza,tidak terniat langsung aku untuk mengutuk atau menyindir Melayu sedangkan aku juga orang Melayu,ibu bapa aku orang Melayu..setiap keturunan aku adalah orang Melayu,cuma apa yang buruk itu kita jadikan sempadan,yang baik itu dijadikan tauladan.Sebagai seorang yang intelektual,kita seharusnya lebih berfikiran terbuka untuk maju ke hadapan.Peace no war..
assalam..

Sunday, 23 February 2014

kenangan matrikulasi

assalamualaikum..
hari ni rasa macam tak ada benda nak post,cuma teringat kawan-kawan aku masa dekat matrik pahang dulu..walaupun cuma setahun perkenalan,aku tetap mencipta memori indah bersama teman-teman..haha..skema pula ayat..nak dijadikan cerita,waktu duduk matrik dulu,memang study gila-gila sampaikan  wayar dekat kepala ni rasa macam nak tercabut la..bukan apa,masa di matrik,kami kena struggle sikit untuk dapatkan PNGK yang bagus sebab kalau kami gagal,kami terpaksa ulang balik program matrik ni lagi sekali atau masuk diploma ataupun form six,kalau benda tu terjadi,secara tak langsung akan merugikan masa yang aku dah luangkan selama setahun dekat sini.tambahan pula,menjadi satu bebanan kepada student yang ambil program satu tahun sebab masa yang terhad dan jadual yang sangat padan disamping sillibuse yang memeningkan kepala..tapi walau macam mana pun,hidup mesti kena enjoy,stress lebih-lebih pun tak guna juga,sekurangnya kena juga pergi release stress..haha..bahasa apa la yang aku pakai ni..layankan aja la..hehe.Masa aku di matrik,aku ambil kos pure science dimana ada math,english,biology,physics dan kimia.Dalam banyak-banyak subjek,physic paling aku bengap sekali..aku pun tak paham..sakit otak aku ni nak menjawab soalan fizik sampaikan tutor aku pun dah tak tahu nak buat apa..kesian pula dia..nasib baik result exam aku yang mana masa tu dipanggil PSPM (ak tak ingat dah singkatan daripada apa,kalau tanya budak matrik kompem diorang tahu) ok la juga..cukup makan kata orang..hehe..kebiasannya kuliah akan diadakan dalam dewan yang sarat,lebih kurang seratus lebih student dalam satu kelas,manakala tutorial pula dibahagi kepada beberapa kumpulan mengikut modul dan kelas masing-masing.Aku ingat lagi nama kelas tutor aku,5M1S1a..ada lebih kurang 21 orang dalam kelas aku dan kadang-kadang agak kecoh dengan perangai masing-masing..yang paling aku tak boleh lupa adalah sesi berebut kerusi untuk duduk belakang..yang ni lawak,setiap  kali kelas,semua akan berebut nak duduk belakang siap main tarik-tarik kerusi lagi..haha..lawak sungguh.

ni la classmate aku..

gambar skema..kui3


waktu jamuan raya..hehe

ni kwan aku dari sekolah rendah,duduk sekampung,
tak sangka sambung belajar tempat sama..huhu

dalam dewan kuliah,waktu datang awal,memang kosong kelas..

tempat melepak dikala waktu rehat.

kawan menggila...tini senget..haha

waktu senamrobik

my roomate..

pergi buka puasa dekat benteng dengan roomate aku
(gambar atas)hehe

celebrate befday aku..hehe
terima kasih kawan-kawanku yang bersusah payah membuat semua ni..
very appreciate it.

jenjalan..



kelas2..

Saturday, 22 February 2014

belajar main ping pong

Assalam..
Hari ni ada gotong royong waktu latihan palapes,minggu ni aktiviti agak free sedikit sebab kami baru sahaja tamat kem tahunan minggu lalu..jadi hari ni punya latihan tak berat sangat macam biasa...sedang aku duduk bergotong royong lepas membahagikan tugas tu,macam biasa aku akan memacatkan diri aku ke mana-mana sahaja mengikut langkah kaki berjalan..mangsa tempat aku hari ni adalah bilik model..puas aku duk menyorok dekat belakang tu walaupun penyamaran tak menjadi..kantoi..sebab memang terang-terang pun orang boleh nampak..bile pikir balik rasa macam lawak pulok..tdalam duk sedang asyik menyorok,kawan aku yang tersedar akan kehadirana aku duk menganjing pulak milo ais depan aku..aishh,menggoyahkan iman sungguh..lalu aku pun lari dari tempat persembunyian dan mengecek-ngecek kawan-kawan aku..dalam tu tak ada perempuan pun..yang ada cuma kitorang punya pengawai muda@YO perempuan..nasib baik aku ni ok la juga dengan member aku..kira nak buat borak tu memang jalan la..haha..memang nak rezeki aku kot waktu tu,dengan berkat usaha aku mengecek dekat jurulatih,aku dapat sebungkus tea ais..hehe..tapi tak ada la aku telan semua,kongsi-kongsi la..sebenarnya bukan ni yang aku nak cerita..tetiba melalut pula intro pepanjang..haha..dalam bilik model tu aku terpandang meja ping pong bersama pemain-pemainnya sekali..yakni,skuad aku@kawan..macam syok je aku tengok diorang duk main ping pong..tetibe timbul pula minat nak mencuba..so,aku pun pergi la mengeneng dekat kawan aku suruh dia ajar..berbekalkan tenaga pengajar aku yang lebih dikenali sebagai amar the legend dan nazri si tawarikh bersama hariz my coursemate..aku pun memulakan sesi pembelajaran..excited pula sebab sebelum ni aku memang tak pernah main benda alah ni..setakat tengok-tengok tu ada la..hehe..kesian pulak dekat coach-coach aku ni duk mengajar..biasa la,beginner..mana nak tau bende..blurr sesaja..haha..tapi seronok..dari sini aku belajar bahawa nk main ping pong ni bukan bergantung pada pengawalan bola tu semata-mata,tapi kena kawal kekutan tngan dan teknik yang betul..aku pun berterima kasih juga dekat diorang yang rajin nak melayan aku yang mengada-ngada ni..hehe..sebab diorang ni aku dah boleh la sikit setakat nak main bodo-bodo..nak tournament kena berlatih lebih sikit la..hehe..tu je la nak cerita..tak ada pula aku nak tangkap gambor tadi..sebab tengah fokus..hehe
akhir kata,majulah sukan untuk negara..assalamualaikum..


Thursday, 20 February 2014

diam itu lebih baik

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
Macamana nak mula yer..ermm..first of all,aku nak komen pasal sesetengah manusia ni yang suka sangat duk heboh-heboh sampaikan nak bergaduh pun tulis dalam media sosial,bukan setakat rakyat biasa je,artis-artis yang dah sememangnya public figure tu bagi la contoh yang baik sikit ni tak,popular je yang nak..haa..kan aku dah melalut,payah la macenggini..hehe,,dah la tak ada point,marah masa sendiri..kehkehkeh..pada aku,rasanya tak perlu kot untuk kita berasa emosional,mental yang terlebih sampaikan setiap kata-kata yang keluar dari mulut kita tu boleh menyakitkan hati dan meluatkan orang,for example bila kita marah seseorang,xboleh ke kita bertenang,duduk diam-diam,muhasabah diri sikit?aku tak nafikan kadang-kadang,aku pun terlepas juga tapi jangan la sampai melarat-larat bawak ke luar..dah marah dekat situ,habis dekat situ je la,ni tak..dekat luar pun nak buat musuh juga..ni lagi satu hal.,sometimes,bila kita bersuara melebih sangat tentang benda yang tak berfaedah macam ni akan lebih menunjukkan kebodohan diri sendiri sebenarnya,lebih banyak kita merepek,lagi negatif pandangan orang pada kita dan secara tak langsung dapat dosa juga kalau duk menyumpah orang tak tentu pasal.Well,aku pun ada juga kawan yang spesis macam ni,nak tegur karang takut terasa hati bagai tapi aku sedar juga la diri aku yang selalu menjadi punca kemarahan mereka sebab aku ni jenis yang suka ambik mudah sikit tentang perkara yang tak berapa nak penting dan langgar peraturan tu memang perangai aku la,tu yang buat orang bengang tu..walau macam tu,aku tak ada la nak bising-bising bila orang lain buat benda yang sama sebab aku pun dua kali lima..haha..kadang-kadang perasaan terasa hati tu ada la juga muncul sebab dah selalu sangat kena marah,umpat-umpat belakang tu dah selalu sangat aku dengar,marah tu ada la juga tapi aku malas nak bising,karang tak pasal-pasal jadi isu je..macam aku kata,berdiam diri tu lebih baik dan lama kelamaan orang pun penat nak bercakap,lepas tu tak timbul dah isu-isu tu,diam macam tu je..kan senang,settle masalah..daripada aku duk melawan lepas tu hal yang kecil makin lama makin ke besar la jawabnya..aku pun pelik dengan manusia yang suka duk marah-marah tak tentu pasal ni,diorang tak penat ke?haish..pelik aku..tu belum lagi termasuk dengan orang yang perasan bagus..tu lagi masalah..tak lupa juga pada individu yang aku pun tak tau nak kelaskan macamana..mungkin individu yang kurang kasih sayang barangkali..huhu..individu ni ditujukan khas kepada kaki update facebook tegar atau media sosial yang lain,kalau facebook kau tu ada kawan-kawan yang kau kenal tak pe juga,ni tah sapa-sapa ada..sakit nak cerita dalam facebook,bergaduh dengan pakwe nak cerita dalam facebook,sedih,marah,campur lah sekali dengan kaki stalker dan admire bagai tu..aku baca status pun rasa macam nak bagi kaki je..orang-orang macam ni rasa macam nak unfollow je tapi member,karang ada apa-apa hal susah pulak..kenapa semua nak cerita dekat orang?bukankah diam itu lebih baik?keep silent is better than express because it so hurt when people can hear but cant understand.
just remember bahawasanya

diam tidak bererti kalah,
diam juga tidak bererti lemah,
tetapi dengannya memberi kita kekuatan,
agar tidak tunduk pada nafsu yang membinasakan.





Tuesday, 18 February 2014

budak-budak

Assalam..
Entah kenapa sejak akhir-akhir ni aku suka sangat dengan budak-budak. aspecially baby yang baru umur setahun dua..rasa macam suka sangat tengok muka innocent diorang yang menceriakan hidup walaupun hari tu stress bagi aku..hasrat hati teringin sanagat nak anak saudara..aku nak kelek merata-rata pun senang..tapi nak buat macam mana..tak ada rezeki lagi nak dapat..kalau nak tunggu anak aku sendiri memang tak la..aku pun tak ada hajat pun nak berumah tangga masa ni..tunggu kakak-kakak aku kahwin baru merasa macam mana ada budak kecil dalam rumah..walaupun aku tak berapa reti nak melayan budak memandangkan jarak umur aku dan adik aku cuma 3 tahun dan aku tak ada pengalaman menjaga budak pun selama ni..aku still belajar dengan orang sekeliling aku..sekarang boleh la sikit-sikit..hehe..even aku masih tak ada anak saudara,sekurang-kurangnya aku ada sepupu yang sangat comel,umur baru 9 bulan..dari lahir sampai sekarang kami sekeluarga asyik duk ulang melawat dia..suka betul dia bila ramai datang menjenguk,sebab kat rumah tu cuma ada mak dengan ayah dia je..tak ramai orang..bila ada orang datang suka la si kecik tu..seronok sangat gayanya sampai mengigau ngigau..lucu betul..tapi betul la kata orang,budak-budak ni penyeri dalam keluarga,hilang rasa sunyi,bosan,masalah semua dengan ragam diorang..eh,cakap macam aku pula yang ada anak..haha..sekarang ni susah dah nak jumpa sebab aku duduk jauh sangat dah dengan dia..sampai ke pulau pinang ni habaq hang..mana nak jumpa..balik pun jarang,dalam setahun tu berapa kali je dapat jumpa..rindu membukit-bukit..baru ni aku dengar budak tu duk cirit birit,dah kurus sangat dah katanya..risau juga,tu pun denga cerita dari mak dia..harap dia cepat la sembuh dan ceria macam biasa..sepupu aku ni namanya che mohd akma,baik budaknya,tak banyak songeh,makan pun tak banyak ragam,apa yang orang sumbat semuanya dia telan..haha..bila duduk sini kadang-kadang duk teringat dia,haish,bila pulak la dapat balik,.kadang-kadang,bekas skuad aku ada bawak anak dia datang usm ni,habis kena gomol budak tu dengan kakak palapes ni ha..haha..nasib baik tak suka menangis,kalau tak puas juga nak memujuk..yang tu la jadi mangsa gendongan aku ke hulu hilir..bila main budak ni,teringat dekat akma..ermm..balik nt aku nak ajak akak aku g jumpa dia..nak main puas-puas..hehe


my lovely cousin,che mohd akma




anak kawan aku,muhammad al-fateh



Monday, 17 February 2014

Annual camp 2014

assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
kali ni aku nak cerita pasal annual camp yang baru je 2 hari tamat..walaupun dah dua tahun aku di palapes usm ni,ni lah baru pertama kali aku merasa annual camp sebab pada annual camp yang lepas aku tak dapat nak ikut berikutan fieldwork untuk kos aku yang dijalankan pada tarikh yang sama dengan annual camp tu..
Aku pun tak reti sangat nak bercerita tentang annual camp ni sebenarnya sebab panjang sangat dan malas juga rasanya nak tulis sebiji-sebiji..huhu..jadi aku cerita ringkas aja la..seperti pra annual camp yang aku pernah post sebelum ni,annual camp lebih kurang sama cuma yang membezakan adalah masa yang lebih lama serta aktiviti yang dilakukan dengan lebih serius dan turut ada penilaian pada setiap ujian..cuak juga rasa mendengarkan adanya ujian-ujian ni semua sebab aku dalam kelas tentera ni,bukan fokus sangat pun,membuta je lebih..hehe..tapi nasib baik boleh buat juga hasil dari tunjuk ajar jurulatih-jurulatih yang berpengalaman dan team penguji yang sporting..hehe..macam tu je la ceritanya..ni ada gambar sikit nak kongsi..




































Powered by Blogger.

Popular Posts

google-site-verification: google0ca468971ca12eda.html