Monday, 16 December 2013

new hobby,..

Oleh sebab kampus aku buka kolam renang kepada student dia..aku pun tak lepaskan pelung untuk join..hehe..boleh kata dalam seminggu tu 2 hari juga la aku pergi swimming..selain dari memancing,berenang ni dah jadi macam hobi aku yang kedua..wlaupun aku tak reti untuk berenang secara profesional ataupun berenang secara hebat la katakan tapi aku masih dalam proses pembelajaran..senior yang selalu ada dekat situ tak lokek langsung ilmu nak berenang ni..jadi aku pun belajar la dari mereka..pada mulanya,seram jugak dengan air kolam tu lepas lama-lama jadi seronok pula..dekat sini ada dua kolam renag yang dibuka iaitu kolam renang biasa dan kolam renang yang dikhaskan kepada perempuan sahaja...aku konfem la mandi dekat tempat kolam yang perempuan tu sebab bebas skit..nak pakai apa pun tak ada la malu sangat..


Sunday, 8 December 2013

cameron highland..

Berada di cameron highland pada musim tengkujuh ni membuatkan aku hampir-hampir beku dengan perubahan suhu yang menurun secara mendadak..bila nak mandi pun rasa macam tak nak je sebab sejuk sangat,nak sentuh air pun takut..sejuknya dekat cameron tu tak boleh nak digambarkan..walaupun tak bersalji tapi bagi kita rakyat malaysia yang duduk dekat tanah rendah ni memang dah terlalu biasa dengan cuaca yang panas,tak boleh nak biasakan diri dengan cuaca yang sejuk..tu baru dalam negara..tak pergi oversea lagi..haha..tapi dekat situ memang sangat best sebab kita boleh tengok macam-macam jenis kebun yang sangat cantik..dan kebun yang palin femes offcourse la kebun strawberi ye tak?hahaha..tujuan aku ke Cameron tu bukan sekadar bersuka ria semata tapi adalah untuk membuat kerja lapangan bagi kos aku iaitu botani..sambil-sambil tu makan angin la..bila lagi ada peluang nak berjalan beramai macam ni..haha..oleh sebab kekangan masa,hanya beberapa tempat sahaja yang sempat kami lawati yang mana ada kaitan dengan kajian yang kami lakukan..

SABTU
1.MARDI Research Centre Tanah Rata

Dekat sini macam-macam pokok boleh tengok..ada pokok epal,strawberi,anggur,rasberri dan banyak lagi la..MARDI CH sekarang sedang menjalankan kajian tentang pokok kekwa..selain penanaman pebagai jenis pokok,MARDI juga menjalankan aktiviti lain seperti yang berkaitan dengan tanah,kawalan serangga perosak dan macam-macam lagi.Lagi satu,kalau nak beli barang yang berkaitan dengan srawberi seperti kordial,strawberi kering dan macam-macam lagi,beli la dekat sini sebab harga dia lebih murah maybe sebab diorang salah satu pengeluar jadi harga dia tak seperti di tempat lain yang agak mahal.Suhu kami mula sampai adalah 16°C bila nak balik 19.6 °C tu pun sebab hujan dah berenti..sejuk gila rasa...




















2.Cactus Valley

Actually,dekat cactus Valley ni,kami tak dapat apa-apa penerangan dan tak masuk pun dalam dia mungkin ada beberapa permasalahan yang tak dapat dikenal pasti..haha..cuma kami sempat berada di kawasan luar yang mana laluan free of charge..haha..dekat kawasan luar tu,pelbagai jenis pokok cactus yang menarik dan cantik dan spesis yang sama dengannya dijual dengan harga yang berpatutan....kira macam tak masuk dalam cactus valley pun,kami still boleh tengok macam-macam jenis cactus.
















3.Taman AgroTourism
Taman ini merupakan kawasan yang sangat terkenal dengan tanaman strawberi dan juga lettuce(salad)..pelbagai spesis salad yang kami seperti scevia,bagama,xiaujin,romaine dan salonova butterhead,semuanya nampak sedap bagi penggemar sayur macam aku ni la.haha..rasa macam nak makan semua sekali..cara tanaman salad di sini adalah menggunakan kaedah menggunakan sabut kelapa dan tidak ditanam menggunakan medium tanah atau lebih dikenali dengan hidroponik..bagi penanaman strawberi pula,ia tak memerlukan kawasan yang tinggi untuk hidup tetapi memerlukan perbezaan suhu minimun 10 °C antara siang dan malam..jika tidak,strawberi tidak akan berbuah..strawberi dekat sini besar-besar..merah je..kalau dipetik terus dari pokok memang manis sangat..sedap dimakan..dekat sini jugak aku dapat tengok anjing yang sangat comel dari spesis husky..one is siberian husky known as snowball lagi satu tak dapat dikenal pasti tapi kalau tengok dalam tv,ajing ni yang tarik kenderaan kalau tempat-tempat yang bersalji tu..huhu..ni pun kawan aku yang bagitau..kalau ikutkan aku,semua sama je..haha











teres strawberi dari ladang tomato yang tinggi di puncak..kami kena mendaki untuk ke atas sampaikan ada yang semput..dah macam hiking pun ada..haha

melantak sebentar..huhu

nampak tak strawberi yang besar tu..tu la strawberi dari ladang ni..

AHAD
4.Highland Apiary Bee Farm
Sebab dah biasa sangat makan madu,kali ni kena pergi tengok pula tempat lebah-lebah ni membuat madu-madu mereka..hahaha..apa yang sedang aku katakan ini????hehe..kawasan ladang lebah ini dipenuhi dengan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan berwarna kuning,oren dan unggu,hal ini kerana,lebah akan tertarik kepada bunga yang berwarna seperti yang tersebut terutamanya pada warna kuning..
















5.Kea Farm

Disini la berkumpulnya para petani menjual hasil tanian mereka dengan pelbagai harga,ada yang murah ada yang mahal..kena pandai menawar la..dekat sini aku malas nak tangkap gambar sebab sibuk membeli..hahaha..tapi cuaca masa tu memang sejuk sesangat..bila bercakap keluar asap..macam korea kot..haha..

6.Rose Valley

Kalau bawak mak-mak datang sini mesti semuanya suka sebab rose valley boleh dikatakan syurga bunga ros..haha..macam-macam jenis ros dan bunga lain ada dekat sini..semuanya cantik-cantik belaka..sepanjang jalan ada bunga..rasa macam tak nak balik..cantik sesangat.....



























koya sebentar..haha


Kalau nak kirakan,banyak lagi tempat yang kami tak sempat nak pergi,antaranya Mossy forest,Lavender Farm dan banyak lagi..so,kena ambik masa sendiri la kalau nak pergi semua tempat..apa yang penting,kami sangat enjoy sepanjang lawatan ke Cameron Highland,..cuma satu nasihat,kalau nak pergi sini kena bawak duit lebih sikit sebab makanan memang mahal..mungkin sebab tempat perlancongan barangkali..huhu






Powered by Blogger.

Popular Posts

google-site-verification: google0ca468971ca12eda.html