Tuesday, 11 March 2014

music instruments...

assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
Gitar..gitar ni adalah satu alat muzik bertali yang mengaplikasikan konsep fizik iaitu getaran ataupun geseran sehingga menghasilkan bunyi..walaupun ayat aku tu tak berapa nak betul tapi lebih kurang la,kalau salah pun,buat-buat macam betul je la..hehe..harap dapat faham apa yang aku cuba sampaikan..hehe
Cerita pasal gitar ni buatkan aku jadi excited pula..haha..bukan apa..aku memang suka sangat gitar ni..bila tengok orang main gitar je boleh buat aku terpegun..bukan terpegun dengan orangnya tapi terpegun dengan cara dorang bermain gitar,..
Dekat bilik aku ni ada la sebiji gitar yang aku beli kononnya untuk belajar..almaklumla,dah obses sangat..tapi ternyata la aku ni agak tak berbakat nak main muzik ni sebab aku pun bukannya orang seni..tangan pun keras..hehe..mula-mula tu aku try juga tengok tutorial bagai tu untuk belajar,dah suruh orang ajar pun..siap dengan manual dia sekali aku beli..tapi tu la,tak boleh-boleh juga..akhirnya gitar tersebut duduk je la terperosok dalam loker aku..selalu juga aku duk try buka balik youtube..hasilnya,malas la nak cerita,hampa dan kecewa..hahahaha..
Bila tengok orang main,rasa macam dengki pun ada,macamana dorang boleh hebat sangat duk main..musykil aku..ada la kawan-kawan aku duk suruh aku belajar cepat-cepat supaya aku boleh ajar dorang pula..hahaha..yang tu memang lawak..ada pula macam tu..aku ni tak reti nak main pun..dengan chord yang aku kena ingat,tunning,bagai-bagai tu la..banyak benda juga rupanya..aku ingatkan senang je..tu la,suka sangat buat mudah..haha
Lagipun gitar ni ada macam-macam..ada gitar akustik,semi akustik,gitar elektrik,bass,classic,gitar spain..dan ada lagi jenis-jenis dia..cara nak main pun ada macam-macam juga..yang aku peliknya,macamana si Man Kidal guitarist kumpulan Search tu boleh main gitar letrik pakai gigi je??hebat benau..aku rasa bab goreng-menggoreng tu memang mainan dia je la..haha..dan lagi satu,macamana orang boleh main gitar sambil menyanyi?kiranya dorang ni kena fokus kepada dua benda pada satu masa..hebat juga kan?..tapi tu la kelebihan pada mereka yang tak ada dekat semua orang..
Walaupun aku tak pandai nak main gitar ni semua tapi aku tetap setia dengan akustik..haha..aku suka muzik dia,simple dan macam ada bagi soul pada diri aku..cewah..hehe..
Selain gitar,instrument lain pun best juga for example like piona and violin..hehe..oh tidak,aku dah curang skit kepada gitar..hahaha..kidding :p

I'm Yours by Sungha Jung


You Raise Me Up by Daniel Jang


With the rain-Miika Mettiainen




Monday, 10 March 2014

salute!!!

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Jam 1.15 pagi,baru aku pulang ke bilik lepas bersembang dengan seseorang yang aku dah anggap macam abang aku sendiri..lama juga tak jumpa,dia pun suka datang mengejut begitu,aku ingatkan dah balik rumah dah,rupanya ada dekat sini lagi..aku dan dua orang kawan aku pun pergi la berborak dengan dia sebab kitorang memang dah lama sangat tak jumpa dia..tipu la kata tak rindukan,tapi takkan aku nak pergi peluk dia pula,memang la anggap macam abang tapi bukan mahram,control beb..haha..apa yang aku nak cerita dekat sini adalah,aku sangat respect dia,bukan aku nak puji lebih-lebih sampai melambung dan sebagainya..aku cuma nak cerita kenapa aku respect dekat dia je..
aku masih ingat saat awal dia nak kenal kami semua..nama aku ni nama yang paling susah sekali dia nak ingat sampaikan dia suruh aku balik pergi tukar nama,tak ke gila..haha..aku pun masa tu malas nak ambil tahu pasal dia,kenal ke tak kenal ke,sikit pun aku tak heran..aku memang buat derk je..sampai la waktu pra pekhemahan aku waktu junior dulu..waktu fasa medan,hari pertama penjawatan ,aku dilantik menjadi lans koperal,masa tu mana la aku nak tau apa tugas aku,almaklumla,blur-blur lagi masa tu..hehe..platun aku diarahkan untuk jalan dulu,dan memandangkan aku lans koperal seksyen satu masa tu,aku kena jalan dulu,sepatutnya koperal,tapi semua masa tu bengong-bengong lagi,jadi aku ni main jalan sesuka hati aku..dengan penat semalam yang tak habis,aku pun mengikut langkah dia yang memang laju,sampaikan tak terkejar aku dibuatnya,memang tak boleh la aku nak jalan slow sebab aku kena ikut belakang dia,kalau aku slow tak ke naya nanti kalau kelibat dia jauh ke depan..mampus aku nak kejar dengan backpack yang berat nak dekat 10 kilo campur senjata lagi..penat do..haha..jalan-jalan sampai la atas bukit tu aku dah memang tak larat giler..aku pun duk merengek la kat dia.."dah tak larat,saya dah tak larat ni tuan..tak larat,tak larat!!"..haha..aku ingat lagi ayat aku masa tu..lawak..dia pandang pelik sambil cakap "abenda yang kau tak larat sangat ni??tanggal bagpack kau"..aku dengan senang hatinya menanggal beg tersebut..ingatkan nak buat apa,rupanya dia yang tolong angkat sampai ke puncak bukit..terharu pula rasa,,dalam pra annual kem tu,2 kali dia tolong angkatkan beg aku..mngkin dia tengok aku ni macam dah tak rhot sangat agaknya..dia pun tolong la angkat..masa tu la terjadinya peristiwa air 100 plus..haha..aku malas nak cerita pasal peristiwa tu sebab lawak sangat..haha
Masa pra annual kem ni la titik permulaan dia kenal aku dan sejak tu nama aku duk kena sebut memanjang..gara-gara tak larat nak ngangkat beg+100 plus..habis semua orang dia duk cerita benda tu..malu pun ada rasa,..tapi biar je la..hehe
Apa yang aku respect sangat dia tak pernah lokek ilmu yang dia ada,mengajar dengan penuh ikhlas walaupun kami ni jenis yang blur-blur..sampaikan dia pun naik pening macamana nak terangkan..dia tak sombong walaupun dia tau banyak benda,kerja yang dia buat semua teratur,perfect orang kata..dan dia bukan jenis orang yang suka campur hal kerja dengan hal luar..bila dalam kerja,serius..bila habis kerja,dia pun sama naik juga gilenya dengan kitorang..dan dia boleh menjadi pendengar yang baik dan pakar motivasi pada masa yang sama..haha
Memandangkan aku ni yang paling lemah sekali dalam kumpulan,jadi memang aku akan selalu di aim,kalau bab berlari ni paling aku jem..memang dan wajib aku akan duduk di belakang sekali..memandangkan dia ada masa tu,memang aku jadi mangsa kena berlari dengan dia sebab dia memang takkan bagi aku berjalan..walaupun terpisah jauh dengan kawan aku yang lain,dia akan tunggu dan lari dengan aku sama-sama..sambil berlari tu aku memang kena menadah telinga dengar nasihat dia yang memang mencurah-curah ke dalam gandum.haha..seingat aku,banyak kali aku kena tarik dengan dia..asal berlari je memang aku kena tarik dengan dia..sampaikan kalau aku dah tak larat aku kena pegang baju dia sambil berlari..memang waktu tu penat tapi hati aku rasa macam terharu bila ada orang care pasal kau macam tu,aku memang rasa rendah diri sangat kadang-kadang tapi dia selalu duk nasihat-nasihat sampaikan aku pun rasa ada semangat dan tak kesah apa yang orang nak cakap asalkan aku tak putus asa macam tu je..
Dia membuatkan aku rasa diri aku ni wujud dan bersemangat walaupun aku kena tahan la gurauan kasar yang kadang-kadang tu menyakitkan hati juga..sampaikan aku dah malas pun ada,asyik aku je yang kena..aku ni dah la tak suka orang tau sapa aku..tak pepasal je orang yang aku tak kenal pun kenal sapa aku..haish..
tapi tu dulu,sebelum dia berenti dari menjadi seorang jurulatih atas sebab yang tertentu..bila dengar dia nak berenti,aku rasa macam sedih sangat,rasa macam kehilangan sesuatu yang berharga gitu,lepas tu aku rasa macam tak semangat nak pergi turun buat PT,berlari petang-petang..ntah la,aku pun tak tau la kenapa..campur pula dengan masalh yang timbul..lagi membuatkan malas yang bertimbun-timbun.sekarang aku dengan dia still berhubung,dia pun still berhubung juga dengan kawan-kawan kami yang lain..kadang-kadang bila dia datang sini,kami selalu la pergi berborak sembang-sembang dengan dia..walaupun macam tu,aku tak pernah nak mengambil tahu latar belakang atau hal peribadi dia,melainkan dia yang bercerita dan aku mendengar tanpa memberi komen yang melebih-lebih..hehe.. sebab bagi aku,untuk apa semua tu?kita jaga hubungan dengan dia dah la,jangan mudah lupa jasa dan pertolongan serta didikan dia pada kita,well,kalau dengan aku senang je,orang buat baik dengan aku,kalau boleh aku nak buat baik berkali ganda dengan orang tu..tapi bukan kepada yang baik didepan belakang mengata..cuma yang ikhlas semta-mata..hehe..kami still berhubung dengan wechat,wassapp,kekadang hantar chat dekat facebook,kalau rajin call..macam tu je la..dia pun banyak nasihat suruh ingat ibu bapa..kadang-kadang dia yang tanya aku dah telefon mak ke belum..bukan aku lupa mak bapa aku,cuma kesibukan kadang membuatkan kita khilaf..tentang pelajaran pun dia banyak sentuh..dia bukan sahaja melatih kami menjadi tentera,tapi turut menjaga kebajikan dan akademik kami..
sedih memang sedih bila dia dah ak ada,cuma kami kena belajar menerima kehadiran orang lain dan mula belajar berdikari.

Wednesday, 5 March 2014

cara guna IDM lepas tempoh trial..

Assalamualaikum..
Seperti yang semua maklum,IDM ni memang sangat femes kalau nak buat aktiviti download mendownload..tapi yang tak bestnya,kena beli software dia..kalau ada trial pun cuma 30 hari je..bab nak memperabih duit ni yang masalah..berat tangan nak keluarkan duit.kalau boleh nak free..haha
Ni aku nak tutorkan sikit cara nak guna IDM lepas habis tempoh trial.

1.   Install IDM..kalau dah install tak payah nak install banyak kali..
2.   Kalau yang dah habis trial confirm bila korang klik akan keluar macam ni





3 .Pada asalnya kena la purchase IDM ni untuk dapatkan serial number tapi ada banyak fake serial number dalam internet..so kita boleh pilih tanpa perlu keluarkan duit..dekat bawah ni ada beberapa senarai serial number yang kita boleh guna.

NTOQN-7HUL9-NEPFL-13I0A
629U7-XLT5H-6SCGJ-2CENZ 
XONF7-PMUOL-HU7P4-D1QQX
F9TZ9-P6IGF-SME74-2WP21 
CJA0S-K6CO4-R4NPJ-EKNRK 
N0Z90-KJTTW-7TZO4-I27A1 
4DFQ4-OAPFS-L50GF-3GWRJ 
4DFQ4-OAPFS-L50GF-3GWRJ 
L67GT-CE6TR-DFT1D-XWVCM

4.  Sebelum masukkan serial number,pastikan offline dulu supaya IDM tak boleh nak detect korang punya fake serial number ni sebab kalau online,proses ni takkan menjadi..

5.  Masukkan serial number pada ruangan yang disediakan..yang lain-lain tu kau tulis je apa-apa yang kau suka..macam kat bawah ni
6. Click OK then bila keluar macam kat bawah ni,korang terus tekan cancel..
7.  Lepas dah siap,online balik atau tak nak online lagi pun tak jadi masalah..terpulang..
8.  Try buka balik kau punya IDM,akan keluar dan hasilnya kau boleh la memulakan aktiviti download kembali..hehe


Tapi biasa la,benda macam ni tak tahan lama,dalam 2,3 hari kena ulang balik proses yang sama sebab IDM akan detect dalam masa 2,3 hari lepas proses ni..jadi agak leceh sikit sebenarnya..dan korang terpaksa tahan bila selalu keluar benda yang macam dekat bawah ni



tapi benda ni tak bawa effect apa-apa..cuma tekan cancel je takpun pangkah dekat atas tu..still boleh download macam biasa..hehe

selamat mencuba.


what the blog means to me..

assalamualaikum..
blog?kenapa aku buat blog?haha..ada yang tanya walaupun diorang sebenarnya tak tau pun apa blog aku..hahaha
pada aku,blog yang aku hasilkan hanyalah sebagai satu blog personal..bukan untuk menjadi tontonan ramai dan tak ramai pun yang tahu aku ni tulis blog sebenarnya..selain daripada catatan harian untuk simpanan,blog aku jadikan tempat untuk meluah perasaan memandangkan follower aku pun cuma kawan yang rapat dengan aku,tu pun ada la 2 kerat..aku bebas nak tulis apa sahaja..bagi aku,aku lebih selesa nak tulis blog dari aku duk update status yang tah apa-apa dalam fb walau kadang-kadang ada jugak status tah pape yang keluar..hehe..aku pun tak ada la follow orang berjuta-juta,just follow kawan aku je..kadang-kadang aku jenguk-jenguk juga blog orang lain untuk tengok tutorial-tutorial bagai tu..tapi aku tak prefer sangat benda yang crowded dalam blog aku..sebab kalau aku buka,aku juga yang rasa rimas nanti..so,aku suka yang simple-simple je..walaupun pada orang lain nampak bosan tapi aku kesah apa,suka hati aku la..haha..berlagak pula tetibe..selain dari tu,aku suka pergi mengacau blog kawan-kawan aku..haha..walaupun nampak macam annoying je tapi tu la hobi aku dan aku suka kacau orang yang baik dan rapat dengan aku je..jadi,kawan yang baik dengan aku tu yang menjadi mangsa..haha..hmm cerita pasal mengacau orang ni buatkan aku teringat dengan kawan-kawan aku..kekadang sampai naik tension diorang semua nak melayan aku..tak kesah la dalam fb,mesej mahupun dekat luar..hahaha..kesian sungguh..bukan niat aku nak mengacau untuk buat diorang sakit hati atau menyampah dan sebagainya tapi tu la cara aku nak kongsi rasa kasih sayang aku pada mereka walaupun bukan dengan cara 'care' yang terlampau cuma bertegur walau tidak bertemu,gurauan sebagai pengganti rindu..chewahh..hehe..lagipun aku tak suka nak kacau orang yang tak berapa nak baik dengan aku ni..ntah,aku pun tak tahu kenapa...aku ni jenis susah sikit dalam berkawan,aku berkawan dengan semua orang tapi cuma ada seciput je yang boleh rapat dengan aku,bukan aku memilih tapi aku tak pandai nak jadi hipokrit,aku lebih suka kalau hati dan perasaan kedua belah pihak terjaga,hal ni sebab bahasa aku ni dah la tak berapa nak baik,perli memerli tu perkara biasa,.so,kepada yang tak tahan tu memang tak boleh nak berkawan rapat dengan aku dan begitu juga sebaliknya..aku tak reti nak cover lebih-lebih sangat..aku juga tak reti nak tunjuk rasa sayang dengan kata-kata pujangga dan sebagainya..well,dari kecil pun aku memang tak pandai nak tunjuk perasaan aku..banyak perkara aku pendam sengsorang..even family aku pun tak pernah tahu aku ni ada masalah ke tak..muka bahagia je sokmo..aku pun tak paham juga kekadang..cuma kalau aku dah tak tahan sangat,aku xbercakap langsung dengan orang tu..yang tu memang dah tahap kronik..kalau ada sesiapa yang aku langsung tak bertegur tu maknanya memang satu malapetkala yang akan berlaku..haha..terbajet pulak..bukan apa,pada kebiasaanya,bila aku marah atau terasa hati dan sebagainya aku prefer untuk mendiamkan diri supaya aku dapat menahan tangan,kaki dan mulut aku ni dari terbang melayang makan muka orang..tu pasal la time aku marah jangan nak tegur-tegur..hmm..rasa macam dah melalut pula ni..haha..ok la,..tu je ceritanya..
assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..

cara nak bypass website yang disekat oleh skmm

assalam..
siapa tahu SKMM tu apa?
SKMM adalah singkatan bagi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Terdapat beberapa laman web yang telah disekat oleh SKMM dibawah kerajaan Malaysia yang dimana melanggar akta hak cipta 1987 dan kandungan laman download percuma ini telah melanggar undang.Antara laman web yang telah disekat adalah:

1. http://www.warez-bb.org
2. http://www.thepiratedbay.org
3. http://www.movie2k.to
4. http://www.megavideo.com
5. http://www.putlocker.com
6. http://www.depositfiles.com
7. http://www.duckload.com
8. http://www.fileserve.com
9. http://www.filestube.com
10. http://www.megaupload.com

Tetapi,macam biasa,benda yang melanggar undang-undang disamping mendapat faedah ni memang orang suka pun sebab siapa tak nak benda percuma betul tak??Sama la dengan aku pun..haha

Senang je cara nak bypass sekatan ni,caranya dengan menukar Domain Name System atau singkatannya adalah DNS.

1.  Control panel>Network and internet>View network status>wireless network connection
2.  Open wireless network connection>properties



3. Internet Protocol Version 4 (TCP/IPv6) > propertis



4.  Click obtain the following DNS server adress and change the number as the following bellow > ok

Haa..dah siap pun..boleh la dah buka web yang kena sekat tu..hahaha

Tuesday, 4 March 2014

Herbarium


assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
Hari ni nak cerita sikit kisah sedih aku yang kena buat 50 sample herbarium untuk assignment taxonomy aku..huwargh..rasa macam nak menangis pun ada sebab nak buat 20 herbarium pun rasa macam nak cirit..inikan pula nak buat 50..huish..50 herbarium bermakna aku kena cari 50 spesis pokok yang berbeza untuk diherbariumkan..Herbarium dari istilah biologi ni dalam bahasa senang adalah satu kaedah mengeringkan pokok dibawah tekanan dan dijadikan sebagai koleksi bagi tujuan tertentu ataupun kajian..kalau nak buat sumber pendapatan pun boleh la jugak..haha..tapi kaedah ni tak la semudah yang disangka..aspek pemilihan pokok dan bahagian tumbuhan juga penting..setiap bahagian tumbuhan yang matang mesti la dalam keadaan yang baik ,tidak rosak atau diserang penyakit dan sebagainya..memandangkan lecturer aku tak membenarkan kami ambil spesimen dari kumpulan shrub yang mana pokok mempunyai ketinggian bawah 6 meter,itu menjadikan aku sedikit masalah sebab aku ni dah la pendek..nak ambik spesimen pulak pokok yang tinggi..memang kena memanjat sesaja je la..haha..


ni adalah pembahagian lapisan pokok dalam hutan dimana aku tak boleh ambil spesimen dari shrub layer ke bawah..

Kaedah membuat herbarium:













oleh sebab penerangan yang panjang berjela,jadi,aku tangkap je gambar pasal kaedah ni..hahaha

so,semalam aku pun pergi la ke tempat yang mungkin boleh untuk aku kumpul specimen berkenaan..berteman kan empat orang pembantu aku yang tak berapa nak bertauliah,kami pun pergi 
ke taman botani.Tapi aku berterima kasih kepada mereka kerana sudi untuk menemani insan ini hingga aku sempat juga dapat beberapa spesimen untuk assignment aku..hehehe









ada lagi sorang sebenarnya tapi die tukang tangkap gambar..haha

dan tak lupa juga terima kasih kepada teman aku yang tunggu aku cari spesimen sambil menyauk ikan pada 
hari sabtu yang lepas..hehe




























Sunday, 2 March 2014

jalan-jalan

assalamualaikum..
cerita bermula dengan ajakan seorang sahabat lama yang sudah lama tak bersua muka dan tak spend masa bersama sejak habis matrik dulu..hehe..hari ni aku pergi teman kawan aku dari matrik dulu,Aisah namanya pergi beli printer dekat PISA sebab ada pc fair hari ni..sejujurnya,first time aku pergi situ sejak aku menetap dekat Penang ni..setakat lalu tu selalu juga la..tapi ok la..banyak juga gadget dijual tapi orang ramai giler..sesak smpai kan nak lalu pun susah..aku ni dah la jenis yang tak berapa nak suka bersesak ni,dah tadi ada yang jadi mangsa kena tolak dengan aku..duk halang laluan sangat kan..padan muka..hahaha(ketawa jahat)..lepas habis duk pilih printer tu,ada la hospital pulau pinang duk buat derma darah..kawan aku yang excited sangat nak g derma..aku ikut je..last-last,dia tak boleh derma sebab dia makan ubat elergik..so,terpaksa la dia menunggu aku sampai habis..tapi rasa macam sedih pun ada juga sebab sambutan tak berapa nak menggalakkan..samada dah hilang kesedaran dalam diri atau yang pergi PISA tu semuanya tak sihat dah..just think positive je la..tapi ok juga,tak payah aku nak tunggu lama-lama..hehe..lepas derma darah tu tetiba rasa macam nak pitam pun ada,aish..tak pernah aku rasa macam ni selama duk derma darah dari zaman sekolah dulu.,jadinya,orang yang handle tu suruh aku relax jela situ..lama juga duk melepak..tapi aku borak-borak dengan kawan aku la..haha..duduk situ sampai la student cab datang ambil..memang syok pun..nak terlelap dah aku sebab dalam aircond kan..memang sedap sungguh la..haha


sebelum berjimba..hehehe













muka dah tak rhot(larat)..haha
Powered by Blogger.

Popular Posts

google-site-verification: google0ca468971ca12eda.html