Aku,
siapa aku?
hanya insan biasa,
tiada kuasa yang mampu dibanggakan,
tiada kata yang mampu mempersonakan,
tiada harta untuk dijadikan kemegahan,
jadi kenapa aku yang menjadi perhatian?
setiap perilaku dipersoalkan,
tiada yang benar padaku barangkali padamu,
hanya kerana dosa yang tak seberapa,
aku dijadikan bahan pemerhatian,
sedih,
sungguh sedih,
mengapa manusia suka menghukum?
apa jahat benarkah aku?
tidak ada sekelumit kebaikankah kepadaku?
dimana perginya kasih yang kau megahkan dahulu,
mana perginya?
semuanya hilang kerana inginkan kekuasaan,
untuk apa?
kuasa didunia hanya sementara,
suci benarkah dirimu?
adakah kamu malaikat yang tidak pernah bersalah?
perlukan cacian,makian dilemparkan kepadaku?
walau aku tidak mendengarnya,
pasti akan ada mulut yang menyampaikan kepadaku,
ada sahaja telinga yang mendengar kata-katamu,
aku cuba menepis setiap kata burukmu padaku,
demi persahabatan yang telah terjalin,
aku cuba mengikut retakmu,
cuba bertolak ansur,
tapi aku tak mampu,
semakin hari semakin mencalarkan sekeping hatiku,
aku juga manusia biasa,
sabar itu ada batasnya,
aku tak bisa menolak rasa kecewa,
aku berdiam untuk meredakan suasana,
bukan berdiam untuk dihentam semahunya,
cukuplah teman,
usah kau ukirkan senyuman palsumu,
aku sudah lali dengan permainanmu,
cukuplah sikap hipokritmu itu,
jangan kau cuba teruskan lakonan hebatmu,
kerna aku tidak tertahan dengan sikap itu.
Aku sedar,
sebagai seorang hamba,
aku bukan seorang yang taat kepadaNya,
aku melakukan dosa,
juga dosa kepada manusia,
tapi tidak adakah peluang untuk aku berubah,
mengapa kau mematahkan niatku?
sebelum aku melakukannya,
adakah ini ujian yang perlu aku tempuh?
aku pasrah..
Wednesday, 26 February 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Assalamualaikum.. Seperti yang dikatakan,Pulau Pinang sebagai syurga makanan,memang tidak dapat disangkal lagi tentang kesahiha...
-
Assalam.. Hari ni ada gotong royong waktu latihan palapes,minggu ni aktiviti agak free sedikit sebab kami baru sahaja tamat kem tahunan min...
-
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.. Its been a long time for me to reupdate my own site.While being in a hectic schedule this past m...
-
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.. rasa macam dah lama tak update blog ni..hehe..hari ni aku nak cerita satu benda yang tak ada taj...
-
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.. long time no see..for mybe the first time adanya event for us as botanist after 3 years being...
-
Assalamualaikum,. It take a long time for me to keep updating my blog, So many thing happened in this past semester. Even thought things ...
-
ANDA BERANI???? Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.. Bila sebut perkataan PALAPES,aku tau,masih ramai yang t...
-
assalamualaikumwarahmatullah.. sedang aku berjalan ke tapak projek,tetiba terlintas dekat otak ni nak pergi cek akaun bank sekejap memandan...
-
It raining outside and i'm crying inside, i have a heavy heart, there were dying by time, there were no emotions left, i'm drown...
-
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Jam 1.15 pagi,baru aku pulang ke bilik lepas bersembang dengan seseorang yang aku dah anggap maca...
google-site-verification: google0ca468971ca12eda.html


0 comments:
Post a Comment