Monday, 5 May 2014

kawin CI

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
Tanggal 3 mei yang lalu,tamatlah sudah zaman duda ketua jurulatih Palapes Darat USM,Mejar Hariz Fadzillah bersama seorang wanita ayu yang menjadi pilihan hatinya,cik Syuhada kalau tak silap aku..huhu..majlis pihak lelaki disambut besar-besaran di markas Palapes USM yang dihadiri oleh ramai tetamu dari pihak lelaki dan juga tetamu dalam kalangan kadet dan jurulatih.Macam biasa,bila namanya ada kenduri,ofkos la ada persembahan bagai..ni nak cerita bab persembahan ni la,ekceli,pada mulanya tak terniat langsung di hati ni nak join persembahan..tarian zapin pula tu,.memandangkan dah tak ada siapa yang nak join dan kebetulan pula kawan aku minta tolong aku join sekali dengan hang pa tu semua,aku pun join je la,bukan apa,kesian dekat kawan aku yang sebenarnya..disini aku nak tekankan bahawa,bukan bermakna aku join tu sebab aku ni pandai menari,aku pun jenis minah kayu juga,keras,tak lembut pun,tu pasal la aku masuk PALAPES,haha..cuma niat untuk membantu kawan aku memenuhi kuota yang ditetapkan oleh pihak atasan.

Maka dengan itu,bermula la proses aku melembutkan diri yang tak berapa nak lembut,melonglaikan tangan yang supe kayu ni ha..lawak benau rasa,memandangkan aku join agak lambat,jadi aku agak tercicir dengan koreografi tarian tu,aku cuba untuk catchup apa yang diajar dan alhamdulillah,aku dapat juga akhirnya..haha..seriously,ni la kali pertama aku menari tradisional,aku tak pernah tau pun pasal tarian ni,setakat tengok saja tu ada la,dan memang aku tak pernah menari la pokoknya..first time,i'm a beginner..huhu..dengan tak reti apa ni,aku kena catchup 2 jenis tarian dalam masa kurang dari 2 minggu..haha..penat beb,setiap malam ada latihan.tu tak termasuk petang lagi..latihan pula dari jam lapan dan kadang-kadang nak pukul 12 baru siap..semata-mata untuk memperkemaskan step kami yang comot tu..dalam minggu ni,aku perasan juga la yang berat aku dah turun sikit,gila bak hang,kalau hari-hari aku menari,mau jadi angelina jolie rasanya..kurus gitu..aum2..hahaha..















Latihan berterusan sehingga la hari kejadian,seperti biasa,perempuan,tarian dan MEKAP ni memang tak dapat dipisahkan..muka aku ni dah macam opera dah sebab tampal macam-macam,campur dengan eyeshadow bagai,..malu juga rasa nak berhadapan dengan orang dan kawan-kawan sebab tu pun kira pertama kali aku bermekap sakan..tak pernah dalam hidup aku ni duk pakai eyeshadow,tu la first time..selama ni duk tengok orang je pakai,aku ni memang jenis yang malas nak menconteng muka ni..

mekap artis and also my dearest friends whose always support me in this harsh life,
love you guys,no words could express my grattitude..
haha..hancuss english aku..

abaikan aku yang dah macam opera cina tu..


Ketibaan pengantin disambut dengan kawad dari Pegawai muda dan Pedang,Sword Barrel nama die..ntah betul ke tidak aku eja tu,pepandai la gi google sendiri..aku malas nak menggoogle..ngeh3..dan selepas itu,pengantin dirai dengan paluan kompang oleh kadet PALAPES sebelum mempelai melaksanakan acara memotong kek langsung menjamu selera.



Maka dengan itu,masa yang ditunggu telah tiba,kami diminta menyembahkan persembahan ketika mempelai sedang menyantap makanan mereka..hehe..berdebar tu terasa la juga memandangkan aku orang pertama yang kena masuk dulu..huhu..tapi buat kering je la..haha..menari je,muka kena senyum walau salah..haha..memang ada pun salah masa tu,lupa step..tapi pandai juga la cover skit-skit..hehehe..dan akhirnya semua selamat dan alhamdulillah kami menerima pujian dari penonton..bukan senang nak tengok kakak2 askar menari zapin..haha

ni sebelum nak masuk buat persembahan,dan lagi bergambar..
dah la panas giler,cair mekap den..haha


Barisan VVIP,aku baru je nak cop tempat ni,dah ada yang sanbar dulu..
panas hati..haha

Penari yang tak cukup ahli..haha






setiap kali makan,automatically muka aku menjadi overexcited cenggini,
aku pun tak paham..haha..







Lepas menari tu aku balik bilik sebab dah penat,tidur dulu seround sebab petang tu aku cadang nak gi tengok perlawanan hoki last dekat stadium hoki USM memandangkan kawan aku merupakan pemain hoki yang akan bertanding,,just datang bagi support walaupun dia tak tahu pun kitorang datang sambil-sambil tengok orang lawan..haha


ni la kawan aku,nampak tak die punya kesungguhan nak menang tu?sampai tertonggeng-
tonggeng nak ambil bola..hehe..apa2 pun,good job dear..ngeh3

kite nampok rainbow..ngeh3

Tu je la kot entry kali ni..hehe..jumpa lagi di lain waktu,assalamualaikum...

Sunday, 4 May 2014

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
rasa macam dah lama tak update blog ni..hehe..hari ni aku nak cerita satu benda yang tak ada tajuk yang dapat mendescribekan betapa perasaanku ini..hahaha..koya nau rasa..
ok la,pernah tak anda rasa bagaimana perasaannya bila seorang rakan yang baik dengan kita diumpat didepan kita sendiri?aish,boleh paham ke ayat ni?haha..paham2 sendiri la yer..
jadi,ceritanya bermula apabila aku pergi training hari tu,adalah due tiga ekor makhluk ni duk bersembang la pastu pergi mengumpat member aku ni depan-depan aku pulak dah..adui..panas betul telinga aku ni..rasa macam nak pergi koyak je mulut-mulut diorang tu..mungkin diorang tak tahu yang aku agak rapat juga dengan kawan aku yang diorang mengumpat tersebut..sebelum aku naik darah dan terjadinya pergelutan dekat situ,ada baiknya aku menjauhkan diri aku dari mendengar benda-benda yang menyakitkan hati aku..mulut orang memang tak boleh nak tutup tapi kita boleh jauhkan diri dari mendengarnya..aish,aku ni memang la tak boleh bila ada orang duk mengata kawan-kawan yang rapat dengan aku ni,dengan aku sekali terasa..aku pula yang rasa marah..bengang semua ada la..pokok pangkalnya,apa yang orang cakap benda tak baik tentang kawan aku,aku tak boleh nak terima sangat sebab aku kenal kawan-kawan aku.yang ni macamana,yang tu macamana sama la juga dengan family aku,aku memang tak boleh nak dengar orang cakap buruk dekat orang-orang yang aku sayang..lgpun aku memang anti bila orang duk main serkap jarang ni,main tuduh-tuduh,cakap orang tak buat kerja dan sebagainya la..aku pun tak paham dengan orang ni,bukan nak membantu ke apa,lagi menyusahkan ada la,lepas tu main cakap belakang pula,suka sangat jaga tepi kain orang..tu belum masuk yang suka cari salah orang lagi..erm,manusia-manusia,memang tak boleh tengok orang duduk senang agaknya..ada je yang tak kena..susah la hidup kalau macam tu sokmo..


Dear haterss,
don't judge or insult me and my dear ones
for our flaws and mistakes
when you can't even see your own.








Monday, 28 April 2014

Fieldwork at Gunung Jerai

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
26 haribulan,..kami semua pelajar subjek tropical rainforest telah mengikuti satu kerja lapangan yang telah diadakan di puncak Gunung Jerai,Yan,Kedah Darul Aman..tujuan kerja lapangan ini dibuat adalah untuk tugasan kami sepanjang waktu lab yang telah ditukarkan kepada kerja lapangan oleh lecturer kami memandangkan subjek yang kami register tu lebih tertumpu kepada kerja-kerja luar berbanding dalam lab semata-mata..walaupun dalam hati ni ada juga la perasaan terkilanya sebab tak dapat nak join kawan aku pergi tengok kawan aku yang lain masuk kawad pertahanan waktu konvokesyen yang jatuh pada hari yang sama..tapi apa boleh buat..pelajaran lagi penting..maka berlayarlah aku ke negeri Darul Aman..huhu..Perjalanan tak mengambil masa yang lama pun..ibarat kau pejam mata tidur sekejap..pastu buka mata,dah sampai..haha..aku pun tak tau berapa jam..lupa nak kira..hehe..
Sebenarnya aku pun tak reti nak cerita macam mana dari pokok pangkalnya..apa yang aku boleh cakap adalah panjat gunung jerai tu sangat best dan mencabar mental sungguh..haha..kalau tak percaya,pergi la try sendiri..malangnya kami tak sampai dekat betul-betul puncak,mungkin dalam 1kilometer lagi ke puncak sebab kami punya tapak projek bukan di puncak gunung..even macam tu pun,suhu di tempat kami berlabuh serendah 24 degree at noon..cuaca yang sgat nyaman dan sejuk gitu,rasa macam dalam aircond pun ada..tempat kami berhenti mencapai ketinggian 11000 meter dari aras laut..ketinggian Gunung Jerai adalah 12000 meter dari paras laut..huish,tinggi tu..sepanjang perjalanan ke tapak projek,kami terserempak dengan ramai orang awam yang sedang berhiking,hebat betul mereka ni,kami tak berkesempatan nak berhiking sebab masa yang diperuntukkan tidak banyak,jadi kami terpaksa naik van sehingga ke sebuah resort yang bernama Regency Jerai Hill resort dan berjalan kaki memanjat gunung dalam 1kilometer lebih..memang la nampak macam 1 kilometer tu pendek je perjalanan tapi itu bila berada di tanah rata..bayangkan bila berada di lereng gunung..mau tercabut lutut mak ni haa..tapi lecturer aku memang sangat fit..umur dah 43 tapi steady je naik gunung tu..kalau lelaki,nampak biasa,ni perempuan..dah beranak pinak pula tu..fuh,memang salute la dengan makcik tu..kih3..sampai di tapak,kami membahagikan tugas untuk tugasan..apabila kerja berkumpulan,semua benda jadi mudah dan cepat,memang syok..tambah pula kumpulan aku memang jenis yang masuk air belaka,lagi la seronok..orang lain duk tengah kaji-kaji pokok lagi kitorang semua dah selesai,sempoi je tunggu orang lain sambil masing-masing buka bekalan yang dibawa untuk kongsi beramai-ramai(among group aku je la)..haha..lawak..

kawasan pintu masuk

jalan sepanjang gunung yang diturap

muka kepenatan

lantai yang warna coklat tu ekceli pada asalnya adalah sebuah batu besar,lama kelamaan batu tu terhakis dan jadi landai macam dalam gambar ni..

sejenis spesis ulat gonggok yang mempunyai cengkerang yang agak keras dan berkilat

ni la tugasan kitorang untuk menghasilkan profil diagram untuk mountai forest







coursemate aku yang terlebih ketum..haha

masa ni,awan datang ..haha..camne aku nak bagitau yerk,.pernah tak tengok gunung kena tutup dengan awan???so,awn tersebut la y aku maksudkan..hahaha


monopod sgat..boleh blah..hahaha


Thursday, 24 April 2014

miss my friend

assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
berkaitan dengan tajuk entry kat atas tu,aku akui yang aku amat dan teramat-amat merindukan sahabatku..sahabat yang menjadi tempat aku meluahkan segala masalah,pendapat dan tempat dimana aku meluangkan masa bersama..tapi apakan daya..di pertengahan semester ni..semua orang sibuk belaka..memang tak ada masa nak melepak dan berborak macam biasa..tapi takkan aku nak mengaku dekat dia pulak yang aku punya perasaan rindu tu..malu la plak rasa,karang dia pikir apa la pula..tak memasal aku pula yang dicop syok sendiri..kesian juga la dekat diri aku ni..haha..aku tak pasti sama ada terlalu sibuk atau sebaliknya...haha..positive2..mungkin banyak kerja agaknya..tak macam aku ni,duk goyang kaki pagi petang siang malam..hahaha..bukan tak ada assignment tapi malas nak rasa stress lebih-lebih sgat..selagi tak due,selagi tu la aku tak buat kerja..haha..teruk nau..hehe..kenapa ada perasaan rindu yang melampau macam tu..mungkin ikatan persahabatan yang semakin rapat membuatkan aku rasa begitu..tapi jangan salah faham,ini bukan bermakna hatiku terpaut atau sebagainya jika sahabatku ini seorang yang berlainan jantina,tapi tak salah kan merindui sahabat sendiri..rasanya tidak berdosa pun..erm,jika kawan perempuan,aku boleh pergi ke bilik mereka dan berborak,mengacau dan sebagainya..macamana pula dengan sahabat lelaki?adakah aku perlu geledah blok lelaki tu semata nak pergi jumpa dia ajak berborak..giler apa..tak memasal tak graduate pula aku ni nanti..duk sorang-sorang boleh buat aku teringat perbualan yang lalu..aku pun ad rasa nak gelak juga..kekadang saja duk ingat sebab dah rindu sgat la konon..haha..haktuiih..even macam tu pun,aku diamkan diri sahaja,takut diri ini mengganggu kala kesibukan yang membelenggu mereka..huhu..tp,aku ni memang jenis yang payah sikit..kalau dah baik dengan orang,memang macam ni la perangai aku..orang pun naik rimas juga lama-lama..hehe..bukannya aku tak ada kawan lain tapi dekat universiti ni la secara jujurnya aku jumpa sahabat suka duka aku..bukanlah dekat sekolah dulu aku tak ada kawan tapi cabaran dekat sekolah dulu tak sama macam sekarang,tambahan pula dengan aku yang masuk PALAPES ni..dekat sini la kita nak kenal sahabat yang sebenar..erm,rasanya tak perlu untuk aku tulis pepanjang sebab aku memang malas nak tulis,..hahaha..assalamualaikum.

Wednesday, 23 April 2014

buku part 2

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
Usai menonton cerita hindustan Chori-Chori Chupke-Chupke dekat bilik tv bersebelahan dengan bilik aku,maka aku pun pulang ke bilik..alangkah terkejut terpandangkan makhluk berwajah hitam legam di katil sebelah..lepas diamati,roomate aku rupanya..ingatkan dayang senandung mana pula malam-malam buta macam ni..hahaha..dia duk bubuh masker charcoal yang warna hitam tu..mana la aku nak cam,dengan lampu tertutupnya lagi..nasib aku tak pelangkung terus tadi,kalau tak,ada juga yang arwah malam ni..haha




Sebelum ni aku ada post update yang title dia "buku"..ekceli,ni sambungan dia..adoi,pasal pulak banyak nyamuk memalam ni..gatal pula rasa..ha,kan dah termelalut..dulu aku amat dan sangat suka membaca..malangnya,bila dah masuk universiti ni..aku makin lama makin kurang membaca dan akhirnya berhenti macam tu je memandangkan sibuk dengan kehidupan kampus dengan pelbagai assignment,ko-k dan macam-macam lagi la aktiviti...haish,teruk pula rasa..lately,aku mula sedar,tanpa membaca,hidup aku jadi macam kosong,tak tahu apa-apa..takkan nak mengajak kawan duk melepak berborak sepanjang masa,diorang pun tak larat nak melayan..thats why dulu aku habiskan masa dengan membaca tak kesah apa jenis gendre pun aku sebat..tapi aku lebih suka buku yang membawa manfaat dan bukan koya semata-mata..hehe..kenapa suka buku?buku merupakan kawan yang terbaik bagi aku sebabnya,book can't talk,have no feel,so..books have no complain and no demands unlike human..walau macamana pun..aku kawan la dengan manusia,bukannya aku ni ulat buku sangat pun..hehe..jadi,bagi memulakan kembali apa yang terhenti sejak sekian lama,aku buat pinjaman buku dekat kawan aku,budak sastera..Qusyaimah namanya..hehe..mek ni banyak buku ilmiah,walaupun kebanyakkannya bertajuk cinta..tapi jangan salah faham..cinta tak semestinya dengan pasangan sahaja.ada juga cinta kepada Allah,kepada ibubapa,sahabat handai dan banyak lagi..jangan sempitkan fikiran kita pada satu konteks sahaja..betul ke ayat aku tu?aih,ni kalau budak bahasa baca post aku ni mau kena komen..ayat terabuq..haha..maka,aku start balik membaca..seronok,aku mula jumpa balik diri aku yang dulu..hehe..sejujurnya,aku mula lost duduk di universiti ni..macam tak jumpa diri sendiri,malas yang teramat-amat..nasib baik aku mula sedar apa yang terjadi walaupun bukan 100 percent boleh ubah..





Wednesday, 16 April 2014

singing

assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,,
ni nak cerita sikit pasal hobi aku dikala waktu lapang dan bukan waktu lapang pun aku buat juga benda ni..hehe
benda ap?menyanyi la...haha
aku bukannya nyanyi atas stage,competition,pusat karoke dan sebagainye..,aku menyanyi dalam jamban je pun..tapi still rasa seronok..dekat dalam shower ni la masanya kau nak asah bakat nyanyian ala-ala terpendam kononnya tu..hehe..disamping tak mengeluarkan kos dan membazirkan tenaga,kau juga boleh merasa sejuk tanpa perlu memasang aircond akibat dari pancuran air dalam shower tersebut..disamping itu,kau boleh juga menari tarian agogo,salsa,gelek gerudi dan sebagainya dalam tu tanpa rasa segan silu sebab tak ada siapa pun nampak kau buat apa..haha..cara cakap nampak macam ada pengalaman je..keh3..
Tapi bila aku ada masa dan terlebih rajin sedikit,aku akan mengajak teman-teman ke bangunan PALApES dimana terdapatnya peralatan karaoke yang lengkap..maka tanpa segan silu,kami pergi la melepas gian dekat situ sebab free je pun..nak karaoke dekat luar kena keluar duit la pula dengan transport bagai..malas juga rasa..hehe..tapi malang juga la nasib aku sebab terkantoi dengan jurulatih aku yang aku ni kaki karaoke..
macamana boleh kantoi?ceritanya begini,kebetulan pada hari aku duk melalak dekat tingkat bawah markas,jurulatih aku turun untuk baiki benda alah y karaoke tu la..aku pun tak tau apa ke namanya..dia pun ternampak la aku di situ,..maka bermula dari hari dan saat tersebut,aku telah dilabel sebagai kaki karok oleh stapku yang tersayang iaitu Stap Mohd Fauzi Shariff Hussien..
Dan kerana kekantoian tersebut la aku dipaksa untuk menyanyi di kem tahunan yang lepas..malu doo...tapi disebabkan stap duk ugut aku kononnya kalau aku tak nyanyi,tak ada siapa boleh tidur malam tu..padahal nya masa tu kawan aku hok yang syok tengah bercouple tu yang kena nyanyi..aduii..bengkek je hati kita ni..demi untuk menyelamatkan aku dan sahabat lain,aku pun dengan rela walau terpaksa,bangun dan menyampaikan sebuah lagu yang bertajuk rolling in the deep by adele..saje aku nyanyi lagu inggeris bagi semua tak paham..senang sikit,tak ada la orang nak concentrate sangat..ngeh3..
Dalam orang tak paham tu,esoknya aku kena juga nyanyi..lagu yang sama pulak tu..haish..nak tak nak,nyanyi je la,karang tak pepasal semua yang kena..redho je la diri ini menyanyi tanpa perasaan..aku pun naik pelik,dalam kem ni,setiap malam pula buat karaoke..tak bosan ke?pelik sungguh..yang lemahnya kena tunggu sorang-sorang pula nyanyi..lemas telinga gua ni bro..mata pun stim je ngantuk sngat tp mau tidur pun tak boleh,alamatnya,duk je la situ dengan muka penuh kerehedaan ke hadrat ilahi..kui3
balik dari kem,ingatkan aku dah terlepas dari buat persembahan,rupanya nasib tidak menyebelahi diri ini..semuanya berpunca dari kurangnya prepairation bagi persembahan lakonan dari peringkat kami pada malam tu..jadi dengan senang dan mudahnya tugas tu diberi kepada aku untuk melaksanakannya..macam satu bebanan pula rasa..ikutkan hati aku,memang malas bebenau tapi kawan aku minta tolong dengan aku..aku tak boleh betul bila orang baik dengan aku minta tolong..lemah iman ni bai..mudah sangat goyang..rela hati je la aku kena buat,,takkan aku nak biar peringkat aku tak ada persembahan..malu la,dan takkan aku nak biar kawan aku  nyanyi lagu dangdut..xmau la aku.,tak pepasal benda tu jadi bahan....aku pun tak rela nak tengok kawan aku kena kutuk dekat belakang dan dimalukan..kalau aku sorang je yang malu tak ape,aku boleh buat tak kisah je..Maka,aku pun melangkah atas stage buatan tu ditemani wan ali yang duk tepi stage bagi support la konon..kui3..bayangkan kau sorang-sorang tanpa muzik,tanpa props,tanpa apa-apa..kau sorang duk berdiri bodo situ..kena buat persembahan pada semua warga palapes yang berpangkat tinggi pun ada,yang pangkat kolonel tu duk depan aku ni ha..aku tengok muka masing-masing macam nak telan aku pun ada..konfem la cuak kan..aku pun cuak.tapi buat relax je..bajet macho baq hang..haha..dengan selamba badak,tapir cipan dan tenuk..aku pun buat intro skit kononnya persembahan dari intermidiate dan blablabla..then,mula la nyanyi..lagu rolling in the deep tu juga la..tak ada lagu lain pun..otak aku tak boleh nak berfikir dah masa tu..ngeh3..
alhamdulillah lepas juga aku nanyi lagu tu walaupun tekak aku ni sakit sebab memang masa tu aku duk sakit tekak pun..hahaha..


so,terima la single terbaru dari saya,kuang3..haha..xd la,aku xtau nak cakap benda dah pasal video ni,macam hampeh jer..huhu..memandangkan xd sapa pun tengok blog ni,aku main taruk je la..haha


tu la padahnya bila tak berjaga-jaga dalam membuat tindakan..kan kantoi..aduiii..penat sungguh..
erm,tu je la kot cerita aku..assalamualaikum..


Monday, 14 April 2014

belajar menghargai...

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
aku pun tak tau macamana nak mula denga title yang macam tak berape nak sesuai gitu..hahaha..
bila cerita bab-bab menghargai ni..aku tak reti sangat nak jelaskan macamana..
macamana nak klasifikasikan term 'hargai' ni..sesiapa ada idea??hehe
Menghargai ni pada aku lebih kepada mensyukuri setiap apa yang kita miliki..
sebagai contoh,menghargai ibu bapa yang banyak menabur jasa dan pengorbanan,menghargai sahabat,menghargai guru,menghargai masa,nyawa  dan macam-macam lagi la..aku nak terang lebih-lebih pun tak pandai juga..hehe
bila ada kata,hargai la aku..nak hargai macamana?adakah dengan sujud,melutut,menyembah,memuji melambung tinggi tu sama maksudnya dengan menghargai?adakah dengan memberi hadiah dan sebagainya tu boleh dikatakan menghargai??
sebenarnya agak sukar untuk diterjemahkan maksud tersirat menghargai ni..aku pun naik pening dah nak fikir balik...
Pada aku cukupla sekadar menghargai dengan cara melayan aku dengan sewajarnya..bukan minta untuk dibelai,disayangi dan dimanjai tapi layanla aku sebagaimana kamu mahu orang lain melayan dirimu..haa..paham tak?
macamana nak menghargai?senang je..belajarla berfikiran positif terhadap orang lain dan sentiasa berterima kasih,hormat menghormati pun penting demi membina ukhwah fisabilillah..eh,cam tersasar pula..sebenarnya macam-macam lagi boleh buat,kalau aku senaraikan maunya minggu depan baru siap entry ni..hehe..ada yang kata,kalau ingin diri untuk dihargai,belajarlah menghargai yang lain terlebih dahulu....dan ada pula yang mengatakan belajarlah menghargai diri sendiri terlebih dahulu supaya yang lain bisa menghargaimu..kalau ikutkan aku,dua-dua boleh pakai dan ada logiknya..apa yang logik?pikir la sendiri..hehe
Cuma apa yang aku nak tekankan dekat sini,belajarlah menghargai apa yang diri kita ada sekarang,apa yang ada didepan mata,bukan bila dah tiada baru nak hargai..,erm,sudah lumrah manusia,merindui pada yang jauh,menghargai pada yang tiada..kenapa waktu hidup mereka tidak dihargai ?susah sangat ke menghargai apa yang ada di depan mata?
bila berjauhan baru terasa rindu sedangkan bila ada dipersenda,di buat tidak tahu sahaja..wajarkah dulu tidak dipedulikan tapi bila tiada mula diperlukan?bila tiada baru rasa terkilan?mahukan diri menyesal dikemudian hari?sanggupkah kita menanggung penyesalan bila yang tidak diperdulikan kembali kepada penciptanya?
Terkadang aku pun terfikir juga..aku ingin diri aku dihargai tapi aku kurang menghargai orang..layakkah aku mendapat penghargaan?semestinya tidak bukan?..kenapa susah nak mengahargai orang?sebab utama adalah "EGO"..sifat ni ada pada semua orang termasuk aku..tidak dinafikan aku punya ego yang sangat tinggi..siapa yang tak kenal diri aku akan kata aku jenis yang sombong dan macam-macam lagi la..mungkin aku perlu kurangkan ego aku tu sikit kot supaya tiada yang terasa hati dengan diri aku yang tak sempurna ni..aish,kenapa makin panjang aku tulis,makin melalut pula aku rasa post ni..caik,dah boleh jadi macam hipotesis pula..hahaha..













ok la..itu saja kot post aku kali ni..assalamualaikum..










Powered by Blogger.

Popular Posts

google-site-verification: google0ca468971ca12eda.html