26 haribulan,..kami semua pelajar subjek tropical rainforest telah mengikuti satu kerja lapangan yang telah diadakan di puncak Gunung Jerai,Yan,Kedah Darul Aman..tujuan kerja lapangan ini dibuat adalah untuk tugasan kami sepanjang waktu lab yang telah ditukarkan kepada kerja lapangan oleh lecturer kami memandangkan subjek yang kami register tu lebih tertumpu kepada kerja-kerja luar berbanding dalam lab semata-mata..walaupun dalam hati ni ada juga la perasaan terkilanya sebab tak dapat nak join kawan aku pergi tengok kawan aku yang lain masuk kawad pertahanan waktu konvokesyen yang jatuh pada hari yang sama..tapi apa boleh buat..pelajaran lagi penting..maka berlayarlah aku ke negeri Darul Aman..huhu..Perjalanan tak mengambil masa yang lama pun..ibarat kau pejam mata tidur sekejap..pastu buka mata,dah sampai..haha..aku pun tak tau berapa jam..lupa nak kira..hehe..
Sebenarnya aku pun tak reti nak cerita macam mana dari pokok pangkalnya..apa yang aku boleh cakap adalah panjat gunung jerai tu sangat best dan mencabar mental sungguh..haha..kalau tak percaya,pergi la try sendiri..malangnya kami tak sampai dekat betul-betul puncak,mungkin dalam 1kilometer lagi ke puncak sebab kami punya tapak projek bukan di puncak gunung..even macam tu pun,suhu di tempat kami berlabuh serendah 24 degree at noon..cuaca yang sgat nyaman dan sejuk gitu,rasa macam dalam aircond pun ada..tempat kami berhenti mencapai ketinggian 11000 meter dari aras laut..ketinggian Gunung Jerai adalah 12000 meter dari paras laut..huish,tinggi tu..sepanjang perjalanan ke tapak projek,kami terserempak dengan ramai orang awam yang sedang berhiking,hebat betul mereka ni,kami tak berkesempatan nak berhiking sebab masa yang diperuntukkan tidak banyak,jadi kami terpaksa naik van sehingga ke sebuah resort yang bernama Regency Jerai Hill resort dan berjalan kaki memanjat gunung dalam 1kilometer lebih..memang la nampak macam 1 kilometer tu pendek je perjalanan tapi itu bila berada di tanah rata..bayangkan bila berada di lereng gunung..mau tercabut lutut mak ni haa..tapi lecturer aku memang sangat fit..umur dah 43 tapi steady je naik gunung tu..kalau lelaki,nampak biasa,ni perempuan..dah beranak pinak pula tu..fuh,memang salute la dengan makcik tu..kih3..sampai di tapak,kami membahagikan tugas untuk tugasan..apabila kerja berkumpulan,semua benda jadi mudah dan cepat,memang syok..tambah pula kumpulan aku memang jenis yang masuk air belaka,lagi la seronok..orang lain duk tengah kaji-kaji pokok lagi kitorang semua dah selesai,sempoi je tunggu orang lain sambil masing-masing buka bekalan yang dibawa untuk kongsi beramai-ramai(among group aku je la)..haha..lawak..
kawasan pintu masuk
jalan sepanjang gunung yang diturap
muka kepenatan
lantai yang warna coklat tu ekceli pada asalnya adalah sebuah batu besar,lama kelamaan batu tu terhakis dan jadi landai macam dalam gambar ni..
sejenis spesis ulat gonggok yang mempunyai cengkerang yang agak keras dan berkilat
ni la tugasan kitorang untuk menghasilkan profil diagram untuk mountai forest
coursemate aku yang terlebih ketum..haha
masa ni,awan datang ..haha..camne aku nak bagitau yerk,.pernah tak tengok gunung kena tutup dengan awan???so,awn tersebut la y aku maksudkan..hahaha
monopod sgat..boleh blah..hahaha


0 comments:
Post a Comment