14 Mac 2014 adalah tarikh dimana aku sebagai anak Pahang mewakili USM untuk ke program Wacana Pendidikan di PWTC dimana dianjurkan oleh Yayasan Pahang.Jam 1800 kami memulakan pergerakan dengan 80 orang perserta termasuk aku dan beberapa lagi teman aku yang lain.,aku jangkakan dalam jam 11 kami akan sampai ke tempat penginapan iaitu di Puteri Park Hotel,Kuala Lumpur tapi sangkaan aku agak meleset sedikit sebab kami sampai kira-kira jam 0030 pagi..letih juga duduk dalam bas walaupun tak jauh mana,mungkin sebab agak lama tidak berjalan jauh dan ditabah pula dengan keadaan bas yang agak kurang selesa sedikit sebab kerusi aku tak boleh nak baringkan..sakit tengkuk ni baq hang..haha..lepas check in semua ambil turn untuk mandi dan tidur terus sebab dah letih sangat lagipun kami kena bangkit awal sebab keesokan harinya untuk bergerak ke PWTC tapi sebelum tidur tu dan lagi jenguk kotaraya ikut tingkap,tapi pemandangan agak terhad sebab jerebu..kebetulan pagi (15 Mac) tu befday kawan aku..jadi aku pun send la wish aku yang tak seberapa ni dekat dia.
Tepat jam 0430,telefon dan guest room tu pun berbunyi..adui..kacau betul..telefon tu bertujuan sebagai wake up call bagi kami,maybe urusetia ada suruh pihak hotel buat macam tu untuk elakkan kami terlajak masa kerana pagi tu merupakan program penting kami..tapi aku biasa la..pukul 0430 orang kejut,pukul 0600 baru aku bangun..haha..bangun tu then siap-siap lah kami bertiga..dalam 0635,kami turun ke lobby..ingatkan aku ni orang yang dah paling lambat sebab semua seharusnya berkumpul pada 0630 pagi tu,rupanya ramai lagi yang tak sampai..kami antara orang yang awal check out..haha..kod pakaian pada hari tu adalah formal tapi itu telah dikhaskan oleh urusetia dari USM kepada kami,mungkin untuk menghormati majlis..tapi Universiti lain tak tetapkan dress code dorang pun..ada je yang pakai jeans..tapi aku rasa wajar juga USM buat dress code ni sebab agak tak sopan rasanya menghadiri forum dengan jeans and the ketat-ketat shirt..hehe..lain la gi mall ke..ok juga nak pakai gitu..hehe.
Program ni merupakan forum yang membincangkan topik penting yang berkaitan dengan impak COMANGO terhadap perpaduan dan keamanan negeri.COMANGO (Coalition of Malaysian NGO's) atau Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan(NGO) di Malaysia yang mengemukakan laporan hak asasi manusia ke proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 24 Oktober 2013 di Geneva.
Antara tuntutan COMANGO adalah menghapuskan hak keistimewaan Melayu,kebebasan umtuk memilih agama dan penggunaan kalimah Allah serta banyak lagi..
Forum ini menampilkan seorang moderator iaitu Dato Haji Ahmad Munawwar b. Hj Abdul Jalil dan 3 orang panel iaitu Professor Madya dr.Asyraf Wajdi b. Dato Hj Dasuki,Dato Mohd Sofian b. Md. Makinuddin dan Al-Fadhil Ustaz Mohd Aizam b. Mas'od.
Yang bestnye adalah Menteri Besar Pahang iaitu Dato Sri Diraja Haji Adnan b. Haji Yaakob pun turut turun padang untuk bersama-sama kami.Dato' Nan ni sempoi je orangnya..muka je garang tapi cepat kesian dekat orang..hehe..best la dengar dia bercakap..secara jujurnya pertama kali aku jumpa dia in person..hehe..tapi dia ok..layan je benda yang student ni pakat minta..yang lawaknya..ramai pula yang minta sponsorship la,bantuan kewangan la..dan banyak lagi..memang gamat dewan PWTC tu dengan orang gelak tu belum yang nak bercakap tapi terketar-ketar..nebes sangat tu nak cakap menteri besar..tapi ok ape,bukan senang untuk kumpul keberanian untuk bercakao dengan orang atasan ni..Menteri Besar pula tu..mana tak goyang..haha.
Hampir 7 jam kami didalam dewan dan akhirnya diakhiri dengan jamuan makan tengahari.bagai orang mengantuk disorongkan bantal gitu,sebab masing-masing duk kebulur sebab lama sangat dalam dewan.
Sebelum bertolak pulang ke USM,kami singgah dulu di jalan TAR bagi tujuan untuk solat,membuang air besar dan sebagainya..aku mengambil peluang ni untuk salin baju sebab dah rasa rimas duduk dalam bas dengan baju kurung ni..hehe..lepas tu,kami pun pergi la jenjalan masuk jalan TAR tu kejap..memang sesak gila,tak sempat nak pusing pun,akhirnya semua buat keputusan nak beli makanan dekat pintu masuk je sebab tak tahan nak bersesak dengan jutaan manusia dalam tu,,dan petang tu juga turunlah hujan membasahi bumi kuala lumpur..lama dah tak hujan rasanya..nikmat sungguh..
Jam 1830 kami bergerak pulang ke USM,sepanjang jalan tu apa lagi,membuta la,,haha..tapi sakit tengkuk aku ni tak habis lagi gara-gara kerusi bas semalam..haha























