cerita bermula dengan ajakan seorang sahabat lama yang sudah lama tak bersua muka dan tak spend masa bersama sejak habis matrik dulu..hehe..hari ni aku pergi teman kawan aku dari matrik dulu,Aisah namanya pergi beli printer dekat PISA sebab ada pc fair hari ni..sejujurnya,first time aku pergi situ sejak aku menetap dekat Penang ni..setakat lalu tu selalu juga la..tapi ok la..banyak juga gadget dijual tapi orang ramai giler..sesak smpai kan nak lalu pun susah..aku ni dah la jenis yang tak berapa nak suka bersesak ni,dah tadi ada yang jadi mangsa kena tolak dengan aku..duk halang laluan sangat kan..padan muka..hahaha(ketawa jahat)..lepas habis duk pilih printer tu,ada la hospital pulau pinang duk buat derma darah..kawan aku yang excited sangat nak g derma..aku ikut je..last-last,dia tak boleh derma sebab dia makan ubat elergik..so,terpaksa la dia menunggu aku sampai habis..tapi rasa macam sedih pun ada juga sebab sambutan tak berapa nak menggalakkan..samada dah hilang kesedaran dalam diri atau yang pergi PISA tu semuanya tak sihat dah..just think positive je la..tapi ok juga,tak payah aku nak tunggu lama-lama..hehe..lepas derma darah tu tetiba rasa macam nak pitam pun ada,aish..tak pernah aku rasa macam ni selama duk derma darah dari zaman sekolah dulu.,jadinya,orang yang handle tu suruh aku relax jela situ..lama juga duk melepak..tapi aku borak-borak dengan kawan aku la..haha..duduk situ sampai la student cab datang ambil..memang syok pun..nak terlelap dah aku sebab dalam aircond kan..memang sedap sungguh la..haha
sebelum berjimba..hehehe
muka dah tak rhot(larat)..haha










0 comments:
Post a Comment