assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
Hari ni nak cerita sikit kisah sedih aku yang kena buat 50 sample herbarium untuk assignment taxonomy aku..huwargh..rasa macam nak menangis pun ada sebab nak buat 20 herbarium pun rasa macam nak cirit..inikan pula nak buat 50..huish..50 herbarium bermakna aku kena cari 50 spesis pokok yang berbeza untuk diherbariumkan..Herbarium dari istilah biologi ni dalam bahasa senang adalah satu kaedah mengeringkan pokok dibawah tekanan dan dijadikan sebagai koleksi bagi tujuan tertentu ataupun kajian..kalau nak buat sumber pendapatan pun boleh la jugak..haha..tapi kaedah ni tak la semudah yang disangka..aspek pemilihan pokok dan bahagian tumbuhan juga penting..setiap bahagian tumbuhan yang matang mesti la dalam keadaan yang baik ,tidak rosak atau diserang penyakit dan sebagainya..memandangkan lecturer aku tak membenarkan kami ambil spesimen dari kumpulan shrub yang mana pokok mempunyai ketinggian bawah 6 meter,itu menjadikan aku sedikit masalah sebab aku ni dah la pendek..nak ambik spesimen pulak pokok yang tinggi..memang kena memanjat sesaja je la..haha..
ni adalah pembahagian lapisan pokok dalam hutan dimana aku tak boleh ambil spesimen dari shrub layer ke bawah..
Kaedah membuat herbarium:
oleh sebab penerangan yang panjang berjela,jadi,aku tangkap je gambar pasal kaedah ni..hahaha
so,semalam aku pun pergi la ke tempat yang mungkin boleh untuk aku kumpul specimen berkenaan..berteman kan empat orang pembantu aku yang tak berapa nak bertauliah,kami pun pergi
ke taman botani.Tapi aku berterima kasih kepada mereka kerana sudi untuk menemani insan ini hingga aku sempat juga dapat beberapa spesimen untuk assignment aku..hehehe
ada lagi sorang sebenarnya tapi die tukang tangkap gambar..haha
dan tak lupa juga terima kasih kepada teman aku yang tunggu aku cari spesimen sambil menyauk ikan pada
hari sabtu yang lepas..hehe


























0 comments:
Post a Comment