Wednesday, 4 September 2013
umpat dan hasad dengki
Adalah menjadi satu perkara normal bila semua orang mula mengata pasal orang lain@mengumpat .Apabila membicarakan hal yang benar tentang sikap atau percakapan seseorang kepada yang lain itu lah yang dinamakan mengumpat,tetapi membicarakan perkara yang tidak benar terhadap orang lain pula dikatakan fitnah..Rasanya tidak perlulah aku mengeluarkan hadis,fatwa mahupun hukum bagi sesiapa yang mengumpat sesama sendiri kerana aku percaya semua orang pasti sedia maklum tentangnya.Memang benar kadang-kadang akan timbul rasa ketidak puasan hati ataupun ketidak selesaan antara satu sama lain tapi kita haruslah sentiasa berfikir bahawa setiap manusia itu tiada yang sempurna kecuali rasulullah S.A.W.Justeru,jika kita tidak menyenangi sesuatu perkara itu,haruslah kita berterus terang kepada mereka tetapi untuk melakukan demikian,kita haruslah kuat dari segi mental dan fizikal serta pandai menyusun ayat yang betul untuk mengelakkan mereka berkecil hati dan tidak dapat mesej yang kita sampaikan kerana manusia mempunyai ego mereka yang tersendiri,kita haruslah pandai dalam menyampaikan setiap bicara yang mahu kita katakan.Akan tetapi,tidak ramai yang suka berterus terang tentang perkara yang sebenar dan hanya mengambil langkah mendiamkan diri di hadapan tetapi bercakap di belakang.Fenomena ini,biasa kita lihat dalam setiap lapisan masyarakat tidak mengira bangsa,jantina,pangkat,darjat dan sebagainya.Kita haruslah cuba untuk membayangkan jika perkara yang sama terkena pada diri kita,apa perasaan kita?apa perasaan anak beranak kita jika mendengar orang lain mengata kita iaitu keluarganya?pasti sakit hati bukan.Itu lah perasaan mereka yang telah kita umpatkan.Aku juga bukan lah terlalu baik hinggakan tiada langsung aku mengumpat orang lain,aku sedar aku juga sama.Aku publish post ni sebab aku juga sedar bahawa kita semua perlu untuk menyedari implikasi mengumpat ni kerana hasil darinya,bukan sahaja keluarga,negara dan dunia juga akan berpecah belah.Itulah agenda syaitan yang telah berjanji untuk membawa manusia kearah kemungkaran dan kesesatan.Langkah yang terakhir sekali yang perlu ambil jika semua cara yang kita lakukan tiada kesan buat mereka dan mereka masih belum berubah adalah menjauhkan diri kita dengan orang yang kita tidak senangi untuk mengelakkan diri dan hati kita bertambah tidak senang denga mereka kerana itu lebih baik daripada bermuka-muka di hadapan mereka dan mengumpat di belakang mereka...Tetapi,lain pula ceritanya kepada individu yang sentiasa mempunyai perasaan hasad dengki kepada kesenangan,kebahagiaan orang lain,.hal yang ini bukan sahaja menyumbang kepada perlakuan mengumpat orang semata tetapi mereka sanggup memfitnah orang lain demi untuk melihat kehancuran dalam hidup orang lain.Hal ini amat berlainan dengan mengumpat yang biasa-biasa ni.Individu seperti ini lebih berbahaya kerana mereka sanggup melakukan apa cara sekalipun untuk kepuasan mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Assalamualaikum.. Seperti yang dikatakan,Pulau Pinang sebagai syurga makanan,memang tidak dapat disangkal lagi tentang kesahiha...
-
Assalam.. Hari ni ada gotong royong waktu latihan palapes,minggu ni aktiviti agak free sedikit sebab kami baru sahaja tamat kem tahunan min...
-
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.. Its been a long time for me to reupdate my own site.While being in a hectic schedule this past m...
-
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.. rasa macam dah lama tak update blog ni..hehe..hari ni aku nak cerita satu benda yang tak ada taj...
-
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.. long time no see..for mybe the first time adanya event for us as botanist after 3 years being...
-
Assalamualaikum,. It take a long time for me to keep updating my blog, So many thing happened in this past semester. Even thought things ...
-
ANDA BERANI???? Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.. Bila sebut perkataan PALAPES,aku tau,masih ramai yang t...
-
assalamualaikumwarahmatullah.. sedang aku berjalan ke tapak projek,tetiba terlintas dekat otak ni nak pergi cek akaun bank sekejap memandan...
-
It raining outside and i'm crying inside, i have a heavy heart, there were dying by time, there were no emotions left, i'm drown...
-
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Jam 1.15 pagi,baru aku pulang ke bilik lepas bersembang dengan seseorang yang aku dah anggap maca...
google-site-verification: google0ca468971ca12eda.html


0 comments:
Post a Comment