Monday, 19 May 2014

Kolam Air Panas Ulu Legong,Baling,Kedah

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
Lama dah rasanya nak post pasal ni tapi lupa pula..hehe
Minggu lalu,dimana hari pertama temasya olahraga usm dijalankan,pada malamnya,aku dan kawan-kawan memulakan ekspedisi ke Kolam Air Panas yang terletak di Ulu Legong,Kedah..perjalanan dari Pulau Pinang tak lama mana pun sebab tak ada la jauh mana,cuma waktu kami pergi tu dah malam,jadi konpius pulak si drebar dengan jalan..haha..aku macam biasa la,jadi penumpag terhormat je dekat belakang sebab aku memang tak tahu pun dimana destinasi kolam air panas ni..aku main ikut je orang..haha..Sengaja kami pergi waktu malam sebab kolam air panas pergi waktu siang maunya melecur badan..haha..pergi waktu malam tahan sikit la suhu kepanasan dia..huhu..so,first and foremost,macamana kolam air panas terbentuk sedangkan tiada gunung berapi yang aktif di malaysia yang mana menjadi punca air panas di negara luar???
interesting tak persoalan ni?ok,meh aku terangkan yer..bila kita bergerak jauh ke dasar bumi,suhu akan meningkat sebanyak 3 celcius setiap 100 meter begitu juga tekanan..fenomena inilah yang akan menghasilakan glasier,air panas dan juga gunung berapi..dalam kes air panas ni,air di permukaan bumi akan menyerap masuk ke dasar bumi dan dipanaskan oleh batuan-batuan atau lebih dikenali magma dalam  kerak bumi..air akan dipanaskan sehingga mencapai takat didihnya lalu akan keluar semula ke permukaan akibat tekanan yang tinggi di dalam bumi sehingga menyebabkan pengaliran air panas melalui rekahan bumi sehingga membentuk takungan,maka dengan itu,terjadilah kolam air panas.Dinegara kita sendiri banyak kolam air panas,antaranya:

Bilangan Kolam Air Panas Mengikut Negeri
Negeri
Bil
Suhu °C
Johor
2
46
Kedah
4
30-35
Kelantan
3
27-52
Melaka
3
46-59
N. Sembilan
2
46-58
Pahang
3
41-45
Perlis
1
27
Perak
21
29-98
Sabah
21
29-75
Selangor
9
45-77
Sarawak
9
32-46
Terengganu
3
30-50
K. Lumpur
1
46


Underground water convection cycle model

batuan lebur dalam bumi(magma) yang menghasilkan fenomena air panas dan gunung berapi

Kami sampai dalam jam 11 malam macam tu..bayaran masuk cuma rm6 bagi orang dewasa,rm3 bagi kanak-kanak dan rm4 bagi warga emas ataupun OKU..mula-mula pergi ke kolam kedua dimana bersebelahan dengan kolam pertama iaitu punca air panas ni la..kolam pertama tu memang tak ada orang mandi sebab panasnya yang amat..daripada hasil blogwalking aku berkaitan kolam air panas ni,ada yang cerita mengenai la seorang makhluk yang nak tunjuk hebat mandi dalam kolam pertama tu tapi tak sampai seminggu meninggal dunia sebab air terlampau banyak masuk dalam paru-paru..mendengarkan cerita tu memang buat aku takut juga sebenarnya..huhu..

kolam pertama



Masa nak masuk kolam tu kena slow-slow..tak boleh nak terjah sangat sebab suhu badan kita tak sama dengan air dalam kolam tu..so,mula-mula aku duk main celup-celup kaki je dulu,lepas tu masuk separuh badan,lepas tu baru masuk keseluruhan badan dalam tu..tapi aku ni memang tak tahan juga panas..tak sampai sepuluh minit aku keluar balik..aku rasa panas yang amat tapi kawan aku selamba je siap boleh berenang lagi..mantap sungguh..keluar dari kolam tu menggigil pula kesejukan..haha..aku pun tak berapa paham konsep sains berkaitan dengan kejadian ni dan sebenarnya aku malas nak pikir..huhu..pada pendapat aku,mengikutkan fahaman aku la kan,mungkin wap air yang dihasilkan oleh air panas buatkan udara menjadi lembap dan sejuk..tapi mengikut teori yang aku baca pasal kesejukan akibat baru keluar dari kolam renang biasa adalah begini:

Ketika keluar dari kolam renang, di tubuh kita banyak terdapat air. Molekul-molekul air yang bergerak cepat akan terlepas dari tubuh.Akibatnya air yang menempel di tubuh menjadi lebih dingin. Sisa air ini akan menyerap kepanasan dari tubuh kita, sehingga tubuh kita menjadi lebih dingin.Untuk menaikkan suhu tubuh, tubuh kita bereaksi dengan cara menggerakkan seluruh anggota tubuh yaitu dengan menggigil.
Aku tak tahu sama ada teori ni boleh diaplikasikan ketika mandi air panas atau tak..tapi kaitan dia boleh nampak dengan teori rekaan aku tu..kui3
Pusat Rekreasi kolam air panas ni beroperasi selama 24 jam dan tak hairan la kenapa ada sahaja pengunjung tak kira masa datang untuk beriadah dan bermandi-mandi,tak kurang juga ada yang mengambil kesempatan berniaga di sini..Aku berendam dalam kolam air panas ni sampai ke pukul 5 pagi bak hang..hahaha..rasa macam nak tidur je dalam kolam tu sebab mengantuk pun sama,..sepanjang aku duk berendam,apa yang aku amati,semakin lama semakin ramai yang datang..waktu puncaknya adalah pukul 2 pagi..memang ramai benar manusia datang berpusu-pusu sama ada individu,mahupun membawa keluarga bersama..ekceli,lepas jam 12 malam,aku dah tak duduk kolam kedua tu..sebab panas bebenau..aku tak tahan..aku pergi kolam kanak-kanak je..hahaha..(malu pulak nak mengaku)..bagi sesiapa yang nak bermalam,boleh la menyewa di rumah rehat yang ada dekat sini,tak mahal sangat pun dalam 100++ semalaman..tapi aku tak ada la sampai nak menyewa bagai..malas nak membazir..haha..





kalau nak tengok page dia boleh la click link ni:http://www.mdbalingtourism.gov.my/legong/index.html#
ok la,tu je nak cerita..assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Popular Posts

google-site-verification: google0ca468971ca12eda.html