other's point of view atau bahasa melayunya,pandangan orang lain terhadap sesuatu perkara,bagi aku, ada masanya kita perlu terima dan ada masanya kita perlu untuk menolak.Sebab?mesti la bnyak sebab..haha..apa yang paling penting adalah sama ada tindakan yang kita buat tu betul atau tidak.Akan tetapi,bukan lah bermaksud kita tak perlu langsung dengar pandangan orang lain,tu dah kira macam sombong terlajak la pulak ,ye dok..huhu..pandangan-pandangan yang positif perlu kita ambil sebagai rujukan ataupun panduan untuk diri kita pada masa depan,manakala pandangan negatif tu mungkin kalau ditapis-tapis boleh kot dijadikan pengajaran..haha..bergantung kepada situasi.
Kadang-kadang aku pelik bila adanya manusia terlalu memikirkan pandangan orang,apa yang orang lain kata, sedangkan apa yang dibuat itu bukan menyalahi undang-undang mahupun agama.Sebagai contoh,isu hantaran kawin..macam sedap pulak isu ni,tu y aku main petik tu..haha..cakap pasal hantaran,ada mak bapak yang demand nak hantaran bebelas ribu sedangkan yang nak menanggung anaknya nanti tu laki tu la jugak..aku pun pelik..kenapa nak harga beribu-ribu?sebabnya nak berlawan dengan jiran sebelah macam tu?..maklumla..xmau kalah..nanti apa pulak orang lain cakap kan?..tu la mentaliti manusia sekarang..lebih mementingkan harta,pangkat,nama di mata masyarakat..nak y hebat2 saja..huhu..rasa macam nak melalut pulak..haha
Berbalik pada fokus utama..erm..kalau aku duk membebel bebyak pun xguna jugak,buat letih menulis aje..haha..buat conclusion je la terus..haha..pokok pangkalnya adalah,tidak kira bertapa bagusnya pandangan,betapa teruknya pandangan orang terhadap kita atau terhadap sesuatu perkara,kita sebagai seorang insan yang telah dianugerahkan akal perlu terlebih dahulu berfikir dengan semasak-masaknya sebelum membuat sebarang tindakan y bersesuaian dengan kemampuan diri kita sebb yang nak menanggung di kemudian hari adalah diri kita sendiri juga bukan orang lain.Kita kena faham,walau apa pun yang kita buat di muka bumi ni..ada je yang salah di mata manusia walaupun kita rasa kita dah buat keputusan yang terbaik,ada je y tak kena...biasa la tu,tiada manusia yang sempurna,melainkan nabi Muhammad SAW sahaja.Sebab tu, kematangan dalam membuat keputusan penting untuk menetukan yang mana baik dan yang mana buruk, bukan bergantung kepada cakap-cakap orang semata.Walau apapun yang berlaku,jadilah diri sendiri,jgan terlalu ikut kata orang..belajar berdikari,berfikiran terbuka dan sentiasa positifkan diri.





0 comments:
Post a Comment