Monday, 19 May 2014

my sister convocation

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
Ni aku nak cerita sikit la pasal konvokesyen kakak aku yang kedua,Sarina binti Azmi namanya..konvokesyen kakak aku yang sulung(Suriati binti Azmi) aku tak ada kesempatan nak pergi sebabnya masa tu aku tengah menghadapi peperiksaan akhir program matrikulasi di pahang,jadi aku terlepas la dia punya konvokesyen,mungkin kakak aku terasa hati kot tapi nak buat macamana,.hehe..well,aku tak nak dah lepaskan peluang bersama keluarga ni sebab hidup ni cuma sekali kan,lagipun aku dah lama tak luangkan masa bersama family aku,asyik sibuk dengan dunia universiti ni,kesian dekat mak aku yang tanya bila nak balik sokmo,.hehe..ekceli,hari selasa tu aku ada emergency,aku terpaksa balik awal sikit dari perancangan,jadinya,aku *merentat juga la nak balik walau apa nak jadi pun,aku tak kisah dah...teruk benor pulak rasa sebab aku ponteng banyak juga kelas..tapi aku rasa macam berbaloi juga..haha..sometimes being so childish when comes to satisfaction..haha..apa yang aku cuba sampaikan dengan ayat tersebut?argh,lantak la..hehe
Jadi aku balik pada jam sepuluh malam 13 mei yang lalu,dan kakak aku konvo keesok esokan harinya iaitu pada 15 mei..macam biasa la,naik bas Jengka Liner dekat Butterworth n blablablabla..maka sampai la aku dekat rumahku syurgaku pada jam tujuh pagi..sampai di rumah aku buka la peti,ambik hang,punya la bapak banyak jeruk mangga dalam tu..dengan buah-buahnya sekali..rasa nak tergelak pun ada juga sebab dekat USM ni sampai kena pergi rembat dekat pusat pengajian semata nak makan buah mempelam,sedangkan dekat rumah aku berlambak-lambak,sampai dah tak terlarat nak makan,yang dekat pokok pun sampai nak buruk pun ada..banyak sangat pulak dah..tapi alhamdulillah semua tanaman buah-buahan kat rumah aku menjadi tahun ni..kiranya bulan depan aku boleh pelahap semuanya..tak ada gambar pula nak kongsi sebab malas nak tangkap..haha..ni y lagi syoknye adalah,kebetulan kakak aku baru balik dari holiday kat langkawi,jadi bnyak la die bwak balik cekelat dekat adik-adik dia yang pelahap ni ha..huhuhu


Anak-anak dara en.Azmi..ni masa kitorang g ambik wan aku dekat kampung..nak ngikut katenye..


15 mei,kira-kira jam 7 pagi cenggitu,kami pun bertolak ke Dungun,Terengganu bagi menghadiri upacara konvokesyen kakak aku tu la..ekceli dia pergi ambik scroll tu petang,tu sebab la kami pergi pagi sebab perjalanan tak makan masa sangat..almaklumla,dekat je..tak jauh mana pun..dalam jam 1130 kami dah sampai di homestay bertentangan laut dimana berdekatan dengan Uitm Dungun,tempat dimana kakak aku graduate..sampai awal,so kami pun melepak la dulu sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa dari jendela yang terbuka luas..hehe..ramai juga yang ikut kami pergi konvo ni..dalam 3 biji kereta juga la yang pergi..
Memandangkan duduk homestay,mak aku dan wan-wan aku ni dah prepair la makanan yang dah dimasak,kira malas nak makan luar juga la bunyinya,byak juga la makanannya..makanan basah+bahan nak masak esoknya,nampak tak dia punya semangat tu??hahahaha

nampak dekat belakang aku tu..tu baru sebakul je,ada berbakul lagi dekat kereta lagi dua butir..haha
habis penuh bonet kereta..

Memandangkan dewan yang orang duk ambik scroll tu hadkan untuk tiga orang je yang boleh masuk,maka, kami dahulukan la kepada orang-orang tua kami untuk masuk..kitorang yang muda-muda ni menunggu di luar pun tak apa..huhu

my small family,
Memang aku la yang paling gelap kan,terpaksa mengakui walau hati bagai dirobek sembilu..huhuhu
haish,kena memutihkan diri ni jawabnya..
nanti tak memasal waktu raya kena bahan..adoi la..






Pemandangan di waktu senja..

Ni gambar aku syok sendiri tepi laut sambil nak tunggu gambar konvo siap..hahaha

Laut yang cantik,warna biru gitu..tapi sayangnya tak boleh nak mandi..dalam baq hang..



Pada malam hari pula,kitorang tak ada la terus pergi melabuhkan diri atas katil empuk nan sedap tu,tapi lebih memilih untuk pergi pasar malam dungun yang menjual pelbagai barangan,pakaian,makanan,minuman..dan byak lagi la..lenguh juga kaki ni nak berjalan..tapi makanan dia mantop-mantop..rasa macam tak nak balik pun ada..hahaha..tujuan pergi pasar malam tu nak beli ayam je pun,..dah la tak ada ayam mentah pun dekat sini,terpaksa la pulak pergi ANEKA tuk cari ayam,nasib baik la ada..konon-konon nak buat bbq gitu,tapi tak jadi last2 ayam tu buat goreng celup tepung pada sarapan esoknya..hahaha

Pasar malam cik google..kui3

Habis pada tu,kitorang pun pergi la tepi laut,nak tengok bulan sebab malam tu bulan penuh..ekceli dalam bulan 4,5 dengan 6 ni memang kebiasaannya bulan penuh dan waktu yang paling sesuai mencandat sotong..malangnya,xsempat nak mencandat sotong sebab percutian ni singkat sangat sebab semua orang sibuk bekerja..mungkin lain kali kot baru pergi.


Pemandangan malam tu lebih kurang macam ni la..cantik sangat,bulan terang..aku tak sempat nak ambik gambar sebab bateri henpon campur kamra semuanya dah xdapat diselamatkan lagi..haha

Keesokannya,kami pun bersiap la untuk pulang,sebelum balik tu,kitorang singgah dulu di rumah saudara yang berdekatan dan membeli sedikit buah tangan pulang..beli kepok lekor la.hahaha

kat sini la tempat aku beli keropok lekor..sedap jugak..

ni la hasilnya bila digoreng(dalam periuk nasi dekat USM)hahaha


Ni gambar aku tengah koya dalam kereta..boring menunggu orang duk membeli lama sangat..hahaha

Sampai rumah,macam biasa la kan..ofkos kena kemas rumah,kemas barang yang dah guna and blablabla..bila dah malam,semua dah penat..tapi perut masing-masing tengah lapar..nasib baik la my lovely brother ni nak tolong masakkan..ni dia masak maggi goreng..yang tak tahannya nama maggi ni la..adik aku bagi nama Mee Kasih Sayang..kononnya dimasak dengan penuh kasih sayang la tu..haha..well,adik aku ni pandai masak ekceli..aku pun kalah dengan dia sebab sememangnya aku ni tak pandai nak memasak..kui3..tapi memang sedap pun..katanya,mee dimasak dengan kasih sayang konpem sedap..hahaha..apa-apa la adik oi..asalkan aku kenyang..haha

my lovely adik.
Anak teruna tengah memasak..sapa nak buat menantu boleh call..hahaha


unfortunately,banyak lagi gambar yang tak ada sebenarnya,aku tak sempat nak transfer gambar dari kamera ke laptop sebab kamera tu ada dekat rumah,jadi ni je la gambar yang aku boleh kongsikan..hehe..
tu je la kot..assalam..

bahasa Pahang:
*merentat = nak sesangat.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Popular Posts

google-site-verification: google0ca468971ca12eda.html