Monday, 19 May 2014

Kolam Air Panas Ulu Legong,Baling,Kedah

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
Lama dah rasanya nak post pasal ni tapi lupa pula..hehe
Minggu lalu,dimana hari pertama temasya olahraga usm dijalankan,pada malamnya,aku dan kawan-kawan memulakan ekspedisi ke Kolam Air Panas yang terletak di Ulu Legong,Kedah..perjalanan dari Pulau Pinang tak lama mana pun sebab tak ada la jauh mana,cuma waktu kami pergi tu dah malam,jadi konpius pulak si drebar dengan jalan..haha..aku macam biasa la,jadi penumpag terhormat je dekat belakang sebab aku memang tak tahu pun dimana destinasi kolam air panas ni..aku main ikut je orang..haha..Sengaja kami pergi waktu malam sebab kolam air panas pergi waktu siang maunya melecur badan..haha..pergi waktu malam tahan sikit la suhu kepanasan dia..huhu..so,first and foremost,macamana kolam air panas terbentuk sedangkan tiada gunung berapi yang aktif di malaysia yang mana menjadi punca air panas di negara luar???
interesting tak persoalan ni?ok,meh aku terangkan yer..bila kita bergerak jauh ke dasar bumi,suhu akan meningkat sebanyak 3 celcius setiap 100 meter begitu juga tekanan..fenomena inilah yang akan menghasilakan glasier,air panas dan juga gunung berapi..dalam kes air panas ni,air di permukaan bumi akan menyerap masuk ke dasar bumi dan dipanaskan oleh batuan-batuan atau lebih dikenali magma dalam  kerak bumi..air akan dipanaskan sehingga mencapai takat didihnya lalu akan keluar semula ke permukaan akibat tekanan yang tinggi di dalam bumi sehingga menyebabkan pengaliran air panas melalui rekahan bumi sehingga membentuk takungan,maka dengan itu,terjadilah kolam air panas.Dinegara kita sendiri banyak kolam air panas,antaranya:

Bilangan Kolam Air Panas Mengikut Negeri
Negeri
Bil
Suhu °C
Johor
2
46
Kedah
4
30-35
Kelantan
3
27-52
Melaka
3
46-59
N. Sembilan
2
46-58
Pahang
3
41-45
Perlis
1
27
Perak
21
29-98
Sabah
21
29-75
Selangor
9
45-77
Sarawak
9
32-46
Terengganu
3
30-50
K. Lumpur
1
46


Underground water convection cycle model

batuan lebur dalam bumi(magma) yang menghasilkan fenomena air panas dan gunung berapi

Kami sampai dalam jam 11 malam macam tu..bayaran masuk cuma rm6 bagi orang dewasa,rm3 bagi kanak-kanak dan rm4 bagi warga emas ataupun OKU..mula-mula pergi ke kolam kedua dimana bersebelahan dengan kolam pertama iaitu punca air panas ni la..kolam pertama tu memang tak ada orang mandi sebab panasnya yang amat..daripada hasil blogwalking aku berkaitan kolam air panas ni,ada yang cerita mengenai la seorang makhluk yang nak tunjuk hebat mandi dalam kolam pertama tu tapi tak sampai seminggu meninggal dunia sebab air terlampau banyak masuk dalam paru-paru..mendengarkan cerita tu memang buat aku takut juga sebenarnya..huhu..

kolam pertama



Masa nak masuk kolam tu kena slow-slow..tak boleh nak terjah sangat sebab suhu badan kita tak sama dengan air dalam kolam tu..so,mula-mula aku duk main celup-celup kaki je dulu,lepas tu masuk separuh badan,lepas tu baru masuk keseluruhan badan dalam tu..tapi aku ni memang tak tahan juga panas..tak sampai sepuluh minit aku keluar balik..aku rasa panas yang amat tapi kawan aku selamba je siap boleh berenang lagi..mantap sungguh..keluar dari kolam tu menggigil pula kesejukan..haha..aku pun tak berapa paham konsep sains berkaitan dengan kejadian ni dan sebenarnya aku malas nak pikir..huhu..pada pendapat aku,mengikutkan fahaman aku la kan,mungkin wap air yang dihasilkan oleh air panas buatkan udara menjadi lembap dan sejuk..tapi mengikut teori yang aku baca pasal kesejukan akibat baru keluar dari kolam renang biasa adalah begini:

Ketika keluar dari kolam renang, di tubuh kita banyak terdapat air. Molekul-molekul air yang bergerak cepat akan terlepas dari tubuh.Akibatnya air yang menempel di tubuh menjadi lebih dingin. Sisa air ini akan menyerap kepanasan dari tubuh kita, sehingga tubuh kita menjadi lebih dingin.Untuk menaikkan suhu tubuh, tubuh kita bereaksi dengan cara menggerakkan seluruh anggota tubuh yaitu dengan menggigil.
Aku tak tahu sama ada teori ni boleh diaplikasikan ketika mandi air panas atau tak..tapi kaitan dia boleh nampak dengan teori rekaan aku tu..kui3
Pusat Rekreasi kolam air panas ni beroperasi selama 24 jam dan tak hairan la kenapa ada sahaja pengunjung tak kira masa datang untuk beriadah dan bermandi-mandi,tak kurang juga ada yang mengambil kesempatan berniaga di sini..Aku berendam dalam kolam air panas ni sampai ke pukul 5 pagi bak hang..hahaha..rasa macam nak tidur je dalam kolam tu sebab mengantuk pun sama,..sepanjang aku duk berendam,apa yang aku amati,semakin lama semakin ramai yang datang..waktu puncaknya adalah pukul 2 pagi..memang ramai benar manusia datang berpusu-pusu sama ada individu,mahupun membawa keluarga bersama..ekceli,lepas jam 12 malam,aku dah tak duduk kolam kedua tu..sebab panas bebenau..aku tak tahan..aku pergi kolam kanak-kanak je..hahaha..(malu pulak nak mengaku)..bagi sesiapa yang nak bermalam,boleh la menyewa di rumah rehat yang ada dekat sini,tak mahal sangat pun dalam 100++ semalaman..tapi aku tak ada la sampai nak menyewa bagai..malas nak membazir..haha..





kalau nak tengok page dia boleh la click link ni:http://www.mdbalingtourism.gov.my/legong/index.html#
ok la,tu je nak cerita..assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..

my sister convocation

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
Ni aku nak cerita sikit la pasal konvokesyen kakak aku yang kedua,Sarina binti Azmi namanya..konvokesyen kakak aku yang sulung(Suriati binti Azmi) aku tak ada kesempatan nak pergi sebabnya masa tu aku tengah menghadapi peperiksaan akhir program matrikulasi di pahang,jadi aku terlepas la dia punya konvokesyen,mungkin kakak aku terasa hati kot tapi nak buat macamana,.hehe..well,aku tak nak dah lepaskan peluang bersama keluarga ni sebab hidup ni cuma sekali kan,lagipun aku dah lama tak luangkan masa bersama family aku,asyik sibuk dengan dunia universiti ni,kesian dekat mak aku yang tanya bila nak balik sokmo,.hehe..ekceli,hari selasa tu aku ada emergency,aku terpaksa balik awal sikit dari perancangan,jadinya,aku *merentat juga la nak balik walau apa nak jadi pun,aku tak kisah dah...teruk benor pulak rasa sebab aku ponteng banyak juga kelas..tapi aku rasa macam berbaloi juga..haha..sometimes being so childish when comes to satisfaction..haha..apa yang aku cuba sampaikan dengan ayat tersebut?argh,lantak la..hehe
Jadi aku balik pada jam sepuluh malam 13 mei yang lalu,dan kakak aku konvo keesok esokan harinya iaitu pada 15 mei..macam biasa la,naik bas Jengka Liner dekat Butterworth n blablablabla..maka sampai la aku dekat rumahku syurgaku pada jam tujuh pagi..sampai di rumah aku buka la peti,ambik hang,punya la bapak banyak jeruk mangga dalam tu..dengan buah-buahnya sekali..rasa nak tergelak pun ada juga sebab dekat USM ni sampai kena pergi rembat dekat pusat pengajian semata nak makan buah mempelam,sedangkan dekat rumah aku berlambak-lambak,sampai dah tak terlarat nak makan,yang dekat pokok pun sampai nak buruk pun ada..banyak sangat pulak dah..tapi alhamdulillah semua tanaman buah-buahan kat rumah aku menjadi tahun ni..kiranya bulan depan aku boleh pelahap semuanya..tak ada gambar pula nak kongsi sebab malas nak tangkap..haha..ni y lagi syoknye adalah,kebetulan kakak aku baru balik dari holiday kat langkawi,jadi bnyak la die bwak balik cekelat dekat adik-adik dia yang pelahap ni ha..huhuhu


Anak-anak dara en.Azmi..ni masa kitorang g ambik wan aku dekat kampung..nak ngikut katenye..


15 mei,kira-kira jam 7 pagi cenggitu,kami pun bertolak ke Dungun,Terengganu bagi menghadiri upacara konvokesyen kakak aku tu la..ekceli dia pergi ambik scroll tu petang,tu sebab la kami pergi pagi sebab perjalanan tak makan masa sangat..almaklumla,dekat je..tak jauh mana pun..dalam jam 1130 kami dah sampai di homestay bertentangan laut dimana berdekatan dengan Uitm Dungun,tempat dimana kakak aku graduate..sampai awal,so kami pun melepak la dulu sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa dari jendela yang terbuka luas..hehe..ramai juga yang ikut kami pergi konvo ni..dalam 3 biji kereta juga la yang pergi..
Memandangkan duduk homestay,mak aku dan wan-wan aku ni dah prepair la makanan yang dah dimasak,kira malas nak makan luar juga la bunyinya,byak juga la makanannya..makanan basah+bahan nak masak esoknya,nampak tak dia punya semangat tu??hahahaha

nampak dekat belakang aku tu..tu baru sebakul je,ada berbakul lagi dekat kereta lagi dua butir..haha
habis penuh bonet kereta..

Memandangkan dewan yang orang duk ambik scroll tu hadkan untuk tiga orang je yang boleh masuk,maka, kami dahulukan la kepada orang-orang tua kami untuk masuk..kitorang yang muda-muda ni menunggu di luar pun tak apa..huhu

my small family,
Memang aku la yang paling gelap kan,terpaksa mengakui walau hati bagai dirobek sembilu..huhuhu
haish,kena memutihkan diri ni jawabnya..
nanti tak memasal waktu raya kena bahan..adoi la..






Pemandangan di waktu senja..

Ni gambar aku syok sendiri tepi laut sambil nak tunggu gambar konvo siap..hahaha

Laut yang cantik,warna biru gitu..tapi sayangnya tak boleh nak mandi..dalam baq hang..



Pada malam hari pula,kitorang tak ada la terus pergi melabuhkan diri atas katil empuk nan sedap tu,tapi lebih memilih untuk pergi pasar malam dungun yang menjual pelbagai barangan,pakaian,makanan,minuman..dan byak lagi la..lenguh juga kaki ni nak berjalan..tapi makanan dia mantop-mantop..rasa macam tak nak balik pun ada..hahaha..tujuan pergi pasar malam tu nak beli ayam je pun,..dah la tak ada ayam mentah pun dekat sini,terpaksa la pulak pergi ANEKA tuk cari ayam,nasib baik la ada..konon-konon nak buat bbq gitu,tapi tak jadi last2 ayam tu buat goreng celup tepung pada sarapan esoknya..hahaha

Pasar malam cik google..kui3

Habis pada tu,kitorang pun pergi la tepi laut,nak tengok bulan sebab malam tu bulan penuh..ekceli dalam bulan 4,5 dengan 6 ni memang kebiasaannya bulan penuh dan waktu yang paling sesuai mencandat sotong..malangnya,xsempat nak mencandat sotong sebab percutian ni singkat sangat sebab semua orang sibuk bekerja..mungkin lain kali kot baru pergi.


Pemandangan malam tu lebih kurang macam ni la..cantik sangat,bulan terang..aku tak sempat nak ambik gambar sebab bateri henpon campur kamra semuanya dah xdapat diselamatkan lagi..haha

Keesokannya,kami pun bersiap la untuk pulang,sebelum balik tu,kitorang singgah dulu di rumah saudara yang berdekatan dan membeli sedikit buah tangan pulang..beli kepok lekor la.hahaha

kat sini la tempat aku beli keropok lekor..sedap jugak..

ni la hasilnya bila digoreng(dalam periuk nasi dekat USM)hahaha


Ni gambar aku tengah koya dalam kereta..boring menunggu orang duk membeli lama sangat..hahaha

Sampai rumah,macam biasa la kan..ofkos kena kemas rumah,kemas barang yang dah guna and blablabla..bila dah malam,semua dah penat..tapi perut masing-masing tengah lapar..nasib baik la my lovely brother ni nak tolong masakkan..ni dia masak maggi goreng..yang tak tahannya nama maggi ni la..adik aku bagi nama Mee Kasih Sayang..kononnya dimasak dengan penuh kasih sayang la tu..haha..well,adik aku ni pandai masak ekceli..aku pun kalah dengan dia sebab sememangnya aku ni tak pandai nak memasak..kui3..tapi memang sedap pun..katanya,mee dimasak dengan kasih sayang konpem sedap..hahaha..apa-apa la adik oi..asalkan aku kenyang..haha

my lovely adik.
Anak teruna tengah memasak..sapa nak buat menantu boleh call..hahaha


unfortunately,banyak lagi gambar yang tak ada sebenarnya,aku tak sempat nak transfer gambar dari kamera ke laptop sebab kamera tu ada dekat rumah,jadi ni je la gambar yang aku boleh kongsikan..hehe..
tu je la kot..assalam..

bahasa Pahang:
*merentat = nak sesangat.

Monday, 12 May 2014

Temasya Olahraga Tahunan (TOT)

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
rasa macam dah lama benar tak menjenguk blog ni,almaklumla,sibuk dengan kerja-kerja yang tertangguh dah banyak lagi la..hehe..
jadi hari ni nak cerita sikit pasal Temasya Olahraga Tahunan (TOT) USM untuk kali berapa tah,aku pun xingat..hahaha..
Dalam TOT tahun ni aku cuma join sorak, walaupun separuh jalan je,aku still dapat tengok kawan-kawan aku bertanding..hehe.bukan tak nak masuk acara ke apa,cuma sidang lepas aku dah masuk even tarik tali je pun,hehe..bagi la peluang dekat junior yang lain pula nak merasa,sebab ramai juga yang daftar nama untuk join.Walaupun orang yang incharge tu still nak player lama yang join,aku malas juga sebab tarik tali ni buat aku sakit pinggang sebenarnya,macam kes tahun lepas,nak duduk pun rasa macam menderita gitu,apa tak nye,aku memang tak berhenti langsung dari game first sampai la ke final duk menarik benda alah ni.Walau macam tu pun,tetap puas hati dan bersyukur sebab kitorang menang..yahu!!..hehe..
Habis bab tu,aku nak cerita pengalaman 'menengok' kawan-kawan aku bertanding je pun..hahaha..rasa macam tak reti pulak nak cerita,jadi aku post gambar aje la yerk..ngeh3


gimik Palapes




gimik palapes 2014

pasukan sorak(ak xde sebab aku duk tgah padang)haha

larian 400 meter wanita (nadia)


Makhluk yang bertanggungjawab memenuhkan memori phone aku..haha
(ekceli,aku tak reti nak tag orang...kah3)


pemain rejam lembing harapan dunia..pheewwwwiiittt..kah3

pasukan tarik tali which mostly my friend


tarik tali lelaki


lari lelaki

bersama-sama menggila duk tengah padang sesuka hati ..haha





Ni je la gambar-gambar yang aku sempat tangkap dan upload memandangkan aku pergi tengok hari sabtu je,hari ahad punya acara aku tak join sebab bagun lambat dan penat akibat dari pergi mandi air panas dekat Ulu Legong sampai ke pagi ..nanti aku cerita pasal air pans Ulu Lengong pulak na,kalau nak cerita kat sini memang berjela la post ni dan aku pun malas nak menaip juga rasenye...hehe.. video lain tak boleh nak upload pasai apa tah,mungkin line yang ala kura-kura ni penyebabnya..xpe la,ad masa aku buh la video yang lain,tu pun kalau rajin la..hahaha..ok,tu je la kot update aku hari ni..assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.




Monday, 5 May 2014

kawin CI

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
Tanggal 3 mei yang lalu,tamatlah sudah zaman duda ketua jurulatih Palapes Darat USM,Mejar Hariz Fadzillah bersama seorang wanita ayu yang menjadi pilihan hatinya,cik Syuhada kalau tak silap aku..huhu..majlis pihak lelaki disambut besar-besaran di markas Palapes USM yang dihadiri oleh ramai tetamu dari pihak lelaki dan juga tetamu dalam kalangan kadet dan jurulatih.Macam biasa,bila namanya ada kenduri,ofkos la ada persembahan bagai..ni nak cerita bab persembahan ni la,ekceli,pada mulanya tak terniat langsung di hati ni nak join persembahan..tarian zapin pula tu,.memandangkan dah tak ada siapa yang nak join dan kebetulan pula kawan aku minta tolong aku join sekali dengan hang pa tu semua,aku pun join je la,bukan apa,kesian dekat kawan aku yang sebenarnya..disini aku nak tekankan bahawa,bukan bermakna aku join tu sebab aku ni pandai menari,aku pun jenis minah kayu juga,keras,tak lembut pun,tu pasal la aku masuk PALAPES,haha..cuma niat untuk membantu kawan aku memenuhi kuota yang ditetapkan oleh pihak atasan.

Maka dengan itu,bermula la proses aku melembutkan diri yang tak berapa nak lembut,melonglaikan tangan yang supe kayu ni ha..lawak benau rasa,memandangkan aku join agak lambat,jadi aku agak tercicir dengan koreografi tarian tu,aku cuba untuk catchup apa yang diajar dan alhamdulillah,aku dapat juga akhirnya..haha..seriously,ni la kali pertama aku menari tradisional,aku tak pernah tau pun pasal tarian ni,setakat tengok saja tu ada la,dan memang aku tak pernah menari la pokoknya..first time,i'm a beginner..huhu..dengan tak reti apa ni,aku kena catchup 2 jenis tarian dalam masa kurang dari 2 minggu..haha..penat beb,setiap malam ada latihan.tu tak termasuk petang lagi..latihan pula dari jam lapan dan kadang-kadang nak pukul 12 baru siap..semata-mata untuk memperkemaskan step kami yang comot tu..dalam minggu ni,aku perasan juga la yang berat aku dah turun sikit,gila bak hang,kalau hari-hari aku menari,mau jadi angelina jolie rasanya..kurus gitu..aum2..hahaha..















Latihan berterusan sehingga la hari kejadian,seperti biasa,perempuan,tarian dan MEKAP ni memang tak dapat dipisahkan..muka aku ni dah macam opera dah sebab tampal macam-macam,campur dengan eyeshadow bagai,..malu juga rasa nak berhadapan dengan orang dan kawan-kawan sebab tu pun kira pertama kali aku bermekap sakan..tak pernah dalam hidup aku ni duk pakai eyeshadow,tu la first time..selama ni duk tengok orang je pakai,aku ni memang jenis yang malas nak menconteng muka ni..

mekap artis and also my dearest friends whose always support me in this harsh life,
love you guys,no words could express my grattitude..
haha..hancuss english aku..

abaikan aku yang dah macam opera cina tu..


Ketibaan pengantin disambut dengan kawad dari Pegawai muda dan Pedang,Sword Barrel nama die..ntah betul ke tidak aku eja tu,pepandai la gi google sendiri..aku malas nak menggoogle..ngeh3..dan selepas itu,pengantin dirai dengan paluan kompang oleh kadet PALAPES sebelum mempelai melaksanakan acara memotong kek langsung menjamu selera.



Maka dengan itu,masa yang ditunggu telah tiba,kami diminta menyembahkan persembahan ketika mempelai sedang menyantap makanan mereka..hehe..berdebar tu terasa la juga memandangkan aku orang pertama yang kena masuk dulu..huhu..tapi buat kering je la..haha..menari je,muka kena senyum walau salah..haha..memang ada pun salah masa tu,lupa step..tapi pandai juga la cover skit-skit..hehehe..dan akhirnya semua selamat dan alhamdulillah kami menerima pujian dari penonton..bukan senang nak tengok kakak2 askar menari zapin..haha

ni sebelum nak masuk buat persembahan,dan lagi bergambar..
dah la panas giler,cair mekap den..haha


Barisan VVIP,aku baru je nak cop tempat ni,dah ada yang sanbar dulu..
panas hati..haha

Penari yang tak cukup ahli..haha






setiap kali makan,automatically muka aku menjadi overexcited cenggini,
aku pun tak paham..haha..







Lepas menari tu aku balik bilik sebab dah penat,tidur dulu seround sebab petang tu aku cadang nak gi tengok perlawanan hoki last dekat stadium hoki USM memandangkan kawan aku merupakan pemain hoki yang akan bertanding,,just datang bagi support walaupun dia tak tahu pun kitorang datang sambil-sambil tengok orang lawan..haha


ni la kawan aku,nampak tak die punya kesungguhan nak menang tu?sampai tertonggeng-
tonggeng nak ambil bola..hehe..apa2 pun,good job dear..ngeh3

kite nampok rainbow..ngeh3

Tu je la kot entry kali ni..hehe..jumpa lagi di lain waktu,assalamualaikum...

Sunday, 4 May 2014

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
rasa macam dah lama tak update blog ni..hehe..hari ni aku nak cerita satu benda yang tak ada tajuk yang dapat mendescribekan betapa perasaanku ini..hahaha..koya nau rasa..
ok la,pernah tak anda rasa bagaimana perasaannya bila seorang rakan yang baik dengan kita diumpat didepan kita sendiri?aish,boleh paham ke ayat ni?haha..paham2 sendiri la yer..
jadi,ceritanya bermula apabila aku pergi training hari tu,adalah due tiga ekor makhluk ni duk bersembang la pastu pergi mengumpat member aku ni depan-depan aku pulak dah..adui..panas betul telinga aku ni..rasa macam nak pergi koyak je mulut-mulut diorang tu..mungkin diorang tak tahu yang aku agak rapat juga dengan kawan aku yang diorang mengumpat tersebut..sebelum aku naik darah dan terjadinya pergelutan dekat situ,ada baiknya aku menjauhkan diri aku dari mendengar benda-benda yang menyakitkan hati aku..mulut orang memang tak boleh nak tutup tapi kita boleh jauhkan diri dari mendengarnya..aish,aku ni memang la tak boleh bila ada orang duk mengata kawan-kawan yang rapat dengan aku ni,dengan aku sekali terasa..aku pula yang rasa marah..bengang semua ada la..pokok pangkalnya,apa yang orang cakap benda tak baik tentang kawan aku,aku tak boleh nak terima sangat sebab aku kenal kawan-kawan aku.yang ni macamana,yang tu macamana sama la juga dengan family aku,aku memang tak boleh nak dengar orang cakap buruk dekat orang-orang yang aku sayang..lgpun aku memang anti bila orang duk main serkap jarang ni,main tuduh-tuduh,cakap orang tak buat kerja dan sebagainya la..aku pun tak paham dengan orang ni,bukan nak membantu ke apa,lagi menyusahkan ada la,lepas tu main cakap belakang pula,suka sangat jaga tepi kain orang..tu belum masuk yang suka cari salah orang lagi..erm,manusia-manusia,memang tak boleh tengok orang duduk senang agaknya..ada je yang tak kena..susah la hidup kalau macam tu sokmo..


Dear haterss,
don't judge or insult me and my dear ones
for our flaws and mistakes
when you can't even see your own.








Powered by Blogger.

Popular Posts

google-site-verification: google0ca468971ca12eda.html