Wednesday, 8 October 2014

the greatest musician

assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..

             Dalam arus modenisasi ini..chewah..kih3..bila dengar balik muzik moden buat aku lemas dan rimas dengan irama yang menyerabutkan kepala hotak dengan bunyi-bunyian rock metal ape ke jadahnya..adoi la..apa la nak jadi dengan industri muzik zaman sekarang..
pernah dengar pasal Mozart?Beethoven?

             Secara jujurnya aku pun bukan berapa kisah sangat pasal makhluk dua orang ni tapi aku agak terpegun dengan karya yang mereka hasilkan antaranya adalah 'moonlight sonata' (Beethoven),Mozart symphony #40 in G minor,K550-Molto Allegro ,Rondo ala turca (Mozart)  dan banyak lagi la..
Kebanyakan karya ni kita selalu pun dengar,kekadang jadi background drama dekat tv tapi sebelum ni aku tak pernah pun nak ambil tahu siapa gerangan yang menciptakan muzik yang mendayu-dayu tersebut..sejak akhir-akhir ni je la terdetik hati ini nak mengambil tahu tentang insan-insan hebat ini yang menempa nama di persada seni sejak dari kanak-kanak lagi..Sebagai contoh,MOZART

              Mozart atau nama sebenarnya adalah Wolfgang Amadeus Mozart merupakan seorang pemain piano dan komposer yang amat terkenal di persada dunia,sebut sahaja namanya pasti para pencinta muzik menggambarkankan kehebatan beliau.Sejak berumur tiga tahun,dia sering melihat kakaknya bermain piano yang diajar oleh si ayah yang merupakan pemain muzik yang berkebolehan,beliau mula meniru dan memahami pelbagai chord dan minat yang mendalam dalam muzik,seterusnya turut diajar oleh bapanya untuk bermain muzik.Beliau mula menempa nama di usia 6 tahun dengan membuat persembahan bersama kakaknya.

                              http://www.biography.com/people/wolfgang-mozart-9417115#synopsis

                 Lain pula ceritanya dengan Beethoven yang dikatakan sebagai penggati kepada Mozart.Ludwig von Beethoven merupakan seorang komposer yang mempunyai masalah pendengaran tetapi mencipta perbagai karya agung miliknya pada tahun tersebut iaitu pada sepuluh tahun sebelum kematiannya.Beliau mula mencipta namanya dengan membuat persembahan pada usia 7 tahun.




                  Walaupun telah lama mereka meninggalkan dunia seni ini,nama mereka masih tak luput dizaman,malah,kebanyakan atau lebih tepat lagi,majoriti kumpulan orkestra mahupun pemain muzik turut memainkan karya mereka.Kalau ada sesiapa pernah tengok drama jepun tajuk "Nodame Catabile",dalam drama ni ada la kisah-kisah orkestra bagai..boleh la kalau nak dengar karya 2 orang komposer ni dalam drama tu.

                   Sebenarnya ramai lagi komposer terkenal yang aku tak discover dan tak sempat rasanya nak mengcover semuanya memandangkan kesibukan yang melanda diriku ini sebagai seorang mahasiswa.ngeh3..
Tapi alangkah seronoknya kalaulah aku ni pandai nak main alat muzik bagai..aku ni boleh dikatakan pencinta muzik la juga tapi bab nak main alat muzik tu memang ke laut la jawabnye..kui3.

             



0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Popular Posts

google-site-verification: google0ca468971ca12eda.html