Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Saturday, 30 July 2016

Tempat makan menarik sekitar Pulau Pinang

Assalamualaikum..

          Seperti yang dikatakan,Pulau Pinang sebagai syurga makanan,memang tidak dapat disangkal lagi tentang kesahihannya itu.Kali ni aku nak post pasal tempat makan sedap berdasarkan pengalaman aku sendiri dan juga tempat yang aku tak explore lagi yang mana memang review orang ramai tetapi sememangnya terkenal di Pulau Pinang.Yang aku senaraikan ni kebanyakannya sesuai la untuk jenis yang bajet ciput dan mybe untuk makan hari-hari.Mostly around bayan lepas sbb dah hampir tiga tahun lebih aku di USM,jadinya,banyak tempat makan aku cover bahagian ni je la..hahaha
p/s: gambar-gambar ni mostly bukan aku punya sebab time makan memang aku tak ambil gambar pon,haha..semua ambik dekat google je ni,maaf pemilik gambar ..

1. Restoran Awet Muda

Specialty: Masakan kampung
Lokasi : Lorong Sungai 2, berhampian JPJ dan USM
Harga : Berpatutan
Rate : 9/10






2.Uncle Lan'z Nasi Lemak Sotong

Specialty : Nasi Lemak Sotong,Masakan panas ,  Western
Lokasi : Bayan Lpeas,berhampiran Sunshine Complex
Harga : Berpatutan
Rate : 8.5/10


3.Komplek Bukit Gedung

Specialty : Ask Me burger, Char koey tiau Sany, Air gelas besar
Lokasi : Bayang Baru, berhampiran Giant
Harga : Berpatutan
Rate : 8/10


4.Medan Selera Plaza Ivory

Specialty: Masakan panas, Nasi Mendi
Lokasi : Bukit Gambir, hadapan USM
Harga : Berpatutan
Rate : 7/10

5.Pak Husin Tomyam

Specialty : Tomyam dan pelbagai jenis masakan berasaskan seafood
Lokasi : Sungai Ara
Harga : Berpatutan
Rate : 9/10










6.Astaka Taman Tun Saadon

Specialty : Nasi Lemuni,sarapan pagi
Lokasi : Gelugor
Harga : Berpatutan
Rate : 7/10






7.Nasi Lemak Cilibilis

Specialty : Nasi Lemak
Lokasi : Persiaran Gurney
Harga : Berpatutan
Rate : 8/10





8. Restoran Masakan Mamak

Specialty : Nasi Kandar
Kebanyakan Restoran Mamak,harga lebih kurang je dan pada aku agak mahal la.Secara jujurnya aku tak berapa gemar dengan makanan mamak,so yang ni cuma dari beberapa review orang ramai yang aku tengok.

a) Nasi Kandar Line Clear

Lokasi : Jalan Penang Georgetown
Description : Kebersihan kurang dijaga.






b)Nasi Kandar Beratur

Lokasi : Sebelah Masjid Kapitan Keling,Georgetown


c)Sekayu Nasi Kandar

Lokasi : Bayan Lepas


d)Subaidah

Lokasi : dalam USM


e)Khaleel Nasi Kandar

Lokasi : Plaza Ivory


f)Nasi Kandar Kampung Melayu

Lokasi : Ayer Itam


g)Nasi Kandar Pokok Ceri

Lokasi : Georgetown,berhampiran penjara

h)Nasi Kandar Deen

Lokasi : Jelutong

9.Makanan Thai (somtam etc...)

Lokasi : Food court Tesco Extra Sg Dua
Harga : Murah
Rate : 7/10

10.Restoran Peladang

Specialty : Masakan kampung
Lokasi : Balik Pulau
Harga : Berpatutan
Rate : 8/10




11.Char Kuey Teow Longkang

Lokasi : Bayan Lepas,bersebelahan gerai Uncle Lan'z
Harga : Berpatutan
Rate : 7/10


12.Pasar Malam Bayan Lepas

Lokasi : Berhampiran Hotel Tabung Haji
Harga : Murah
Rate :7/10

13.Street Food and Hawker Centre

Specialty : Pasembor, Laksa, Mee Udang and other street food
Harga : Pelbagai

a) Padang Brown

Lokasi : Jalan Perak,Georgetown

b)Gurney Drive

Lokasi :sebelah Gurney Plaza, Georgetown


c)Esplanade Food Court

Lokasi : Jalan Padang Kota Lama, Georgetown

14.So Thaisty

Specialty: Thai tea with big cup
Lokasi : Bayan baru
Harga : Berpatutan
Rate :6/10


15.Nasi 7 Benua @ Koo Boo Cafe

Specialty : Nasi 7 Benua
Lokasi : Bayan Lepas
Harga : Berpatutan
Rate : 7/10



16.Laksa Janggus

Specialty : Laksa
Lokasi : Kampung Perlis, Balik Pulau
Harga : Berpatutan
Rate : 7/10




17.Nasi Pecal Restu,USM

Specialty : Nasi Pecal
Lokasi : Komplek RST,USM
Harga : Murah
Rate : 8/10

18.Gerai Laksa Tempurung

Specialty : Laksa, ABC, Cendol
Lokasi : Gertak Sanggul,Bayan Lepas
Rate : 5/10


19.Gerai Sup Hameed

Specialty : Pelbagai jenis sup
Lokasi: Jalan Pinang,Georgetown

20.Idrus Ikan Bakar

Specialty : Seafood
Lokasi : Highway Bayan Lepas,sebelah jambatan Pulau Pinang

21.Roti Bakar Transfer Road

Specialty : Roti bakar,roti canai
Lokasi,Georgetown


22.Nurul ikan bakar

Specialty :Seafood
Lokasi: Bayan Baru,berdekatan Queensbay Mall

23.Cucur Uday Chowrosta

Specialty : Cucur udang
Lokasi :Jalan Penang, Georgetown

24.Hameediyah Beriani

Specialty : Nasi beriani, murtabak
Lokasi : Jalan Campbell,Georgetown

25.Nasi Dalca Rahim

Specialty : Nasi Dalca
Lokasi : Lebuh Queen,Georgetown

26.Nasi Ayam di Ropewalk

Lokasi :Jalan Pintal Tali,Georgetown
Harga :Berpatutan
Rate : 7/10

27.Restoran Kapitan

Specialty : Naan,ayam tandoori,milani
Lokasi :Lebuh Chulia,Georgetown


28.Jalan Chowrasta

Specialty : air tingkap (window sherbet),laksa penang, mee goreng,pasembor
Lokasi : Georgetown


29.Laksa penang Giant

Specialty : Laksa penang
Lokasi : Giant Bayan Baru

30.Pesta Buah-buahan/buffet durian (mengikut musim) 

Specialty : Durian Musang King dan macam-macam jenis durian
Lokasi : sekitar Balik Pulau (Bukit Penara dan sepanjang perjalanan dari Teluk Bahang ke Balik Pulau.)


Semua yang tersenai ini hanya merupakan pendapat aku semata-mata,terpulang kepada diri masing-masing untuk menilai.Tulis benda alah ni buat aku jadi lapar jer.Sebenarnya ada banyak lagi tempat yang tak tersenarai,kadang-kadang tempat yang tak famous jauh lebih sedap,so,pandai-pandai la jadi food hunter sendiri,hehehe.

Sekian saja dari saya

Assalamualaikum.














Tuesday, 23 December 2014

Catatan 4D3N at Pulau Permata Kedah

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..

Dah lama nak post benda ni,tapi asyik lupa je..
Dalam diari tahunan aku ni ada tercatat bahawasanya pada tahun ini aku telah pergi bercuti dekat salah satu pulau yang pemes dekat negara kita, PULAU LANGKAWI.hehe..aku pergi hari tu berdua aje,dengan kawan aku.Tapi macam biasa lah,memandangkan kami ni masih belajar,percutian ni memang percutian bajet la,bajet sebajet-bajetnya,walaupun perginya kami ke sana bukan perancangan yang dirancang dalam tempoh lama,tapi kami sempat membuat membuat segala persiapan sehari sebelum berangkat dengan membuat tempahan tempat penginapan dan sewa kenderaan,mujurlah masih ada kekosongan sebab masa ni musim cuti sekolah  ...hahaha..
perbelanjaan utama:

Penginapan untuk 4 hari 3 malam di MAWANZA motel  = RM165/2
Sewa motor-3 hari (TShoppe Pekan Kuah- tel: 049669600)  =  RM90/2 (insurans (optional)- RM10/day)
Feri (pergi balik) = RM 36
Bas (Sg. Nibong-Kuala Perlis)(pergi balik) =RM 35

Hari pertama :

0830 :  Bertolak ke Kuala Perlis menaiki bas Plusliner
1130 :  Tiba di Kuala Perlis
1230 :  Dari jeti Kuala Perlis ke Langkawi menaiki feri
1416:   Sampai di Jeti Pulau Langkawi
1430:   Ambik motor yang di sewa di Tshoppe (bersebelahan Pekan Rabu)
1500:   Sampai di motel dan berehat (tidur sampai terlebih pulak,jahanam program petang tu..haha)




Hari kedua -program tiada limit masa..hehe

1. Cable Car (RM 20/head) -Menaiki kereta kabel yang terletaknya di Gunung Mat Cincang yang terletaknya tak jauh dari Teluk Datai.Ni memang tempat wajib pergi kalau dekat langkawi sebab di Langkawi ni la kereta kabel yang paling curam sekali di dunia..seram jugak waktu first time naik..tapi kalau nak pergi sini,dinasihatkan pergi la awal pagi kalau boleh sebelum 0930 sebabnya ramai sangat orang..aku pergi pkul 9 pun jenuh nak menunggu nak naik kereta kabel tu.




2.Telaga Harbour Park-Dekat sini boleh tengok kapal layar milik warga asing yang berlabuh di Pulau Langkawi,hanya pemilik je boleh masuk dekat tempat harbour ni,orang yang tak ada kapal tu jangan nak mengada pergi kat kapal layar tu..setakat ambil gambar dekat laluan tu je boleh la,,tak memasal kena halau kalau masuk..haha..yang pasti tempat ni memang cantik.




3.Underwaterworld Langkawi (RM30/head) -boleh la kalau nak masuk bagi pecinta ikan dan hampir segala hidupan laut ada sini.Bagi aku tempat ni macam biasa-biasa je,boleh tahan la..haha..


Spider crab : spesis baru





lobster







belut laut



4.Air Terjun Telaga Tujuh-memandangkan kami pergi pada musim LIMA di mana air nya tak banyak(kata pak cik guard dekat situ) ,jadi tak best sangat la..memula tu niat nak bersiram nak main air puas-puas tapi sebab air pun xberapa ada,kami main rendam-rendam kaki je la..air memang cantik siap ada ikan main dekat kaki lagi tu..tapi geli jugak la sebenarnya..hahaha




5.Teluk Datai-dekat sini kami lepak-lepak je makan petang sambil melihat laut yang cantik terbentang luas.Dekat sini juga ada penjaja yang menjaja di persisir pantai,HAFIZ ROJAK namanya,tapi memang tak tipu la,memang sedap masakan dia,dia jual benda simple-simple je,laksa,mee kuah,rojak macam gitu je..tapi agak berpuas hati juga sebab kena dengan selera aku ni sebab kebiasaan masakan utara ni aku tak boleh nak gi sangat..tekak dah biasa masakan timur..hehehe


Hafiz Rojak




6.Dataran Lang-memandangkan kami pergi sini waktu malam dihari sebelumnya,rasa macam tak puas,kami pergi lagi la untuk kali ke dua untuk ambil gambar dan sebagainya..hehehe

7.Pusat Perdagangan Langkawi-terletak berdekatan dengan pekan Rabu,dekat sini kami makan dekat restoran namanya SAUJANA.Makan dekat sini memang berbaloi..makanan laut segar je,waktu makan udang tu terasa manisnya..tapi macam biasa lah ikut masakan cara utara..tapi aku telan je la,dah lapar sangat.haha



8.Karnival Pulau Langkawi-Jalan-jalan sambil cuci mata.



Hari Ketiga

1.Island Hopping (RM35/head , tel:0175419705) -ni lah aktiviti yang paling seronok sekali..kalau tak pergi island hopping macam tak ada makna ke Langkawi..hahaha..kami pergi 3 tempat naik speedboat iaitu ke

           a) Pulau Beras Basah :mandi laut,sesuai untu kanak-kanak..landai yang teramat sangat..untuk orang tua macam tak sesuai..haha..tapi aku mandi je..laut sangat cantik,jernih je..boleh nampak ikan lagi berenang.Pasir pantai putih bersih menandakan pantai yang tak tercemar.

           b)Pulau Singa Besar : tengok burung helang makan dan terbang-terbang

           c)Pulau Dayang Bunting : macam-macam aktiviti boleh buat..aku hari tu gi berenang aje lah(bersama life jacket)..memang dalam..takut juga memula tu..pastu bila dah lama sikit mula la tak nak naik. seronok giler..yang tak nak mandi boleh la sewa paddle(RM30/boat)..





ni lah salah satu sebabnya kenapa pulau ini dipanggil Dayang Bunting





2.Muslim Thai Seafood Restaurant : Terletak berhampiran pantai Cenang,makananannya berpatutan dan sedap.

2.Beras Terbakar:kami pergi sini untuk beli kain batik dan pelikat dan sebagainya..kira macam gi shopping la kejap..dekat sini memang panas..sesuai benau dengan namanya..memang terbakar..tapi dinasihatkan supaya pergi la sini untuk shopping dan sebagainya sebabnya pakaian dan barang-barang lebih murah dari uptown,mahupun karnival dan semua tempat lain yang aku pergi.




3.Makam Mahsuri (RM 10/head):Dah penat shopping,singgah kejap dekat Makam Mahsuri.Selain makam,dekat sini lebih kurang macam pergi muzium jugak..sebab ada pameran sikit..lepas tu ada rumah-rumah yang menunjukkan suasana pada zaman Mahsuri.Terdapat juga Telaga Mahsuri.







4.Tanjung Rhu-Pergi cuci mata je..hahaha




Hari ni tidur awal sebab penat bebenau..muka burn sudah..hahaha

Hari keempat 

1,Nusantara Gamat-pergi beli gamat sikit.

2.Beras terbakar-shopping mana hok terlupa semua tu dan sourvenier skit

3.Artcraft :cuci mata je..dekat sini banyak kraftangan yang dijual dan ada juga yang dipamerkan(tak boleh tangkap gambar sini)


4.Pantai Pasir Hitam






5.Galeria Perdana (RM5/head) : Memaparkan barang-barang milik Tun Dr.Mahathir dan isteri selama menjadi Perdana Menteri Malaysia ..siapa yang datang sini memang akan terpegun dengan seni bina yang indah dan pelbagai hadiah-hadiah yang diterima beliau dari setiap pelusuk negara..memang sangat best la dekat sini.











5.Haji Ismail Group : Macam biasa lah kalau dekat sini,pergi beli cekelat la,apa lagi..hahaha

Disebabkan hari-hari berjalan naik motor siang malam,aku sampai dah boleh hafal je jalannye,senang sebenarnya sebab signboard ada merata tempat dan satu laluan je..cuma yang leceh tempat-tempat yang best biasanya semua duduk jauh-jauh,merata tempat,ibarat memusing satu pulau la sehari kami ni ha..hahaha..


pemandangan indah di sepanjang jalan..











Gambar ada banyak sebenarnya tapi ni je lah yang dapat dikongsikan.Disebabkan hari last tu kami nak baik jadi tak ada lah nak merayau merata,jalan-jalan dekat situ je..tu je la kot..sekian,terima kasih,assalamualaikum..















                                



Powered by Blogger.

Popular Posts

google-site-verification: google0ca468971ca12eda.html