Tuesday, 19 November 2013

Bukit Gedung Food Court


2 minggu lepas..aku dan member2 aku pergi cari-cari tempat makan yang sedap2 sebab dah lama tak rasa makan sedap..maklumla..hectic life..chewaah..so,kami decide nak pergi bukit gedung..bukit gedung ni femes dengan burger diorang yang sedap tu..kira macam nak makan tu berbaloi datang jauh2..dekat food court bukit gedung tu bukan semata-mata ada burger je..makanan lain pun ad..masakan panas..char kuey teow dan macam2 lagi la..lagi satu yang specialnya adalah..kita boleh dapat macam2 jus kat sini..lepas tu ada sukatan dia..samada nak yang biasa,gelas dinasour,ataupun mama dinasour..haha..dengar macam lawak kan..aku pun xpaham apa motif dinasour tu dijadikan sebagai satu rujukan kepada gelas2 yang nak menampung air tu..maybe sebab besar...so dipanggil la dinasour..haha..nampak tak ak buat2 pandai kat situ..huhuhu..sampai2 je aku terus order char kuey teow..memg sedap..lain benar rasanya dengan kedai2 lain..habis pada tu,aku ni xboleh tahan tgok nasi goreng ikan masin kawan aku,dengan bau yang mencucuk2 hidung ni..aku ambik keputusan utk makan nasi tu pulak...tak cukup ngan tu..last skali aku tapau burger double special cheese..nampak x betapa tamaknya jadi orang..pdahal perut rasa macam nak pecah je..hahah..dah kenyang2 macam tu tetiba rasa macam nak karoke..makanya,kami pun plan pergi karoke dekat bukit jambul..dalam perjalanan,kawan aku ni telah ditimpa musibah..motor pancit pulak dah..tapi semangat karoke punya pasal..sanggup pergi tukar tiub motor bagai..adalah nak dekat sejam jugak delay..kitorang ambik bilik kecik je selama 90 minit..haha..bilik tu sebenarnya boleh masuk 6 orang je tapi kitorang ni redah je..ad 12 orang,suma pakat masuk..jadi la macam sadin kat dalam tu..walau macam mana pun,rasa seronok sgat..best dapat luang masa ngan kawan2..hilang semua stress y melanda..hehe
















Sunday, 17 November 2013

bahagia diri ini...

Berakhir sudah latihan tempatan minggu ini..hehe..heaven gila rasa..macam biasa la badan penat dgan tak cukup tidur bagai..jadual aku dalam 2 hari ni..
Pagi:physical training
Tgahari:kelas melibatkan ketenteraan(kawad,taktik ataupun senjata)
Petang:sukan
Walau penat macamana pun.aku still ada kawan2 yang support aku dalam palapes ni.aku akui kadang aku lewat,malas,lembik,kadang2 menyusahkan org lain dan sebgainya tu..tp kawan aku dalam palapes y banyak membantu,bagi semangat,nasihat dan mcam2 lgi la..hehe.
minggu ni iaitu hari sabtu belajar persuratan tentera dan kawad senjata..hari ahad pulak belajar pasal artileri dan mortar dgan semboyan.Sgat seronok belajar benda ni semua sebab tak ramai y berpeluang utk belajar mengenainya...sebgai seorang PALAPES DARAT,kami byak didedahkan pada peperangan medan ataupun di darat..hari ni sahaja aku dh belajar mcam2 senjata..meriam,kereta kebal,termasuk lawad artileri pun ak dah tgok...syok..rasa macam xsangka aku dapat belajar semua benda ni...
ni ad video skit pasal artillery dan mortar..







kalau nak tengok senjata-senjata ataupun taktik yang mantap2 dari pihak tentera ni..kena la selalu tengok cerita pasal tentera ataupun pasal ketenteraan,..ni aku bg link cerita tentera..so,enjoy...

1.84 Charlie Mopic 1989 full movie Vietnam War Film

https://www.youtube.com/watch?v=cjjpkaaIStY


2.Hamburger Hill

3.The Lost Batallion

4.U-571

5.Saving Private Ryan..

kalau nak ikutka,,aku pun tak tengok lagi cerita ni ..tapi mengikut kepada pandangan kawan dan pegawai latih aku..macam best je..hehe


Friday, 15 November 2013

life must go on...

aku baru je propose dia..tapi macam biasa..rejected..semua yang berlaku antara kami dh jadi cerita lama katanya.. rasa macam sedih sgat..kecewa..mcam dah xd semangat pun ada..tapi nak buat macam mana..cinta tak boleh dipaksa..walau macam mana aku buat pun kalau dalam hati tiada cinta..sia-sia kan...cuma aku tak rasa terkilan sgat sebab aku dah berusaha sedaya upaya..aku dah luahkan apa y terbuku dalam hati aku ni setelah sekian lama terpendam...mungkin dah sampai masa untuk aku lepaskan perasaan aku pada dia..mungkin juga tiba masa untuk aku give up daripada mengharap padanya..cukup la untuk aku sengsara,sakit hati,kecewa selama ni...ni la masa utk aku bangkit semula..mengejar kejayaan dan cita-cita  hingga ke bintang...kembali pada tujuan,matlamat hidup yang selama ini aku abaikan.tinggalkan kisah2 lama yang menyakitkan..mulakan hidup baru dengan lebih baik dan ceria sokmo..life must go on...chill...

Wednesday, 13 November 2013

zaman sekolah..

bila duduk sorang teringat pula zaman sekolah dulu...rindu pun ada jugak rasa..maklumla..zaman tu merupakan zaman aku yang baru nak up..aku sekolah dekat kawasan yang agak bandar tapi lebih kepada pekan kecil kot..dekat kawasan jerantut, pahang,nama sekolah tu sekolah menengah kebangsaan padang saujana,sebuah sekolah KRK tapi ada pelajar yang duduk luar dan ada pelajar yang duduk asrama..bila nak cerita pasal zaman sekolah ni,rasa lawak pun ada..haha..macam-macam benda jahat buat..pulaknya aku dulu duduk asrama..fly,ponteng prep,ponteng kelas,xpergi surau,panjat koridor,skodeng,kacau orang tu semua dah jadi rutin waktu tu..bila fikir balik teruk jugak waktu sekolah dulu..tapi tu semua memori yang sangat best aku rasa sebab bila tak ada memori macam ni,konfem hidup zaman sekolah rasa cam xbest langsung..haha..bayangkan la waktu aku baru form 1 pun dah buli orang dah..rare tak..haha..aku ada satu geng yang dinamakan geng kapak..geng aku ni ada dalam lebih kurang 16 0rang ahli..ramai kot..bila kitorang keluar ramai2 rasa macam buat rombongan cik kiah pulak..haha..seronok..tapi lepas form 3,ramai kawan-kawan aku yang pergi mrsm dgan asrama penuh..tinggal lah berapa kerat je..sedih sungguh rasa..geng aku ni makin lama makin berkurang dan makin lama makin renggang sebab masing-masing dah ada kos diorang yang tersendiri..jadi terpaksa bawak haluan sendiri jugak la,,bila masuk form 4,rasa macam heaven gila sebab dalam kelas aku tu cuma ada 10 orang je penghuninya sebb dah ramai sgat berhijrah..yang bestnya dalah,hok yang stay ni semua otak gila-gila belaka..memang tak boleh blah..sampaikan kawan aku yang baik pun dah terikut dengan kitorang yang xberapa nak betul..haha..kitorang terdiri dari 3 lelaki 7 perempuan..kelas bahasa arab tapi ustazah pun boleh pelik dengan perangai kitorang ni..maklumla..kalau kelas bahasa arab mesti student pakai tudung labuh2,sopan2..tapi tiba je batch kitorang ni..semuanya main langgar..minum air pun kongsi2 bekas..xd nak warak2 sgat pun..siap boleh main bola dalam kelas campur laki pompuan kot..punyalah rare..ponteng kelas pun sesama...time lab je semua buat2 lambat sebab nak habiskan masa..waktu cikgu takda la y paling best..habis semua permainan keluar,dam buatan sendiri la,teka teki la..siap bawak saidina gi sekolah pun ad...haha...masa tu rasa macam rapat gila-gila dengan classmate..rindu pulak rasa nak kembali pada zaman tu..bagi aku zaman sekolah merupakan zaman yang paling best sekali kalau nak dibandingkan dengan universiti..rugi rsanya kepada mereka yang tak menikmati zaman sekolah dengan sebaiknya sebab zaman tu hanya datang sekali sahaja.











STEP UP!!!!

assalam
walaupun movie step up ni dah lama,tapi tetibe pula malam ni teringat..huhu..bagi aku,movie step up ni antara    
movie yang memaparkan tarian yang memang mantoppp..aku memang suka cerita yang macam ni..bila tengok terasa macam nak menari pun ada..hehe..movie step up ni dah sampai ke yang ke empat rasanya..step up revolution kalau tak silap..pada mulanya,step up 1 mendapat sambutan yang tak berapa memuaskan dari penonton tapi lepas je step up y ke 2 sampai la y ke 4 release,memang ramai gila diorang pnya viewers...maybe sbb tarian yang dipersembahkan lebih kepada hip hop,street dance yang mana tarian kegilaan anak muda sekarang...yang menjadi kedukacitaan adalah aku xsempat lagi nak tengok step up revolution ni...adeh...siapa ada movie dia??hands up pleasee..nak copy masuk hard disk..hehe


kat bawah ni antara tarian dalam movie ni yang bagi aku sangat best..












Monday, 11 November 2013

others r not always right..

assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
other's point of view atau bahasa melayunya,pandangan orang lain terhadap sesuatu perkara,bagi aku, ada masanya kita perlu terima dan ada masanya kita perlu untuk menolak.Sebab?mesti la bnyak sebab..haha..apa yang paling penting adalah sama ada tindakan yang kita buat tu betul atau tidak.Akan tetapi,bukan lah bermaksud kita tak perlu langsung dengar pandangan orang lain,tu dah kira macam sombong terlajak la pulak ,ye dok..huhu..pandangan-pandangan yang positif perlu kita ambil sebagai rujukan ataupun panduan untuk diri kita pada masa depan,manakala pandangan negatif tu mungkin kalau ditapis-tapis boleh kot dijadikan pengajaran..haha..bergantung kepada situasi.



Kadang-kadang aku pelik bila adanya manusia terlalu memikirkan pandangan orang,apa yang orang lain kata, sedangkan apa yang dibuat itu bukan menyalahi undang-undang mahupun agama.Sebagai contoh,isu hantaran kawin..macam sedap pulak isu ni,tu y aku main petik tu..haha..cakap pasal hantaran,ada mak bapak yang demand nak hantaran bebelas ribu sedangkan yang nak menanggung anaknya nanti tu laki tu la jugak..aku pun pelik..kenapa nak harga beribu-ribu?sebabnya nak berlawan dengan jiran sebelah macam tu?..maklumla..xmau kalah..nanti apa pulak orang lain cakap kan?..tu la mentaliti manusia sekarang..lebih mementingkan harta,pangkat,nama di mata masyarakat..nak y hebat2 saja..huhu..rasa macam nak melalut pulak..haha


Berbalik pada fokus utama..erm..kalau aku duk membebel bebyak pun xguna jugak,buat letih menulis aje..haha..buat conclusion je la terus..haha..pokok pangkalnya adalah,tidak kira bertapa bagusnya pandangan,betapa teruknya pandangan orang terhadap kita atau terhadap sesuatu perkara,kita sebagai seorang insan yang telah dianugerahkan akal perlu terlebih dahulu berfikir dengan semasak-masaknya sebelum membuat sebarang tindakan y bersesuaian dengan kemampuan diri kita sebb yang nak menanggung di kemudian hari adalah diri kita sendiri juga bukan orang lain.Kita kena faham,walau apa pun yang kita buat di muka bumi ni..ada je yang salah di mata manusia walaupun kita rasa kita dah buat keputusan yang terbaik,ada je y tak kena...biasa la tu,tiada manusia yang sempurna,melainkan nabi Muhammad SAW sahaja.Sebab tu, kematangan dalam membuat keputusan penting untuk menetukan yang mana baik dan yang mana buruk, bukan bergantung kepada cakap-cakap orang semata.Walau apapun yang berlaku,jadilah diri sendiri,jgan terlalu ikut kata orang..belajar berdikari,berfikiran terbuka dan sentiasa positifkan diri.





Sunday, 10 November 2013

PRA ANNUAL CAMP!!

assalam...
lepas seminggu duk bergelumang dengan bau-bauan..akhirnya dapat jugak aku mandi dgan tenang..haha..
2-8/11 baru ni palapes usm telah mengadakan pra annual camp bagi semua kadet2 sebagai persediaan untuk menghadapi annual camp pada bulan 2 nanti..setiap cabaran yang dihadapi oleh kadet mengikut kepada peringkat masing2..macam aku,kadet intermediate,kami akan lalui mara,junior CIW,dan senior pulak pertahanan...masing2 ada cabaran yang tersendiri cuma junior tahun ni agak untung sikit dari kami pada waktu junior tahun lepas..huhu..dalam mara kami lebih kepada berjalan berpuluh kilometer lepas tu ad clearkan bound..bound tu adalah satu tempat tinggi yang disyaki ada musuh,tujuan bound ni pula cuma nak melengahkan kumpulan mara..jadi,sebab tu la kami kena clearkan kawasan bound ni supaya pergerakan mara boleh diteruskan dengan lancar.dalam pra kali ni ada 2 fasa iaitu fasa kem dan fasa medan..dalam fasa kem..kami ada menjalankan aktiviti abselling dan flying fox dengan pihak bomba bayan baru..memang best..tapi waktu mula2 nak turun dari bangunan 5 tingkat tu cuak jugak rasa tapi bila dah turun rasa macam nak buat banyak kali pulak..haha..selain tu,ad ujian baca peta dan tewt,ak pun xreti macamana nak aje benda alah  ni...haha..tapi benda ni lebih kepada pendedahan drpd ujian sbb kami akan ambik ujian y sebenar pada annual camp nt..manakala fasa medan pulak adalah mara yang aku dah cerita kat atas tu...huhu

FASA KEM:

















FASA MEDAN:







well,banyak lagi gambar2 y menarik tapi xsempat nak kumpul ..huhuhu..


Powered by Blogger.

Popular Posts

google-site-verification: google0ca468971ca12eda.html