Sudah menjadi kebiasaan kepada aku dan rakan-rakan setiap kali mid sem break atau semester break akan mengikuti perkhemahan tapi tidak bagi aku untuk kali ini.Kenapa?Sebab aku terlibat dalam projek tahun akhir yang mana memerlukan aku meluangkan lebih masa kepadanya berbanding yang lain.Jadi terpaksa la untuk aku tidak menghadiri kem palapes walaupun di sudut hati ini terasa amatlah rugi namun,aku tidak menyesal dengan keputusan aku sebab banyak juga benda yang aku dapat ketika menjalankan kerja luar bagi projek ni.
Aku telah diamanahkan untuk membuat penyelidikan tentang pokok kantan atau nama saintifiknya Etlingera elatior untuk projek aku ni.Dalam projek ni,ak dikehendaki untuk membuat penyelidikan berkaitan anatomi kantan di samping menghasilkan produk berasaskan kantan.Untuk itu,aku dan tiga orang lagi rakan yang sama-sama membuat penyelidikan ini dihantar ke Kuala Kangsar dimana terdapat sebuah syarikat iaitu Sidratul Enterprise yang mengusahakan perusahaan makanan bertaraf IMP(Islamic Manufacture Product).http://www.sidratul.com/
4 orang budak kuat menyengih..first time sampai dan tak tahu pape..kesian..haha
Buat pertama kalinya aku melihat sebuah kilang yang betul-betul melaksanakan perusahaan secara islamik dimana setiap pekerjanya beragama islam,orang-orang dekat situ baik-baik semua,setiap tata tertib semuanya mengikut cara islam,para wanita tidak dibenarkan memakai pakaian yang mencolok mata,semua dikehendaki untuk berbaju kurung atau pakaian punjabi sahaja.Setiap hari Isnin akan diadakan ceramah atau kuliah pagi seterusnya diwajibkan untuk sembahyang dhuha(setiap hari) sebelum memulakan kerja.Waktu solat pekerja terjaga.Manakala hari Jumaat pula diadakan majlis Khatam Al-Quran. Rasa selamat je duduk sini,sejuk mata memandang,hati pun tenang.Yang bestnya,kalau buat overtime(OT),makan malam akan disediakan,kat situ dah jimat dah duit.
Apa yang aku belajar kat sini?Aku belajar untuk menghasilkan produk aku sendiri..haa..tak pernah terpikir pun nak buat produk ni..kami dipecahkan kepada dua orang satu kumpulan,aku dan arie(kawan yang sama-sama buat fyp) dimasukkan ke bahagian kosmetik yang mana memang kami pilih untuk buat kosmetik pun.Yang lagi dua orang,fiza dan ana pula bahagian makanan.
Mula-mula kami didedahkan terlebih dahulu tentang penghasilan produk tak kira la kosmetik ataupun makanan sebelum dimasukkan ke bahagian masing-masing.Dekat bahagian kosmetik,kami dibantu oleh orang-orang lama ataupun pakar untuk mula hasilkan kosmetik..kira ada guide la..kami decide nak buat shower gel,pefume dan bedak sejuk..dimana kesemua produk akan dimasukkan kantan ke dalamnya dengan cara yang tertentu.Mula-mula memang la tak berapa nak menjadi tapi teruskan juga asalkan kalau ada rupa tu kira dah ok la disebabkan kekangan masa yang menghalang kami untuk betul-betul sempurnakan penghasilan produk ni.
Memandangkan kamera dan segala jenis mak nenek punya gajet tak dibenarkan masuk ke dalam kilang,tak banyak la gambar yang dapat dikongsikan.
Alhamdulillah..produk yang berjaya dihasilkan..

Balik naik feri je..malas nak menyusahkan orang..huhu
Sekian sahaja coretan kali ini..terima kasih,assalamualaikum.










