Saturday, 31 May 2014

Assalamualaikumwarahmatullahiwabrakatuh..
lama pulak rasa tak menjenguk blog ni tapi tak de la sampai bersawang la..hahaha..xsempat pun nak bersawang..bukan lama mana pun,tapi ada la dalam seminggu gitu..
sekarang ni tengah sibuk belaka-lakanya termasuk aku jua la sebabnya adalah bebudak undergraduate nak exam dah minggu depan..fuh,debor plak rasa..kekdang duk usm ni rasa macam tak belajar puna da..sebab ap?sebab aku ni kaki ponteng,kelas jarang datang..hahaha..tu yang kena struggle skit..orang lain aku tak tau la macamana..argh,lantak dorang la..pandai la dorang nak hidup,ntah-ntah dah habis study dah punaku je y baru nak start study balik..
Dalam kehidupan yang sibuk dengan pelajaran dan bagai-bagai exam ni semua,heboh la pulak pasal Cadbury diary milk ada mengandungi porcine iaitu DNA babi dalam bahasa kasar dia..erm,kekadang aku pun pelik,nak buat benda tu pun nak buh benda-benda babi tu ke?pelikkan?..
cuma pada pendapat aku la kan,jangan la kita menyalahkan haiwan yang bernama BABI ni semua deme tu tak salah bebende pun,yang salahnya adalah manusia yang mana suka mengambil kesempatan dan tidak sensitif dengan isu agama di dalam masyarakat dunia.Sepatutnya pihak yang berkenaan hebahkan dahulu tentang bahan yang digunakan dalam pembuatan barangan terutamanya makanan.Cuma yang tak tahan dan tak boleh blahnya,bila timbulnya isu ni,rata-rata rakyat Malaysia semuanya nak jadi alim ulama',semua nak kluar fatwa,semuanya nak jadi ahli JAKIM.Memang betul,sebarang makanan yang berkaitan berkaitan babi ini adalah haram untuk dimakan bagi umat Islam,tapi sebelum ni kita bukan sengaja,kita sebagai rakyat yang tak tahu apa-apa ni bukan sengaja,suka-suka nak gi melantak makanan berasaskan BABI ni,kalau tahu baru la dijauhkan.Terkadang kita pun tak sensitif dengan isu ni,ada je makanan lain yang berunsurkan benda ni,cuma kebanyakan seperti kurang mendapat pendedahan tentangnya dan tak ambil berat pun termasuk la aku.. Aku juga masih jahil tentang agama ni,cuma sebagai umat islam,kita haruslah meminta keampunan daripada Allah akibat kealpaan kita di atas dunia,minta la keampunan dan sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui dan Sayang akan makhluknya.Dan kita jgan lupa, bukan babi je yang haram dimakan,riba,rasuah,hasil perjudian dan macam-macam lagi la turut haram buat diri kita.


sekian saja,assalamualaikum

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Popular Posts

google-site-verification: google0ca468971ca12eda.html