Monday, 27 October 2014

this whole week semester break

assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
           Sudah menjadi kebiasaan kepada aku dan rakan-rakan setiap kali mid sem break atau semester break akan mengikuti perkhemahan tapi tidak bagi aku untuk kali ini.Kenapa?Sebab aku terlibat dalam projek tahun akhir yang mana memerlukan aku meluangkan lebih masa kepadanya berbanding yang lain.Jadi terpaksa la untuk aku tidak menghadiri kem palapes walaupun di sudut hati ini terasa amatlah rugi namun,aku tidak menyesal dengan keputusan aku sebab banyak juga benda yang aku dapat ketika menjalankan kerja luar bagi projek ni.

           Aku telah diamanahkan untuk membuat penyelidikan tentang pokok kantan atau nama saintifiknya Etlingera elatior untuk projek aku ni.Dalam projek ni,ak dikehendaki untuk membuat penyelidikan berkaitan anatomi kantan di samping menghasilkan produk berasaskan kantan.Untuk itu,aku dan tiga orang lagi rakan yang sama-sama membuat penyelidikan ini dihantar ke Kuala Kangsar dimana terdapat sebuah syarikat iaitu Sidratul Enterprise yang mengusahakan perusahaan makanan bertaraf IMP(Islamic Manufacture Product).http://www.sidratul.com/

4 orang budak kuat menyengih..first time sampai dan tak tahu pape..kesian..haha










           Buat pertama kalinya aku melihat sebuah kilang yang betul-betul melaksanakan perusahaan secara islamik dimana setiap pekerjanya beragama islam,orang-orang dekat situ baik-baik semua,setiap tata tertib semuanya mengikut cara islam,para wanita tidak dibenarkan memakai pakaian yang mencolok mata,semua dikehendaki untuk berbaju kurung atau pakaian punjabi sahaja.Setiap hari Isnin akan diadakan ceramah atau kuliah pagi seterusnya diwajibkan untuk sembahyang dhuha(setiap hari) sebelum memulakan kerja.Waktu solat pekerja terjaga.Manakala hari Jumaat pula diadakan majlis Khatam Al-Quran. Rasa selamat je duduk sini,sejuk mata memandang,hati pun tenang.Yang bestnya,kalau buat overtime(OT),makan malam akan disediakan,kat situ dah jimat dah duit.

            Apa yang aku belajar kat sini?Aku belajar untuk menghasilkan produk aku sendiri..haa..tak pernah terpikir pun nak buat produk ni..kami dipecahkan kepada dua orang satu kumpulan,aku dan arie(kawan yang sama-sama buat fyp) dimasukkan ke bahagian kosmetik yang mana memang kami pilih untuk buat kosmetik pun.Yang lagi dua orang,fiza dan ana pula bahagian makanan.

            Mula-mula kami didedahkan terlebih dahulu tentang penghasilan produk tak kira la kosmetik ataupun makanan sebelum dimasukkan ke bahagian masing-masing.Dekat bahagian kosmetik,kami dibantu oleh orang-orang lama ataupun pakar untuk mula hasilkan kosmetik..kira ada guide la..kami decide nak buat shower gel,pefume dan bedak sejuk..dimana kesemua produk akan dimasukkan kantan ke dalamnya dengan cara yang tertentu.Mula-mula memang la tak berapa nak menjadi tapi teruskan juga asalkan kalau ada rupa tu kira dah ok la disebabkan kekangan masa yang menghalang kami untuk betul-betul sempurnakan penghasilan produk ni.

             Memandangkan kamera dan segala jenis mak nenek punya gajet tak dibenarkan masuk ke dalam kilang,tak banyak la gambar yang dapat dikongsikan.





Alhamdulillah..produk yang berjaya dihasilkan..










  





Balik naik feri je..malas nak menyusahkan orang..huhu




Sekian sahaja coretan kali ini..terima kasih,assalamualaikum.

Wednesday, 8 October 2014

the greatest musician

assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..

             Dalam arus modenisasi ini..chewah..kih3..bila dengar balik muzik moden buat aku lemas dan rimas dengan irama yang menyerabutkan kepala hotak dengan bunyi-bunyian rock metal ape ke jadahnya..adoi la..apa la nak jadi dengan industri muzik zaman sekarang..
pernah dengar pasal Mozart?Beethoven?

             Secara jujurnya aku pun bukan berapa kisah sangat pasal makhluk dua orang ni tapi aku agak terpegun dengan karya yang mereka hasilkan antaranya adalah 'moonlight sonata' (Beethoven),Mozart symphony #40 in G minor,K550-Molto Allegro ,Rondo ala turca (Mozart)  dan banyak lagi la..
Kebanyakan karya ni kita selalu pun dengar,kekadang jadi background drama dekat tv tapi sebelum ni aku tak pernah pun nak ambil tahu siapa gerangan yang menciptakan muzik yang mendayu-dayu tersebut..sejak akhir-akhir ni je la terdetik hati ini nak mengambil tahu tentang insan-insan hebat ini yang menempa nama di persada seni sejak dari kanak-kanak lagi..Sebagai contoh,MOZART

              Mozart atau nama sebenarnya adalah Wolfgang Amadeus Mozart merupakan seorang pemain piano dan komposer yang amat terkenal di persada dunia,sebut sahaja namanya pasti para pencinta muzik menggambarkankan kehebatan beliau.Sejak berumur tiga tahun,dia sering melihat kakaknya bermain piano yang diajar oleh si ayah yang merupakan pemain muzik yang berkebolehan,beliau mula meniru dan memahami pelbagai chord dan minat yang mendalam dalam muzik,seterusnya turut diajar oleh bapanya untuk bermain muzik.Beliau mula menempa nama di usia 6 tahun dengan membuat persembahan bersama kakaknya.

                              http://www.biography.com/people/wolfgang-mozart-9417115#synopsis

                 Lain pula ceritanya dengan Beethoven yang dikatakan sebagai penggati kepada Mozart.Ludwig von Beethoven merupakan seorang komposer yang mempunyai masalah pendengaran tetapi mencipta perbagai karya agung miliknya pada tahun tersebut iaitu pada sepuluh tahun sebelum kematiannya.Beliau mula mencipta namanya dengan membuat persembahan pada usia 7 tahun.




                  Walaupun telah lama mereka meninggalkan dunia seni ini,nama mereka masih tak luput dizaman,malah,kebanyakan atau lebih tepat lagi,majoriti kumpulan orkestra mahupun pemain muzik turut memainkan karya mereka.Kalau ada sesiapa pernah tengok drama jepun tajuk "Nodame Catabile",dalam drama ni ada la kisah-kisah orkestra bagai..boleh la kalau nak dengar karya 2 orang komposer ni dalam drama tu.

                   Sebenarnya ramai lagi komposer terkenal yang aku tak discover dan tak sempat rasanya nak mengcover semuanya memandangkan kesibukan yang melanda diriku ini sebagai seorang mahasiswa.ngeh3..
Tapi alangkah seronoknya kalaulah aku ni pandai nak main alat muzik bagai..aku ni boleh dikatakan pencinta muzik la juga tapi bab nak main alat muzik tu memang ke laut la jawabnye..kui3.

             



Monday, 29 September 2014

day that never forget

assalamualaikum..
it past midnight already and yahooo!!!..that my birthday..i'm officially 21 this morning..happy birthday to me...just wishing myself..i don't expect others to remember because i'm feel so shy when others wishing me..i'm just don't know how to respond..i even don't publish my date of birth on the social network because i'm feel so annoy when my timeline full with all the wishes from the one who i never know..hehe..i'm expecting nothing from the others ..the things that i desire the most for myself to fulfill are to visit all the historical place like museum in this island before my graduation because i do love these kind off place damn much..

well,since everyone came out with the 20 fact about themselves(even its a long time ago) ,in this memorable moment,i wanna show off myself too..hehehe..

1.    I'm the third child which born on 30 September 1993

2.    The stubborn one

3.    Love the simple life

4.    I don't talk to the stranger

5.    Might seem serious but actually a crazy one

6.    Tears are the only thing that i'll avoid the most unless i couldn't hold it anymore

7.    Don't annoy me

8.    I'm the one who will forgive but never forget

9.    Do things on my free will

10.  I love to eat sooooo much

11.  Easily give up on the unnecessary thing esspecially for the soulmate

12.  Bad in cooking

13.  Can be a boring one

14.  Love the difference

15.  I love anime(japanese cartoon animation),cartoons and all of that kind of stuff

16.  Hate the 'koya' love movies which never exist in this real life

17.  I'm one of the  'mulut longkang'

18.  Love the soul music like country,blues,instrumental and so on

19.  Wasteful / big spender

20.  I'm only close to the comfortable one

Who ever you are,just live your life to the fullest,ignore all the bullshit and enjoy every little second..don't take everything so serious,learn to accept,don't afraid to fail,do improvement and the most important thing,don't forget our creator ..

maybe thats all from me..if i have to list up all  facts about me..this pages wouldn't be enought..till we meet again in the next update..

Monday, 22 September 2014

pahitnya rasa bagai hempedu ,
beban tergalas  berkurang tiada ,
air mata seolah tersekat,
puas ku teran tiada juga mengalir,
tersiksa jiwa menanggung derita,

sendiri,
kan ku redah lembah berduri,
kan ku renang lautan api,
kan ku susur onak berliku,
kan ku tadah lebatnya hujan,
kan ku tahan teriknya mentari,
demi menebus khilaf semalam.

memori semalam ku hayutkan ke persimpangan,
moga tak rebah ku dipertengahan,
walau perit ku tabahkan jiwa,
asal jangan ku berputus asa.

usah diendah sang masyarakat,
yang hanya mencemuh tanpa menyiasat,
hukum diletak tanpa belas,
bagai tiada ruang untuk bertaubat,
kuman diseberang sahaja yang dilihat.

Takkan ku lupa pada yang maha esa,
juga pada ayah dan bonda,
harapan dan kasih takkan ku siakan tuk kesekian kalinya,
sentiasa tersenyum membuatmu bahagia,
walau kecewa dan pedihnya ku telan seorang,
demi melihat dirimu gembira.










Thursday, 11 September 2014

bangkit dari mimpi ngeri

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..

Perkara yang aku paling gerun untuk hadapi berulang kembali..ibarat peristiwa hitam yang menghantui lubuk hati dan kehidupan...tapi apakan daya..tak mampu rasanya untuk aku meluahkan beban yang tergalas di bahu aku yang tak berapa nak gah sangat ni kepada insan-insan yang ku sayangi..tak sanggup rasanya melihat kecewanya wajah mereka,pilunya hati mereka,berderainya harapan yang diberikan kepadaku..biarlah aku sahaja yang menanggung derita,kecewa,sedihnya beban dan ujian yang ditimpa ke atas ku..tawa ria yang dulunya lahir dari hati hanya menyembunyi duka lara yang berlubuk di sanubari,.aduh,parahnya luka ini,terasa lemahnya setiap sendi di pelusuk tubuhku,pikiranku kosong seakan hilang di persimpangan,mengalirnya empangan jernih yang sudah lama kering,.aku seakan berputus asa di pertengahan jalan yang berliku,mana hilang arahku,kemana matlamatku.aku semakin buntu..

Namun aku masih bersyukur,masih lagi diberi peluang yang entah kali ke berapa untuk kembali ke asal usulku,kembali ke matlamatku..aku perlu tabah dalam menghadapi dugaan..kini,aku yakin pada diriku,tidak akan diberi ujian kepadaku jika aku tidak mampu menghadapinya,,aku yakin dengan janjiMu,.aku pasti tidak akan berpatah kembali,teruskan perjuangan dengan penuh kesabran dan ketabahan,,tiada sesiapapun yang pasti gagal selamanya selagi mana usaha masih diteruskan..Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum (bangsa) melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya” - Ar-Ra'd:11.Pasti ada hikmah di setiap apa yang berlaku.Untuk apa lagi aku meratap dengan kegagalan lepas,tiada waktu yang bisa kembali,hargai,nikmati,redhai,hayati setiap detik yang bakal tiba.Yang lepas dijadikan pengajaran dan tiang yang utuh untuk kegemilangan akan datang.














Sunday, 1 June 2014

apa yang aku nak dalam hidup?

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
Pertama sekali dalam hidup ni,apa yang aku nak sebenarnya?apa yang aku impikan??apa yang aku harapkan??cita-cita?

Waktu kecil-kecil dulu bukan main la belakanya ada cita-cita nak hebat sesaja..termasuk aku la kan,dulu aku nak jadi doktor la kononnya,specialist in gynaecologist..apa ke benda tu?dalam bahasa mudah dinamakan sebagai pakar sakit puan,memandangkan dekat Malaysia ni kurangnya specialist wanita dalam bidang ni dan naluri aku sebagai wanita yang ofcourse malu nak membicarakan soal ni dengan doktor lelaki..tapi nak buat macamana,ianya tak tercapai lepas aku berusaha berhempas pulas juga la waktu sekolah dulu..huhu..perancangan Allah tu lebih hebat kan..ada hikmah semua ni terjadi,mungkin jika aku jadi doktor,aku akan doktor yang teruk atau sebagainya,siapa tahu kan?wallahuaklam..


Bila makin dewasa ni,dah boleh berfikir dengan waras walaupun kekadang idea bangang-bangang tetap muncul dalam kepala otak aku ni,impian aku cuma nak hidup bahagia,i just want to be happy and free..its enough..aku tak perlukan specific cita-cita or whatever..just follow apa yang Allah tentukan untuk aku..tapi bukan aku tak ada perancangan masa depan langsung,ada tu memang ada dan aku akan berusaha untuk mencapainya,kalau tak tercapai pun,aku redha je la,untuk apa aku stresskan otak aku dengan kekecewaan yang melampau akibat tak dapat apa yang diimpikan..dan aku tak takut untuk gagal dalam hidup ni sebab rezeki ada dimana-mana kan..



Bahagia yang macamana aku impikan?haha..terlalu subjektif pula topik ni..bahagia dalam hidup tak bermakna kena berumahtangga,kena berharta banyak,kena ada mercedes,banglo lima tingkat,swimming pool setiap bilik,melancong luar negara or whatever la kan..bahagia dalam erti kata hidup aku adalah berbahagia punya keluarga,punya teman-teman,punya sahabat,.dan ofcourse aku bahagia bila jadi diri sendiri..untuk apa berharta bertimbun-timbun kalau hati tak tenang,takut kena curi la apa la..cukup la aku hidup sederhana macam apa yang ada ni,aku dah cukup bahagia ada keluarga yang lengkap,ada mak ayah dan adik beradik yang sangat memahami walaupun pertelingkahan kecil tu tak pernah hilang sampai sekarang..menemani aku kala suka duka..membesarkan kan aku sampai jadi besor macam sekarang ni..haha..aku gembira adanya kawan-kawan disekeliling aku,walaupun aku kekadang tak reti macamana nak hiburkan org,macamana nak senangkan hati kawan aku,dan tak reti cara nak layan orang dengan betul..tapi aku menghargai mereka from deep of my heart..please my friend,endure my behaviour..hehe..dan tak salah rasanya berbuat baik pada orang dan tak rugi pun..aku berbaik dengan kawan-kawan aku sampaikan ada yang salah anggap pun ada..hai la manusia,suka membuat spekulasi macam-macam..
Aku bahagia menjadi diri aku sendiri,menjadi seorang yang bebas bersuara dan melakukan apa sahaja yang tak bertentangan dengan syarak la kan for sure..kui3..aku cuba untuk tidak lagi menyimpan dendam dalam diri ni,means aku cuba memaafkan walau berkali-kali disakiti..bersikap positif dalam semua perkara walaupun susah nak mati buat benda ni,buat baik dengan orang lain..and the impotant is..when whatever obstacles hits you,burden you with tons of problems,shred away you happiness,kill your mood and many more,just don't forget to SMILE,wipe your tears,let go and be free..don't wait to enjoy every second of your life cause we never knows what lies in front..











ok la,thats all..tq..assalamualaikum.



Saturday, 31 May 2014

Assalamualaikumwarahmatullahiwabrakatuh..
lama pulak rasa tak menjenguk blog ni tapi tak de la sampai bersawang la..hahaha..xsempat pun nak bersawang..bukan lama mana pun,tapi ada la dalam seminggu gitu..
sekarang ni tengah sibuk belaka-lakanya termasuk aku jua la sebabnya adalah bebudak undergraduate nak exam dah minggu depan..fuh,debor plak rasa..kekdang duk usm ni rasa macam tak belajar puna da..sebab ap?sebab aku ni kaki ponteng,kelas jarang datang..hahaha..tu yang kena struggle skit..orang lain aku tak tau la macamana..argh,lantak dorang la..pandai la dorang nak hidup,ntah-ntah dah habis study dah punaku je y baru nak start study balik..
Dalam kehidupan yang sibuk dengan pelajaran dan bagai-bagai exam ni semua,heboh la pulak pasal Cadbury diary milk ada mengandungi porcine iaitu DNA babi dalam bahasa kasar dia..erm,kekadang aku pun pelik,nak buat benda tu pun nak buh benda-benda babi tu ke?pelikkan?..
cuma pada pendapat aku la kan,jangan la kita menyalahkan haiwan yang bernama BABI ni semua deme tu tak salah bebende pun,yang salahnya adalah manusia yang mana suka mengambil kesempatan dan tidak sensitif dengan isu agama di dalam masyarakat dunia.Sepatutnya pihak yang berkenaan hebahkan dahulu tentang bahan yang digunakan dalam pembuatan barangan terutamanya makanan.Cuma yang tak tahan dan tak boleh blahnya,bila timbulnya isu ni,rata-rata rakyat Malaysia semuanya nak jadi alim ulama',semua nak kluar fatwa,semuanya nak jadi ahli JAKIM.Memang betul,sebarang makanan yang berkaitan berkaitan babi ini adalah haram untuk dimakan bagi umat Islam,tapi sebelum ni kita bukan sengaja,kita sebagai rakyat yang tak tahu apa-apa ni bukan sengaja,suka-suka nak gi melantak makanan berasaskan BABI ni,kalau tahu baru la dijauhkan.Terkadang kita pun tak sensitif dengan isu ni,ada je makanan lain yang berunsurkan benda ni,cuma kebanyakan seperti kurang mendapat pendedahan tentangnya dan tak ambil berat pun termasuk la aku.. Aku juga masih jahil tentang agama ni,cuma sebagai umat islam,kita haruslah meminta keampunan daripada Allah akibat kealpaan kita di atas dunia,minta la keampunan dan sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui dan Sayang akan makhluknya.Dan kita jgan lupa, bukan babi je yang haram dimakan,riba,rasuah,hasil perjudian dan macam-macam lagi la turut haram buat diri kita.


sekian saja,assalamualaikum
Powered by Blogger.

Popular Posts

google-site-verification: google0ca468971ca12eda.html