Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
Lama sangat dah rasanya tak mengupdate blog ni..ada banyak cerita yang nak dikongsikn tapi aku malas nak tulis..hahaha..so,the latest event yang aku baru lalui lebih kurang 3 bulan lepas ialah Istiadat Pertauliahan DiRaja kali ke 34.
First thing first,aku rasa teramat la bersyukurnya sebab dapat tamatkan jugak misi ko-k aku ni setelah berhempas pulas selama tiga tahun duk tumpu ke dia aje..
Actually,aku tak sangka juga dapat lalui PALAPES ni sampai di tauliahkan..penat wo..tambahan pula aku ni tak ada la nak fit macam orang lain..kalau physical training je,ak memang jauh ke belakang,dalam kelas pun duk menuang jugak,ape orang cakap sekuman haram pun tak masuk dalam otak ni..asal pakai loreng je automatik otak aku jadi tak boleh nak berfungsi,duk bengong je memanjang.
Ni aku nak cerita sikit la pengalaman aku sepanjang tiga tahun ni,walaupun dah banyak kali aku cerita sebelum ni tapi ni aku buat konklusi secara overall la kiranya..huhuhu..
Bila orang cakap pasal PALAPES je,deme kate budak palap tough..memg tak dapat dinafikan la..tough bukan setakat kat physical je (yang ni aku dikecualikan la sikit..huhuhu) ,sekali mental dia bedal..hati memasing dah kering..cakap la pape pun..tak dek maknanya nak peduli..pakai langgar je.
Tiga tahun hidup penuh dengan keseksaan,makian,cacian sampaikan semuanya dah jadi rutin,seksanya nak menghabiskan dari satu tahun ke satu tahun tu hanya tuhan yang tahu,walaupun latihan dalam sebulan cuma 4 kali je tapi nak lalui 4 kali tu pun sesak nafas ni ha..waktu paling perit sekali nak lalui adalah peringkat junior..fuhh..time ni la memang betul-betul menguji tahap kesabaran kau..dan kebanyakan yang drop pun ramai waktu junior ni la.,nak buat cemana..biasa la tu siapa suruh masuk tentera..bila naik intermediate beban kau berkurang la sikit tu pun tak sampai 10% pun..kira ada juga la masa nak relax..naik senior lagi la relaxnya..tapi skuad aku tak relax mana..sama juga..cuma kurang skit la dari zaman jadi intermediate.
Walaupun waktu junior tu seksa,pada aku waktu tu la kau kumpul banyak memori dan kau akan kenang sampai bila-bila dan paling best sekali sepanjang dekat palapes..ye la,masa tu semua duk rasa benda yang sama sebab peringkat junior tak ada yang pegang jawatan lagi..so,semua kena fair and square..tapi ukhwah yang terjalin masa tu pepalih la rapatnya..ye la,hidup dalam suasana tentera ni,semuanya kena bersama,bila sorang buat salah,semua kena punishment dan begitu la sebaliknya.
Sepanjang di palapes,,macam-macam pengalaman yang aku rasa,yang aku lalui..walaupun perit tapi manisnya tetap ada dan aku takkan dapat peluang yang sama kat luar sana..ye la,sapa yang boleh bagi kau menembak M16 dan senjata lain dekat beratus butir sehari??,kau pun takkan giler nak pergi meredah memanjat kelapa sawit orang sampai nak patah pinggang bawak beg berkilo-kilo,menggali kubu ,meredah selut lumpur,berjalan berkilometer tepi jalan raya tu semua kalau setakat saje-saje..memang tak la kan..so,benda ni la yang bagi peluang kau buat apa yang orang lain tak buat.Walaupun nampak cam bodoh je tapi tu la latihan ketenteraan namanya..hahahaha
Bila bercerita tentang skuad aku,memang tak sah la kalau aku tak gelak dulu..skuad aku ni boleh dikatogerikan sebagai skuad yang paling tak disukai ..sebab apa?aku pun tak pasti..macam-macam label dah dibagi kat kitorang ni,yang paling tak boleh lupa,skuad paling sial..hahaha..bila diingat balik..lawak pun ada.Dalam skuad aku,memacam perangai boleh jumpa..ada yang macam ni ada yang macam tu,tapi time degil tu,memang tak boleh buat ape la..skuad aku ni degil nak mampus..orang kata jangan,kau buat jugak..tu yang kena macam-macam tu..tapi aku tak kesah pun semua tu walaupun bila ingat balik ada jugak la rasa sakit hati tapi banyak yang lawak sebenarnya,memasing tunjuk belang.
Dalam skuad aku,aku sangat puji skuad perempuan aku,kenapa?walaupun secara ironinya perempuan ni banyak cakap,annoying,whatever la kan tapi bila time buat kerja diorang sangat la bagus dan rajin..bukan aku cakap skuad lelaki aku tak bagus..lelaki pun bagus what,sangat baik..thumps up skit..haha..tapi kau takkan sangka perempuan yang dikatakan lemah tu mampu buat sama macam apa yang lelaki buat..walaupun aku ni kaki tuang,memacat,suka ngelat semua tu tapi aku puji skuad aku..huhuhu.
Cuma apa yang dikesalkan,kami tak dapat nak rasa tauliah tu dengan JL kami waktu kami mula-mula masuk palapes ni..orang yang memula pegang batch aku tu tak ada..rasa sedih tu ada tapi nak buat camne,kedua jurulatih aku tu pencen awal..so,redha aje la..takkan nak paksa dia jaga kitorang kot..walau cemana pun,aku bersyukur,pengganti JL kitorang tu ada ,support kitorang..jadi kurangla sikit rasa kekurangan tu..huhuhu
Habis bab latihan,so,aku nak cerita sepanjang 2 minggu latihan pertauliahan..seperti sebelum ni,pertauliahan punya latihan cuma kawad kaki dengan persediaaan ambil watikah dari Yang Agong.Bagi yang masuk kawad,sepanjang 2 minggu tu kau berkawad dari pagi sampai ke petang pastu sambung sukan..memang ramai yang jatuh pengsan waktu latihan ni..ye la,panas baq hang..berbelang muka ni,tak payah pakai camouflage dah..memang hitam plus berkilat..tapi alhamdulillah,kontijen dari USM tak ade seketul pun yang pengsan dari hari pertama latihan sampai ke hari kejadian,mencatat rekod jugak la tu..hahahaha..belah malam pula latihan ambil watikah.Tu je la perjalanan..tapi letih tak payah cakap la..penat nak mampus..tambah pula budak yang masuk kawad..yang tak masuk kawad pun letih jugak..sebab penat duk tunggu kitorang habis.
Maka,tanggal 15 Ogos 2015,tibalah hari pertauliahan..siapa yang masuk kawad tu memang semangat pagi tu lain macam sikit..ye la..nak berkawat depan Agong ye dak,tambah pulak mak bapak datang..fuh,memg buat habis baik la.
Family aku datang waktu tauliah hari tu..deme pun sampai dah tak kenal dah aku..ye la..hitam nak mampus..pakai pulak baju putih,memang baju aje la yang nampak bergeraknya..kui3.










