Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Jam 1.15 pagi,baru aku pulang ke bilik lepas bersembang dengan seseorang yang aku dah anggap macam abang aku sendiri..lama juga tak jumpa,dia pun suka datang mengejut begitu,aku ingatkan dah balik rumah dah,rupanya ada dekat sini lagi..aku dan dua orang kawan aku pun pergi la berborak dengan dia sebab kitorang memang dah lama sangat tak jumpa dia..tipu la kata tak rindukan,tapi takkan aku nak pergi peluk dia pula,memang la anggap macam abang tapi bukan mahram,control beb..haha..apa yang aku nak cerita dekat sini adalah,aku sangat respect dia,bukan aku nak puji lebih-lebih sampai melambung dan sebagainya..aku cuma nak cerita kenapa aku respect dekat dia je..
aku masih ingat saat awal dia nak kenal kami semua..nama aku ni nama yang paling susah sekali dia nak ingat sampaikan dia suruh aku balik pergi tukar nama,tak ke gila..haha..aku pun masa tu malas nak ambil tahu pasal dia,kenal ke tak kenal ke,sikit pun aku tak heran..aku memang buat derk je..sampai la waktu pra pekhemahan aku waktu junior dulu..waktu fasa medan,hari pertama penjawatan ,aku dilantik menjadi lans koperal,masa tu mana la aku nak tau apa tugas aku,almaklumla,blur-blur lagi masa tu..hehe..platun aku diarahkan untuk jalan dulu,dan memandangkan aku lans koperal seksyen satu masa tu,aku kena jalan dulu,sepatutnya koperal,tapi semua masa tu bengong-bengong lagi,jadi aku ni main jalan sesuka hati aku..dengan penat semalam yang tak habis,aku pun mengikut langkah dia yang memang laju,sampaikan tak terkejar aku dibuatnya,memang tak boleh la aku nak jalan slow sebab aku kena ikut belakang dia,kalau aku slow tak ke naya nanti kalau kelibat dia jauh ke depan..mampus aku nak kejar dengan backpack yang berat nak dekat 10 kilo campur senjata lagi..penat do..haha..jalan-jalan sampai la atas bukit tu aku dah memang tak larat giler..aku pun duk merengek la kat dia.."dah tak larat,saya dah tak larat ni tuan..tak larat,tak larat!!"..haha..aku ingat lagi ayat aku masa tu..lawak..dia pandang pelik sambil cakap "abenda yang kau tak larat sangat ni??tanggal bagpack kau"..aku dengan senang hatinya menanggal beg tersebut..ingatkan nak buat apa,rupanya dia yang tolong angkat sampai ke puncak bukit..terharu pula rasa,,dalam pra annual kem tu,2 kali dia tolong angkatkan beg aku..mngkin dia tengok aku ni macam dah tak rhot sangat agaknya..dia pun tolong la angkat..masa tu la terjadinya peristiwa air 100 plus..haha..aku malas nak cerita pasal peristiwa tu sebab lawak sangat..haha
Masa pra annual kem ni la titik permulaan dia kenal aku dan sejak tu nama aku duk kena sebut memanjang..gara-gara tak larat nak ngangkat beg+100 plus..habis semua orang dia duk cerita benda tu..malu pun ada rasa,..tapi biar je la..hehe
Apa yang aku respect sangat dia tak pernah lokek ilmu yang dia ada,mengajar dengan penuh ikhlas walaupun kami ni jenis yang blur-blur..sampaikan dia pun naik pening macamana nak terangkan..dia tak sombong walaupun dia tau banyak benda,kerja yang dia buat semua teratur,perfect orang kata..dan dia bukan jenis orang yang suka campur hal kerja dengan hal luar..bila dalam kerja,serius..bila habis kerja,dia pun sama naik juga gilenya dengan kitorang..dan dia boleh menjadi pendengar yang baik dan pakar motivasi pada masa yang sama..haha
Memandangkan aku ni yang paling lemah sekali dalam kumpulan,jadi memang aku akan selalu di aim,kalau bab berlari ni paling aku jem..memang dan wajib aku akan duduk di belakang sekali..memandangkan dia ada masa tu,memang aku jadi mangsa kena berlari dengan dia sebab dia memang takkan bagi aku berjalan..walaupun terpisah jauh dengan kawan aku yang lain,dia akan tunggu dan lari dengan aku sama-sama..sambil berlari tu aku memang kena menadah telinga dengar nasihat dia yang memang mencurah-curah ke dalam gandum.haha..seingat aku,banyak kali aku kena tarik dengan dia..asal berlari je memang aku kena tarik dengan dia..sampaikan kalau aku dah tak larat aku kena pegang baju dia sambil berlari..memang waktu tu penat tapi hati aku rasa macam terharu bila ada orang care pasal kau macam tu,aku memang rasa rendah diri sangat kadang-kadang tapi dia selalu duk nasihat-nasihat sampaikan aku pun rasa ada semangat dan tak kesah apa yang orang nak cakap asalkan aku tak putus asa macam tu je..
Dia membuatkan aku rasa diri aku ni wujud dan bersemangat walaupun aku kena tahan la gurauan kasar yang kadang-kadang tu menyakitkan hati juga..sampaikan aku dah malas pun ada,asyik aku je yang kena..aku ni dah la tak suka orang tau sapa aku..tak pepasal je orang yang aku tak kenal pun kenal sapa aku..haish..
tapi tu dulu,sebelum dia berenti dari menjadi seorang jurulatih atas sebab yang tertentu..bila dengar dia nak berenti,aku rasa macam sedih sangat,rasa macam kehilangan sesuatu yang berharga gitu,lepas tu aku rasa macam tak semangat nak pergi turun buat PT,berlari petang-petang..ntah la,aku pun tak tau la kenapa..campur pula dengan masalh yang timbul..lagi membuatkan malas yang bertimbun-timbun.sekarang aku dengan dia still berhubung,dia pun still berhubung juga dengan kawan-kawan kami yang lain..kadang-kadang bila dia datang sini,kami selalu la pergi berborak sembang-sembang dengan dia..walaupun macam tu,aku tak pernah nak mengambil tahu latar belakang atau hal peribadi dia,melainkan dia yang bercerita dan aku mendengar tanpa memberi komen yang melebih-lebih..hehe.. sebab bagi aku,untuk apa semua tu?kita jaga hubungan dengan dia dah la,jangan mudah lupa jasa dan pertolongan serta didikan dia pada kita,well,kalau dengan aku senang je,orang buat baik dengan aku,kalau boleh aku nak buat baik berkali ganda dengan orang tu..tapi bukan kepada yang baik didepan belakang mengata..cuma yang ikhlas semta-mata..hehe..kami still berhubung dengan wechat,wassapp,kekadang hantar chat dekat facebook,kalau rajin call..macam tu je la..dia pun banyak nasihat suruh ingat ibu bapa..kadang-kadang dia yang tanya aku dah telefon mak ke belum..bukan aku lupa mak bapa aku,cuma kesibukan kadang membuatkan kita khilaf..tentang pelajaran pun dia banyak sentuh..dia bukan sahaja melatih kami menjadi tentera,tapi turut menjaga kebajikan dan akademik kami..
sedih memang sedih bila dia dah ak ada,cuma kami kena belajar menerima kehadiran orang lain dan mula belajar berdikari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Assalamualaikum.. Seperti yang dikatakan,Pulau Pinang sebagai syurga makanan,memang tidak dapat disangkal lagi tentang kesahiha...
-
Assalam.. Hari ni ada gotong royong waktu latihan palapes,minggu ni aktiviti agak free sedikit sebab kami baru sahaja tamat kem tahunan min...
-
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.. Its been a long time for me to reupdate my own site.While being in a hectic schedule this past m...
-
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.. rasa macam dah lama tak update blog ni..hehe..hari ni aku nak cerita satu benda yang tak ada taj...
-
ANDA BERANI???? Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.. Bila sebut perkataan PALAPES,aku tau,masih ramai yang t...
-
assalamualaikumwarahmatullah.. sedang aku berjalan ke tapak projek,tetiba terlintas dekat otak ni nak pergi cek akaun bank sekejap memandan...
-
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.. long time no see..for mybe the first time adanya event for us as botanist after 3 years being...
-
Assalamualaikum,. It take a long time for me to keep updating my blog, So many thing happened in this past semester. Even thought things ...
-
It raining outside and i'm crying inside, i have a heavy heart, there were dying by time, there were no emotions left, i'm drown...
-
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Jam 1.15 pagi,baru aku pulang ke bilik lepas bersembang dengan seseorang yang aku dah anggap maca...
google-site-verification: google0ca468971ca12eda.html


2 comments:
fuyooooo.......walau apapun, jasa orang jangan mudah kita lupakan walau dimana kita berada, apa keduduka kita kerana zaman sekarang manusia mudah melupakan kebaikan seseorang disebabkan suatu keburukan...hidup perlu diteruskan dan jgan biarkan masa lalu membelengu kita..hahahah.. i know what u feel..kikiki..
hehehe
Post a Comment