Thursday, 20 March 2014

kad bankku hilang

assalamualaikumwarahmatullah..
sedang aku berjalan ke tapak projek,tetiba terlintas dekat otak ni nak pergi cek akaun bank sekejap memandangkan kononnya ada ura-ura yang mengatakan bahawa hari ni dah masuk duit ptptn untuk kumpulan ke 2..padahal memang sepatutnya dah masuk pun..aku pun berjalan ke mesin atm dan dengan excitednya mengeluarkan purse yang dijangka di dalamnya terdapat kad atm..akan tetapi,jangkaan aku meleset sama sekali..cuak juga rasa sebab memang dekat situ pun tempat aku letak kad-kad ni semua..jadinya aku mengambil keputusan pulang ke bilik untuk tengok sama ada tertinggal di bilik atau tidak..cari punya cari,akhirnya tak jumpa juga..agak panik..jam masa tu dah pukul 0630 petang..bagi nak meredakan kepanikkan aku,maka aku pergi beli milo ais dekat kafe mak teh..haha..berjalan la aku dari kafe mak teh berbekalkan milo ais bungkus ke arah laluan aku sepanjang hari ni..berjalan dari kafe sampai ke jabatan bendahari,pusing-pusing school pun still tak jumpa juga..
rasa macam penat juga la..hari pulak dah nak maghrib,sunyi pulak tu..takut juga rasa..aku siap jejak semua tempat yang aku lalu sepanjang hari pada jam 0730..hasilnya hampa..
aku dah malas nak pikir benda menyerabutkan otak aku..lalu,aku pun telefon service centre untuk block aku punya kad atm tu..senang cerita..tak risau sangat aku..jadinya,aku pun kena la ke bank islam terdekat untuk dapatkan kad atm baru..nasib baik tak payah nak report-report bagai..kalau tak leceh juga..
jadi malam ni boleh la kot tidur lena sikit..hehe

4 comments:

aku dan tawarikh said...

hurmmm..bgus la buat tindakan awal...kalau lambat nanti merana jawabnya...and 1 lagi... petang orang tak guna 0730 format 24h, org guna 1930..hohoho..tido la tuh dalam kelas,,,hahaha

suraya said...

aku guna sistem 12 jam..haha

aku dan tawarikh said...

kalau 12 mana letak kosong kat depan..

suraya said...

Ye eh???hahaha..lupe dah..y penting ak dh dapat balik kad bank aku tadi..cantik woo..gambar harimau malaya..xnak tunjuk kat kau..hahaha

Post a Comment

Powered by Blogger.

Popular Posts

google-site-verification: google0ca468971ca12eda.html