26 oktober yang lalu,telah berpergian aku ke satu tempat yang amat bersejarah dan tak ternilai harganya..chewahh..hehehe..iaitu Muzium Perang Pulau Pinang..pada asalnya,muzium ini merupakan kubu petahanan yang dibina oleh tentera British tetapi telah diambil alih oleh tentera Jepun.Kubu ini dibina sebagai tempat pertahanan dan di sini lah berlakunya pelbagai penyeksaan oleh tentera Jepun..rasanya sudah sedia maklum penyeksaan apa yang dilakukan..terutamanya para pengkaji sejarah yang lebih arif dan bijaksana.Kubu ini telah terbiar selama 60 tahun lamanya dan telah dibuka semula bagi aktiviti pelancongan.Kubu ini tersenarai dalam senarai teratas tempat paling keras di Asia..jeng jeng jeng..huhuhu
Entrance
Masa tu kami pergi 4 orang je,perempuan belaka..tapi jangan main-main,perempuan tu perempuan juga tapi jiwa kental..haha..(dah ajak kawan lain tapi tak sudi....huk3)..disebabkan keterujaan yang melampau,kami redahkan jua..hehe..entrance fee untuk dewasa macam kitorang ni RM20 seorang,dan tak pakai guide pon sebab kena charge,(tgah-tengah sem ni,pokai belaka)..jadi kitorang buat pandai je lagipun senang jugak kawasan dia,sebabnya dah ada direction,just ikut anak panah yang dia buat..
Berbekalkan ilmu ketenteraan yang masih cetak ini,sedikit sebanyak,kami tak ada la blur sangat bila masuk..atleast tahu juga la apa yang dipamerkan tu..dalam muzium ni ada 3 terowong utama..2 terowong je yang boleh masuk,lagi satu tak boleh sebab terlampau dalam,mencecah 1000 kaki kalau tak silap..mungkin faktor keselamatan,jadi terowong tu tak boleh la nak masuk..
Dalam terowong tu memang gelap ya amat,jadi terpaksa lah kami suluh dengan lampu,namapun terowong ye tak,semestinya lah sempit,kena tunduk bila jalan,nanti tak pepasal ada yang hilang kepala ..hehe..ada juga escape route tapi kena crawl la..gigih jugak la nak crawl,almaklum la,aku ni bukan kecik kalau nak jalan cam itik tu..
Terowong bawah tanah
Penat naik benda alah ni..
Lepas dari escape route tu,kitorang jumpa la kawasan yang menempatkan artileri,kat atas tu pun ada kawasan rehat dia juga..siap ada buaian bagai,,rasa cam tak nak turun je dari buaian tu..seterusnya kami ke pos pemerhati,dari pos ni jelas boleh nampak laut dan jambtan pulau pinang..Disebabkan itu,tempat ni merukan tempat yang strategik bagi pembinaan kubu sebab boleh perhatikan pergerakan musuh.
Kawasan rehat
Pemandangan dari pos pemerhati
Dekat sini juga ada water tank,dalam water tank dia..kalau nak tahu,kena tengok sendiri la..haha..dan tempat yang paling femes sekali dekat sini adalah tempat orang kena pancung..kat situ siap orang letak patung macam-macam lagi..
Sebelah papan tanda kuning tu la water tank
Tempat hukuman
Tempat pancung
Terowong kedua pun lebih kurang sama cuma dekat sini lebih sunyi dan ntah apa lah rezeki aku hari tu dapat dengar orang bercakap-cakap pula,dah la tak paham sebutir habuk,padahal tak ada orang pun,kami je yang ada..tapi layankan aja la,takkan nak buat kalut pulak ye tak..kesian kat kawan aku nanti..huhu
Terowong ke-dua
Sekitar kawasan dalam terowong
Terdapat juga beret tentera,bilik penyeksaan banduan..kubur pun ada kat dalam ni..disebabkan kitorang ni jenis suka merayau,habis setiap pelusuk kubu ni kami pergi..tengok macam-macam..tapi tak semua tempat ambil gambar..sebab gerun jugak,duk sedap ambil gambar tak pepasal ada plak benda lain duk numpang buat peace skali kat belakang..naya gitu..haha
Beret Banduan
Barang tinggalan Jepun

Bilik Penyeksaan
Depan cookhouse
kuartes tentera
Kuartes Jeneral (siap ada piano lagi dan masih berfungsi)
Tempat penyimpanan peluru
Simpan peluru aircraft
Tempat Gantung
Kawasan rehat
Tempat penyimpanan peluru(locker)
So,sesiapa yang terasa diri itu kental,kuat iman,gagah dan berani,boleh la cuba bermalam dekat sini..dari jam 8 malam hingga ke 8 pagi..pakej tu kalau tak silap under seratus,dalam RM90++ gitu.
Maka,itu sahaja lah coretan buat kali ini,sekian,terima kasih..assalamualaikum..






















.jpg)




























