Sunday, 19 April 2015

Muzium 3D Penang

Assalamualikumwarahmatullahiwabarktuh,
Beberapa tahun yang lalu,semenjak sampainya aku di Pulau Pinang ni..terdengar juga perbualan kawan-kawan tentng muzium 3D dekat penang ni..Hajat di hati memang nak pergi la..kebetulan,2 minggu lepas,sambil jenjalan hilangkan boring,terlajak pulak la kami sampai ke Georgetown tu ha..alang-alang dah sampai situ,terus aje la ke muzium 3D.Memang tak merancang dari awal pun nak pergi..ikut kaki je kami ni..men sebat je yang memana nak pergi..hahaha

Muzium 3D ni terletaknya di banggunan berwarna putih yang cantik ala-ala english style sikit tu dan bebetul tepi jalan menghadap Tanjung City Marina Restaurant,area jeti tu je..





Waktu pergi tu kamera lawo xbawak..guna kamera telepon aje la..hahaha
Bagi aku yang tak berapa nak gemar bergambar ni,aku tak ada la eksited sangat..biasa-biasa je,cuma nak juga la tengok apa yang best sangat dekat sini.Pada keamatan aku yang tak berapa nak genius dan tak berseni ni, tempat ni punya level best dia tu tak berapa tinggi pon..biasa je (bapak jujur)..haha..mungkin sebab aku tak paham dunia seni kot..kui3

Tiket masuk
Dewasa = RM15
Kanak-kanak =RM10
Student (student card) = RM10

Aku pun dah tak reti nak cerita lelebih..gambor aje la y kitorang ade..tgok gambar aje la yer..




























Pada aku tempat ni ok la kalau nak pergi kepada kaki posing,yang kuat gambor semua..hahaha
ok la,tu je kot..assalamualaikum.






Monday, 13 April 2015

Sampling Trip - TEMENGGOR

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,

Tiga hari yang lepas,aku ada mengikuti satu trip ke Temenggor yang terletak Gerik, Perak .Tempat ini juga merupakan sebahagian daripada Royal Belum yang gah lagi hebat dan menawan qolbu ku ini,untuk tengok sambil tolong sampling bagi pelajar master yang buat pasal ikan,..tujuan aku ikut bukan untuk merayau semata-mata,sememangnya tu kerja aku pon dan aku juga ikut sebab nak survey sambil belajar cara kerja bebudak master dan cemana diorang handle projek tu sendiri dan sebagainya..bukan apa,kot-kot la ada rezeki,boleh la aku sambung master plak ke lepas ni..haha..kalau larat la nak ngadap buku lagi..haha

Trip ni bagi aku agak adventure juga sebab aku ni bukanlah orang yang berani sangat dengan air dalam-dalam sangat ni sebenarnya walaupun aku ni jenis yang pantang nampak air terjun ,sungai dan sebagainya,untuk aku pergi meredah tasik yang dalam nak mampus dan sejujurnya aku malas nak cari exact kedalaman dia berapa,yang aku tau memang dalam la,luas plak tu dia punya kawasan..dah macam laut pon ada aku tengok....haha..dengan menaiki bot kecil cenonet yang apabila dilambung ombak berayun-ayun lah beliau dengan getiknye membuatkan aku memula tu kecut perut la jugak..kui3

Lagi satu sebab aku ikut adalah kerana aku ni suka ikan,ikan darat lagi la aku suka..mungkin sebab dari kecil aku dah terdedah dengan ikan-ikan darat ni,duk kampung kan,biasa la sume tu..tu yang buat aku macam eksited sangat nak pergi,lagipun diorang pun tengah duk cari pembantu tuk projek tu,aku pun xnak la lepas peluang tambah-tambah pulak semua ditanggung beres..ibarat orang mengantuk disorongkan bantal pulak situasi aku ni..kui3

Aku sebenarnya malas nak tulis pepanjang,tengok gambar aje la senang..


Muko hepi gilo..xbleh blah..














Belakang tu Jambatan Tasik Banding namanya


Ni la botnya yang kami naik..


Antara ikan sungai yang tersangkut dekat pukat..


Antara ikan yang kitorang dapat : Sembarau,Sepat,Piah,Lalang,Toman,Haruan,Lampan jawa dan memacam lagi la..tapi yang paling banyak sekali ikan Sembarau dengan Lalang.












Mengangkat Pukat






Boat House yang ada di sekitar Tasik Temenggor


Perkampungan orang asli




Sungai Enam Base Camp

Tempat yang paling best skali waktu trip ni dekat sni la,Sungai Enam sebab ada banyak waterfall dan kitorang pon duk berendam kat sini jugak la..seronok wo..rasa macam tak nak balik dah USM tu..











Ni nabila namanya,batch aku..sesama ikut trip walaupun lain major..kui3





Sungai Enam 1st waterfall

Sungai Enam 2nd waterfall


Sungai Enam 3rd waterfall





The most highest,4th waterfall

Lepas tiga hari duk dengan bau ikan satu badan,akhirnya kami bertolak jam 10 malam dari Temenggor ke USM,walaupun penat,sakit badan dan sebagainya,experience macam ni tak akan dilupakan sebab banyak benda kitorang belajar,susah nak dapat plak,free-free je orang bagi..kalau pergi sendiri telan belanja beratus-ratus..jadi aku bersyukur pada mereka sebab bagi peluang aku join ,diorang yang memang join project ni pun baik-baik belaka dan yang paling penting syok sekali bah..kui3..

Tu je la kot nak cerita..hehe

Sekian,terima kasih.





Powered by Blogger.

Popular Posts

google-site-verification: google0ca468971ca12eda.html