Sehari demi sehari..mengajar aku untuk menjadi lebih dewasa..setiap apa yang berlaku dalam hidup aku tak kira pahit manis pun banyak mengajar untuk aku lebih berfikiran terbuka dan berfikir dengan lebih matang..ak bersyukur dikurniakan roomate yang banyak mengajar aku erti kehidupan walau pada mulanya kau bersikap tidak endah akan kehadiran dia dalam hidup aku..dia banyak menasihat aku ketika aku lalai dalam menunaikan suruhan maha esa...aku cuai dalam menjalankan tanggungjwab sebagai seorang ummatNya..kini aku cuba untuk berubah menjadi seorang yang yang jauh lebih baik dari sikap aku yang dulu tak matang tu..walau macam tu..kadang2 perangai budak2 tu terkeluar jugak mengikut keadaan..haha..aku cuba untuk tidak lagi bersikap prejudis..memang sikap aku jenis yang tak suka ambil tahu hal orang lain sebb aku lebih selesa begitu..aku tak suka untuk campur tangan urusan orang..y penting..ak nak berubah..people change due the time and xperiance..so do I..chill..:p
.
Thursday, 10 October 2013
Tuesday, 17 September 2013
bad mood!!
hari ni entah la kenapa aku bad mood sangat..mungkin kerana aku tidur petang tadi sampai nak ke magrib jugak la sebab penat sangat semalam duk berborak sampai ke pukul 4 pagi.Balik dari lab tadi tak sampai 2,3 jam,aku terus terlentok atas katil..penat rasa..malam ni ad perjumpaan untuk fitik makan malam rejimen la pulak..kalau ikutkan hati ni,malas giler rasa nak pergi tapi kesian pulak orang lain yang dah susah payah buat kerja itu ini..
Monday, 9 September 2013
second year is started
lepas dua bulan menetap dekat rumah,akhirnya nak tak nak,masuk balik la usm untuk sambung belajar..first day sangat sibuk,dengan jalan yang sesak,orang ramai almaklumla budak first year baru masuk.yang membuat bertambah sesak usm ni sbb tender bas baru tukar jadi perjalanan perlajar ni jadi sedikit konpius sebab baru trial je sistem bas ni,semua jadi macam first year balik la,nak naik bas pon dah konpius,huhu..lucu betol,
Wednesday, 4 September 2013
umpat dan hasad dengki
Adalah menjadi satu perkara normal bila semua orang mula mengata pasal orang lain@mengumpat .Apabila membicarakan hal yang benar tentang sikap atau percakapan seseorang kepada yang lain itu lah yang dinamakan mengumpat,tetapi membicarakan perkara yang tidak benar terhadap orang lain pula dikatakan fitnah..Rasanya tidak perlulah aku mengeluarkan hadis,fatwa mahupun hukum bagi sesiapa yang mengumpat sesama sendiri kerana aku percaya semua orang pasti sedia maklum tentangnya.Memang benar kadang-kadang akan timbul rasa ketidak puasan hati ataupun ketidak selesaan antara satu sama lain tapi kita haruslah sentiasa berfikir bahawa setiap manusia itu tiada yang sempurna kecuali rasulullah S.A.W.Justeru,jika kita tidak menyenangi sesuatu perkara itu,haruslah kita berterus terang kepada mereka tetapi untuk melakukan demikian,kita haruslah kuat dari segi mental dan fizikal serta pandai menyusun ayat yang betul untuk mengelakkan mereka berkecil hati dan tidak dapat mesej yang kita sampaikan kerana manusia mempunyai ego mereka yang tersendiri,kita haruslah pandai dalam menyampaikan setiap bicara yang mahu kita katakan.Akan tetapi,tidak ramai yang suka berterus terang tentang perkara yang sebenar dan hanya mengambil langkah mendiamkan diri di hadapan tetapi bercakap di belakang.Fenomena ini,biasa kita lihat dalam setiap lapisan masyarakat tidak mengira bangsa,jantina,pangkat,darjat dan sebagainya.Kita haruslah cuba untuk membayangkan jika perkara yang sama terkena pada diri kita,apa perasaan kita?apa perasaan anak beranak kita jika mendengar orang lain mengata kita iaitu keluarganya?pasti sakit hati bukan.Itu lah perasaan mereka yang telah kita umpatkan.Aku juga bukan lah terlalu baik hinggakan tiada langsung aku mengumpat orang lain,aku sedar aku juga sama.Aku publish post ni sebab aku juga sedar bahawa kita semua perlu untuk menyedari implikasi mengumpat ni kerana hasil darinya,bukan sahaja keluarga,negara dan dunia juga akan berpecah belah.Itulah agenda syaitan yang telah berjanji untuk membawa manusia kearah kemungkaran dan kesesatan.Langkah yang terakhir sekali yang perlu ambil jika semua cara yang kita lakukan tiada kesan buat mereka dan mereka masih belum berubah adalah menjauhkan diri kita dengan orang yang kita tidak senangi untuk mengelakkan diri dan hati kita bertambah tidak senang denga mereka kerana itu lebih baik daripada bermuka-muka di hadapan mereka dan mengumpat di belakang mereka...Tetapi,lain pula ceritanya kepada individu yang sentiasa mempunyai perasaan hasad dengki kepada kesenangan,kebahagiaan orang lain,.hal yang ini bukan sahaja menyumbang kepada perlakuan mengumpat orang semata tetapi mereka sanggup memfitnah orang lain demi untuk melihat kehancuran dalam hidup orang lain.Hal ini amat berlainan dengan mengumpat yang biasa-biasa ni.Individu seperti ini lebih berbahaya kerana mereka sanggup melakukan apa cara sekalipun untuk kepuasan mereka.
Sunday, 1 September 2013
pendaftaran usm
1 September(semalam) merupakan tarikh hari pertama budak-budak degree masuk ke usm,sama la macam aku dulu cuma bezanya sekarang aku dah second year,teringat balik kisah hari pendaftaran tahun lepas,memang sesak sgat jalan dekat dalam tu,nasib baik jumpa juga akhirnya tempat nak daftar dan ambil kunci bilik,
barang-barang nak masuk usm,byak jugak tu
dekat sini la tempat aku mula-mula daftar
Aku ditempatkan dekat desasiswa saujana tapi lepas join palapes aku terpaksa dipindah ke desasiswa indah kembara sebab senang untuk budak-budak palapes nak jalankan latihan di markas yang berhampiran desasiswa aku yang baru tu.
plus size wear
Sekarang ni dah tak susah nak cari baju besar sebab banyak orang duk jual baju online,ni antara link laman web yang jual baju besar-besar:
- https://www.facebook.com/pages/Big-Size-Tshirt-Malaysia/415541325167927
- https://www.facebook.com/curvaceous.clothing/photos
- https://www.facebook.com/colornstyle
- https://www.facebook.com/comel.houz/photos_albums
- https://www.facebook.com/cucucambereboutique
- https://www.facebook.com/MalaysiaPlusSize
- http://eleisurefashionhouse.blogspot.com/
- http://www.topgirl.com.my/home
- http://projectplushionista.blogspot.com/2013/03/plus-size-shopping-in-malaysia-outfit.html
- http://jessabellapluzsizestealz.blogspot.com/
- https://www.facebook.com/byAnysSyuhada
- http://qistinacloset.blogspot.com/
- http://www.peace.my/
Selamat bershopping la yer
my lovely cousin..
Semalam hari yang paling seronok sebab kitaorang pergi melawat sepupuku yang sgat comel,rasa macam nak gigit je pipi dia,seronok dapat main dengan Akma,nasib baik dia jenis yang tak suka menangis,baik je,duduk dekat sesiapa pun boleh,aku dengan kakak aku pun apa lagi,kelek la budak kecil tu kesana ke mari,huhu.Rasa macam nak pergi melawat dia hari-hari je tapi tu la pasalnya,jauh pulak dari rumah,sekali sekala je la dapat jumpa,lepas ni lambat pula la baru dapat main dengan akma sem baru dah buka minggu depan.nak tengok gambar sepupu ak?ni la dia,comel tak?
Gambar ni masa sepupu aku(Che Mohd Akma) baru sebulan,sekarang ni dia dah 4 bulan dah,sekearang bertambah comel pun,geram saya,huhu
Subscribe to:
Posts (Atom)
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Assalamualaikum.. Seperti yang dikatakan,Pulau Pinang sebagai syurga makanan,memang tidak dapat disangkal lagi tentang kesahiha...
-
Assalam.. Hari ni ada gotong royong waktu latihan palapes,minggu ni aktiviti agak free sedikit sebab kami baru sahaja tamat kem tahunan min...
-
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.. Its been a long time for me to reupdate my own site.While being in a hectic schedule this past m...
-
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.. rasa macam dah lama tak update blog ni..hehe..hari ni aku nak cerita satu benda yang tak ada taj...
-
ANDA BERANI???? Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.. Bila sebut perkataan PALAPES,aku tau,masih ramai yang t...
-
assalamualaikumwarahmatullah.. sedang aku berjalan ke tapak projek,tetiba terlintas dekat otak ni nak pergi cek akaun bank sekejap memandan...
-
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.. long time no see..for mybe the first time adanya event for us as botanist after 3 years being...
-
Assalamualaikum,. It take a long time for me to keep updating my blog, So many thing happened in this past semester. Even thought things ...
-
It raining outside and i'm crying inside, i have a heavy heart, there were dying by time, there were no emotions left, i'm drown...
-
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Jam 1.15 pagi,baru aku pulang ke bilik lepas bersembang dengan seseorang yang aku dah anggap maca...
google-site-verification: google0ca468971ca12eda.html






