sedang aku duduk berborak melayan sahabat handai membuat onar,perutku mula menyanyikan lagu keroncong untuk ana,lalu,dengan lemah lembut dan sopan santun,aku ke bilik temanku dan meminta ihsan beliau untuk memberikan sedikit makanan sebagai alas perut memandangkan gerai makanan nun jauh disana dan dengan berat hati aku tidak mahu menghilangkan kalori yang tersimpan dengan berjalan kaki ke sana..haha..berbekalkan pop corn untuk dikunyah,aku mendapat idea untuk menulis post ini iaitu berkaitan pemikiran melayu..haha
haha..seperti yang sedia maklum,rasanya tak perlu untuk aku tulis panjang pasal bab ni..haha..dan aku pun tak reti nak ulas panjang-panjang..hehe
cuba terjemahkan maksud karya dari Usman Awang yang aku terjumpa masa membaca forum dekat internet,sangat menarik karya ni,walaupun aku bukan orang sastera,aku still dapat paham apa yang cuba disampaikan,.
Melayu
oleh Usman Awang
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka
Usman Awang
26 NOVEMBER 1999
Konklusinya,setiap manusia ada pemikiran dan pendapat yang berbeza,tidak terniat langsung aku untuk mengutuk atau menyindir Melayu sedangkan aku juga orang Melayu,ibu bapa aku orang Melayu..setiap keturunan aku adalah orang Melayu,cuma apa yang buruk itu kita jadikan sempadan,yang baik itu dijadikan tauladan.Sebagai seorang yang intelektual,kita seharusnya lebih berfikiran terbuka untuk maju ke hadapan.Peace no war..
assalam..


0 comments:
Post a Comment