Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
Tanggal 3 mei yang lalu,tamatlah sudah zaman duda ketua jurulatih Palapes Darat USM,Mejar Hariz Fadzillah bersama seorang wanita ayu yang menjadi pilihan hatinya,cik Syuhada kalau tak silap aku..huhu..majlis pihak lelaki disambut besar-besaran di markas Palapes USM yang dihadiri oleh ramai tetamu dari pihak lelaki dan juga tetamu dalam kalangan kadet dan jurulatih.Macam biasa,bila namanya ada kenduri,ofkos la ada persembahan bagai..ni nak cerita bab persembahan ni la,ekceli,pada mulanya tak terniat langsung di hati ni nak join persembahan..tarian zapin pula tu,.memandangkan dah tak ada siapa yang nak join dan kebetulan pula kawan aku minta tolong aku join sekali dengan hang pa tu semua,aku pun join je la,bukan apa,kesian dekat kawan aku yang sebenarnya..disini aku nak tekankan bahawa,bukan bermakna aku join tu sebab aku ni pandai menari,aku pun jenis minah kayu juga,keras,tak lembut pun,tu pasal la aku masuk PALAPES,haha..cuma niat untuk membantu kawan aku memenuhi kuota yang ditetapkan oleh pihak atasan.
Maka dengan itu,bermula la proses aku melembutkan diri yang tak berapa nak lembut,melonglaikan tangan yang supe kayu ni ha..lawak benau rasa,memandangkan aku join agak lambat,jadi aku agak tercicir dengan koreografi tarian tu,aku cuba untuk catchup apa yang diajar dan alhamdulillah,aku dapat juga akhirnya..haha..seriously,ni la kali pertama aku menari tradisional,aku tak pernah tau pun pasal tarian ni,setakat tengok saja tu ada la,dan memang aku tak pernah menari la pokoknya..first time,i'm a beginner..huhu..dengan tak reti apa ni,aku kena catchup 2 jenis tarian dalam masa kurang dari 2 minggu..haha..penat beb,setiap malam ada latihan.tu tak termasuk petang lagi..latihan pula dari jam lapan dan kadang-kadang nak pukul 12 baru siap..semata-mata untuk memperkemaskan step kami yang comot tu..dalam minggu ni,aku perasan juga la yang berat aku dah turun sikit,gila bak hang,kalau hari-hari aku menari,mau jadi angelina jolie rasanya..kurus gitu..aum2..hahaha..
Latihan berterusan sehingga la hari kejadian,seperti biasa,perempuan,tarian dan MEKAP ni memang tak dapat dipisahkan..muka aku ni dah macam opera dah sebab tampal macam-macam,campur dengan eyeshadow bagai,..malu juga rasa nak berhadapan dengan orang dan kawan-kawan sebab tu pun kira pertama kali aku bermekap sakan..tak pernah dalam hidup aku ni duk pakai eyeshadow,tu la first time..selama ni duk tengok orang je pakai,aku ni memang jenis yang malas nak menconteng muka ni..
mekap artis and also my dearest friends whose always support me in this harsh life,
love you guys,no words could express my grattitude..
haha..hancuss english aku..
abaikan aku yang dah macam opera cina tu..
Ketibaan pengantin disambut dengan kawad dari Pegawai muda dan Pedang,Sword Barrel nama die..ntah betul ke tidak aku eja tu,pepandai la gi google sendiri..aku malas nak menggoogle..ngeh3..dan selepas itu,pengantin dirai dengan paluan kompang oleh kadet PALAPES sebelum mempelai melaksanakan acara memotong kek langsung menjamu selera.
Maka dengan itu,masa yang ditunggu telah tiba,kami diminta menyembahkan persembahan ketika mempelai sedang menyantap makanan mereka..hehe..berdebar tu terasa la juga memandangkan aku orang pertama yang kena masuk dulu..huhu..tapi buat kering je la..haha..menari je,muka kena senyum walau salah..haha..memang ada pun salah masa tu,lupa step..tapi pandai juga la cover skit-skit..hehehe..dan akhirnya semua selamat dan alhamdulillah kami menerima pujian dari penonton..bukan senang nak tengok kakak2 askar menari zapin..haha
ni sebelum nak masuk buat persembahan,dan lagi bergambar..
dah la panas giler,cair mekap den..haha
Barisan VVIP,aku baru je nak cop tempat ni,dah ada yang sanbar dulu..
panas hati..haha
Penari yang tak cukup ahli..haha
setiap kali makan,automatically muka aku menjadi overexcited cenggini,
aku pun tak paham..haha..
Lepas menari tu aku balik bilik sebab dah penat,tidur dulu seround sebab petang tu aku cadang nak gi tengok perlawanan hoki last dekat stadium hoki USM memandangkan kawan aku merupakan pemain hoki yang akan bertanding,,just datang bagi support walaupun dia tak tahu pun kitorang datang sambil-sambil tengok orang lawan..haha
ni la kawan aku,nampak tak die punya kesungguhan nak menang tu?sampai tertonggeng-
tonggeng nak ambil bola..hehe..apa2 pun,good job dear..ngeh3
kite nampok rainbow..ngeh3
Tu je la kot entry kali ni..hehe..jumpa lagi di lain waktu,assalamualaikum...











2 comments:
oiii, gambor tu rotate ler dulu.. :|
alah,malas pulak saya nak merotatenye..hahaha..pepandai la tengok yerk..hek3
Post a Comment