Wednesday, 13 November 2013

zaman sekolah..

bila duduk sorang teringat pula zaman sekolah dulu...rindu pun ada jugak rasa..maklumla..zaman tu merupakan zaman aku yang baru nak up..aku sekolah dekat kawasan yang agak bandar tapi lebih kepada pekan kecil kot..dekat kawasan jerantut, pahang,nama sekolah tu sekolah menengah kebangsaan padang saujana,sebuah sekolah KRK tapi ada pelajar yang duduk luar dan ada pelajar yang duduk asrama..bila nak cerita pasal zaman sekolah ni,rasa lawak pun ada..haha..macam-macam benda jahat buat..pulaknya aku dulu duduk asrama..fly,ponteng prep,ponteng kelas,xpergi surau,panjat koridor,skodeng,kacau orang tu semua dah jadi rutin waktu tu..bila fikir balik teruk jugak waktu sekolah dulu..tapi tu semua memori yang sangat best aku rasa sebab bila tak ada memori macam ni,konfem hidup zaman sekolah rasa cam xbest langsung..haha..bayangkan la waktu aku baru form 1 pun dah buli orang dah..rare tak..haha..aku ada satu geng yang dinamakan geng kapak..geng aku ni ada dalam lebih kurang 16 0rang ahli..ramai kot..bila kitorang keluar ramai2 rasa macam buat rombongan cik kiah pulak..haha..seronok..tapi lepas form 3,ramai kawan-kawan aku yang pergi mrsm dgan asrama penuh..tinggal lah berapa kerat je..sedih sungguh rasa..geng aku ni makin lama makin berkurang dan makin lama makin renggang sebab masing-masing dah ada kos diorang yang tersendiri..jadi terpaksa bawak haluan sendiri jugak la,,bila masuk form 4,rasa macam heaven gila sebab dalam kelas aku tu cuma ada 10 orang je penghuninya sebb dah ramai sgat berhijrah..yang bestnya dalah,hok yang stay ni semua otak gila-gila belaka..memang tak boleh blah..sampaikan kawan aku yang baik pun dah terikut dengan kitorang yang xberapa nak betul..haha..kitorang terdiri dari 3 lelaki 7 perempuan..kelas bahasa arab tapi ustazah pun boleh pelik dengan perangai kitorang ni..maklumla..kalau kelas bahasa arab mesti student pakai tudung labuh2,sopan2..tapi tiba je batch kitorang ni..semuanya main langgar..minum air pun kongsi2 bekas..xd nak warak2 sgat pun..siap boleh main bola dalam kelas campur laki pompuan kot..punyalah rare..ponteng kelas pun sesama...time lab je semua buat2 lambat sebab nak habiskan masa..waktu cikgu takda la y paling best..habis semua permainan keluar,dam buatan sendiri la,teka teki la..siap bawak saidina gi sekolah pun ad...haha...masa tu rasa macam rapat gila-gila dengan classmate..rindu pulak rasa nak kembali pada zaman tu..bagi aku zaman sekolah merupakan zaman yang paling best sekali kalau nak dibandingkan dengan universiti..rugi rsanya kepada mereka yang tak menikmati zaman sekolah dengan sebaiknya sebab zaman tu hanya datang sekali sahaja.











0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Popular Posts

google-site-verification: google0ca468971ca12eda.html